جزاكم الله خيراالجزاء
Misteri kemana menghilangnya Ustaz Hafiz kini masih menjadi tanda tanya, sudah lima hari gerakan mencari namun masih gagal menemui sebarang petunjuk.
Saya tahu pekara kehilangan ini sejak awal kes lagi, tapi giliran untuk bercerita hal ini tidak kesampaian, baru hari ini ada kesempatan bercerita kes Ustaz Hafiz ini.
Hutan Rekreasi Sedim ini sering berlaku kemalangan hingga mengakibatkan kematian. Bagi orang luar, mereka datang untuk mandi bersama keluarga atau rakan-rakan, itu tidak masaalah, tapi sayangnya mereka tidak berhati-hati ketika mandi manda disini. Hampir semua mereka juga tidak mengenali kawasan mana yang bolih merbahaya dan kawasan mana yang tidak merbahaya jika bermain disitu. Keadaan batu-batu dan tebing batu yang sentiasa licin itu sebenarnya sangat merbahaya jika kita tidak berhati-hati.
Berbalik pada cerita Ustaz Hafis ini beliu tidak pergi kekawasan yang selalu terjadi kemalangan tersebut, sebaliknya beliu pergi kebahagian bawah, beliu belum naik keatas (berpandukan lokasi kereta Proton Saga Putih) kawasan sungai disini tidak ada air terjun besar, dan orang sudah jarang orang datang mandi manda disini.
Disini memang ada kawasan lapang tempat letak kereta dan ada binaan-binaan gerai-gerai yang sudah terbiar, binaan gerai dari batu bata, ini pandangan saya suatu ketika dahulu dan tidak pergi lagi sejak itu. Memang agak menyeramkan jika berada disitu bersaorangan!
Apatah lagi ketika melalui gerai-gerai terbiar dengan pintu tingkap separuh buka agak tidak menyenangkan, kita harus melalui deretan gerai usang ini sebelum kita akan mendekati tepian sungai, jalan ini akan membawa kita kejambatan batu yang melintasi sungai untuk kesebelah sana sungai.
Pada masa saya disitu, rasanya tidak ada lokasi yang airnya terlalu dalam atau air terjun yang tinggi hanya aliran sungai yang bising membelah batu batuan didalam sungai yang tidak terlalu dalam. Mungkin saya agak penakut atau macam mana, saya rasa sangat tidak selesa ketika berada disini.
Kebetulan memang tiada orang pun disitu, saya rasa Ustaz Hafis bukan hilang atau kemalangan disitu, mungkin disitu hanya tempat beliu berhenti dan meletakan kereta, dan beliu telah pergi jauh dari situ menuju kedalam hutan.
Kemana dia pergi menghilang tiada siapa yang tahu! sama seperti kes saorang guru wanita yang hilang di Johor tidak berapa lama dahulu, sampai sekarang tidak ditemui, saya pun pening bagaimana sesaorang yang pada kita tidak kesempitan duit, sebab semua ada pekerjaan, yang saya fikir orang stress biasanya orang yang tidak ada duit tidak ada pekerjaan! macam saya, pikir duit saja bolih stress.. lain saya tak layan pun.. rasanya lah..
Ustaz Hafiz ini mungkin sengaja lari memasuki hutan dan akhirnya dikuasai intiti lain didalam sana.
Saya nasihatkan, jangan fikirkan masaalah ini atau cuba hendak tahu apa sebab bolih jadi macam ini.
Saya ada terdengar kata-kata seperti ini; Jangan sesekali menyimpan apa-apa hal dunia didalam hati, apa semua yang kita sayang simpanlah didalam tangan, fahamkan saja apa saja yang kita sayang, saya tidak mahu sebut, sebab kita semua berbeza. Jadi kalau hilang ditangan itu biasa, sebab kita sendiripun akan hilang juga suatu hari nanti.
Kalau simpan dihati, bila hilang, hati akan sakit, bila hati sakit, satu badan berjangkit!
wallahhua'lam.
KEHILANGAN USTAZ MOHD HAFIZ JASMI
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap

Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic

Fakhirah Khairuddin

Takdir Tragedi Elmina

Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.

Keras Tangan Orang Kampung

Bercuti Di Royal Belum Gerik

Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram

Kembara Mencari Janda

Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu

YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever

Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir

Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang

Bercinta Dengan Awang Hitam

RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS

Janda Janda GRO

McLaren Artura

Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas

Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023

Pantau Keadaan Ternakan Kerang

Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit

Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar

Kemalangan Jalan Raya Tiga Maut Berapa Lagi Cedera

4 ulasan:
Ada terfollow juga cerita kelihangan Ustaz Hafiz ni di TikTok. Katanya dia ada tinggalkan nota yang mengatakan dia ke Gunung Bintang. Kesahihannya tak dapat dipastikan.
Ustad Hafis menghilang tanpa ada jejak, kerana musim hujan, jejaknya menghilang, anjing pengesan pun tidak tahu arah mana!
~Sedim kira dikaki Gunung Bintang, susah utk sampai puncaknya.
Mudah-mudahan UH ditemui segera dgn selamat 🤲
Terima kasih tuan, pesanan tu sgt mendalam & baik utk dipraktikkan.
Insyaallah mudah mudahan Ustaz Hafis selamat ditemui. Terima kasih selalu menjengah sini.🥰
Catat Ulasan