March 10, 2013

Sudah Suratan Takdir.

[sambungan kesah Fidah-15]

Aku memerhati jam yang sedang berdetik detik mengerakan jarumnya.
Suasana malam yang agak hening membuatkan bunyi detiknya makin jelas kedengaran. Hari sudah agak lewat ni.. kenapa Nenek aku masih belum pulang lagi?

Jangan-jangan kereta Pakcik aku buat hal tak..?

Aku berharap sangat supaya Nenek dan mereka semua selamat pulang kerumah, aku kasihan pada Nenek ku yang dah tua dan selalu uzur tu.. kalau tidak kerana urusan aku disini, mungkin Nenek aku malas nak datang kesini sebab jauh dari rumah Nenek dan keadaan kesihatan Nenek yang tak menentu.

Ani dengan Intan sudah tiada dihadapan aku, mereka telah kedapur entah apa yang mereka sedang lakukan didapur, cuma sesekali mereka bergurau senda disana. Bunyi sudu jatuh kelantai diikuti ketawa kecil mereka. Mungkin mereka sedang menyediakan resepi untuk sarapan pagi besok.

Tinggal aku kesaorangan... Aku jadi sedikit runsing memikirkan hal-hal Aku dengan Ani.. apa lagi aku bersaorangan diruang tengah ni..

Aku bangun dan melangkah keruang tamu aku ingin membuka talivision tetapi tidak jadi, sebaliknya aku membuka pintu hadapan dan turun kebawah rumah, aku duduk dibangku panjang disitu.

Cahaya lampu luar diatas tangga terang menerangi halaman rumah. Aku memerhati sekeliling didalam kegelapan malam yang berbalam dek sedikit sangat sinaran sang bulan, yang terang hanya dihadapan rumah sahaja.

Aku duduk bersandar diatas bangku kayu dibawah rumah, takala itu hanya bunyi cenkerek dan sang kodok berselang-seli memecah keheningan malam.

Antara dengar dengan tidak, suara kedua gadis dari atas rumah masih menerjah kependengaran ku. Ada-ada saja gurau senda diantara mereka. Lagak seperti dua sahabat yang baru bertemu melepas rindu. Aku memerhati sekeliling.. cuma samar-samar kelihatan segala benda dibawah rumah ini.

Kemudian aku memandang kearah jalan diseberang, kalau-kalau kelibat lampu kereta Pakcik ku telah kembali, namun tiada tanda-tanda mereka akan muncul ketika ini.

Mungkin mereka singgah kerumah saudara-saudara yang berdekatan jalan agaknya fikirku. Aku harap mereka pulang dengan selamat secepat mungkin.

Nyayian sang unggas masih galak bersaing sesama sendiri. Gema sang kodok bersahutan antara yang jauh dan dekat, melahirkan satu irama yang cukup sentimental bagi yang berjiwa mulus dan menghayati alam.

Irama yang benar mengasyikan buat insan lara yang lemas dilautan cinta. Aku menarik nafas panjang, besok aku akan berangkat pulang, apa keputusan yang aku akan beri pada Ibu aku kali ini.

Rasanya tak sampai hati hendak mengecewakan hati kedua orang tuaku. Keduanya sangat berharap yang aku pulang dengan berita gembira serta mengakhiri penantian mereka selama ini.

Aku bagaikan mendengar suara ibuku mendesak aku supaya datang kesini bersama nenek. Emak menasihat aku supaya datang dan lihat dulu calun yang dicadangkan untuk aku.
"Mak rasa kau tidak sepatutnya membujang lagi..!" kata ibu.
"Ala.. mak ni..! relek la.. ada jodoh, kawin la saya nanti.." kata aku melayan ibuku.
"Nak relek apa lagi..? kau tu bukannya muda lagi.." tambah ibuku tak puas hati.

Sebenarnya aku pun dah rasa nak tamatkan zaman bujang aku.. tapi sejak semua rencana aku dengan tunangan ku Fidah itu tidak menjadi, telah membuatkan aku kecewa dan tiada punya semangat lagi nak memikirkan masaalah hendak berumahtangga. Cukuplah sekali aku merana kerana dia, dan tidak terlintas langsung nak cari yang lain sebagai peganti.

Biasanya aku sekadar pemerhati riwayat kehidupan insan lain yang terlebih dahulu merasai kepahitan kesah silam mereka, hanya kelucuan bermain difikiran kenapa masih memikirkan orang yang sudah tiada disisi?

Kenapa tidak dilupakan saja..! bunga bukan-nya sekuntum dan kumbang juga bukanya seekor! Malah ada yang lebih teruk, sehingga tidak mengenal lagi kehidupan yang dilalui. Mungkin hanya tuhan saja yang mengatahui penderitaan mereka itu.

Namun ternyata teragedi pahit mereka telah terpalit dan tertusuk keatas diriku sendiri. Hendak dikata apa.? mungkin sudah suratan takdir hidup yang mesti aku lalui.

Memang sangat mengecewakan.. kerana harapan yang aku impikan hancur begitu sahaja. Sejak itu fikiran ku jadi sangat keliru, tidak tahu hendak mentafsirkan apa yang telah berlaku keatas diriku.

Yang kekadang seperti kata orang, sesuatu musibah itu tanda Allah sayangkan nya, dia hendak menduga kesabaran umat Muhammad yang mana lebih kuat keimanan mereka. Dan mungkin juga musibah yang terjadi keatasku ada hikmatnya, yang barangkali aku sendiri yang tidak nampak kebaikan-nya.

Aku sebenarnya tidak ingin mengsangsikan apa yang berlaku semuanya atas kehendak Allah. Sebagai orang yang pernah sedikit sebanyak mempelajari hal yang berkaitan dengan ugama, aku redha.! Namun aku tak pasti samaada aku begitu pasti dengan hal ini.

"Engkau pergi dengan nenek, lihat dulu orangnya lepas tu baru buat keputusan." Desak ibu aku lagi.
"Adik-adik kau semua dah berkahwin, Mak takut kami tak sempat pula nak tengok kau bersanding!" Begitulah alasan ibuku dia beria-ia menyuruh aku kemari seolah-olah kali ini, memang menjadilah calun pilihan mereka.

Aku kekadang kasihan juga dengan kedua orang tua aku tu, kerana sebelum ini pun sudah beberapa calun yang aku tolak, dengan memberi berbagai alasan. Ada seorang tu, aku pergi juga berjumpa.. berkenalan, penerimaan dia kepada aku pun kira oklah juga.

Ada tanda-tanda sidiapun sudi juga dengan aku ini. Orangnya muda tiga tahun dari aku. Mulanya aku tak kesah kalau jadi pun dengan dia. Tetapi setelah aku pulang, aku khabarkan kepada orang tuaku, aku bagi tempuh setahun.. kalau tak ada orang ambil, aku ambil..!

Ibu aku terperanjat dengan kata-kata aku, bapak aku merah padam mukanya kalau aku masih kecil mungkin sudah kena penampar jepun lah... pak.. maafkan aku pak, bukan sengaja aku berkata begitu, atau sengaja untuk menyakiti hati mu, itulah yang sebenarnya apa yang aku rasa..

Aku tidak merasa apa-apa tengtang dia jadi bagaimana aku hendak mengambil dia..? pak.. sabarlah mungkin bukan sekarang masanya aku mencari penganti Fidah.

Fidah... aku sayang kamu.. dengarlah Fidah, aku sayang kamu...









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments: