November 20, 2023

Berubat Dengan Bomoh Kampung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Entah macam mana hari ini teringat hendak menceritakan kesah benar, kesah ini benar-benar terjadi depan mata saya sendiri atau memang saya alami sendiri. Kesah ini tidak untuk dipercayai tapi harus memikirkanya secara bijaksana.

Bagi sesiapa hendak berubat kampung atau berubat bomoh, saya syorkan berhati-hati ketika berurusan dengan bomoh atau pawang berubat cara kampung, kalau hendak berubat juga tidak masaalah kitakan hanya berusaha untuk menyembuhkan penyakit.

Saya tidak tahu pulak samada memang ada bomoh yang benar-benar bolih mengubati orang sakit dalaman, bukan sakit patah atau dirasuk benda halus yang mmemang dia menjerit-jerit dengan mata berbalik putih. Bukan sakit yang semacam itu.

Yang saya hendak cerita ini berkenaan sakit dalaman misalnya letih lesu atau badan memang tidak bermaya.

Cerita ini sudah agak lama iaitu sekitar tahun 2016 yang lalu, lama sudah, cuma saya mahu berkongsi apa yang saya alami terserah pada anda untuk terus berubat dengan bomoh atau tidak , saya dari awal lagi sudah tidak yakin bila pesakit hendak dibawa berubat kerumah bomoh.

Tapi saya terpaksa mengiakan saja untuk menjaga hati sesama ahli keluarga, lagi pun apa salahnya mencuba. Pesakit ini sudah agak tua, jadi dia selalu sakit-sakit dan lemah seluruh badan dia saorang perokok tegar, saya sudah mengsyaki yang dia ada masaalah dengan paru-paru.

Seperti yang dijanji saya pun bawaklah kereta saya kerumah bomoh tersebut, kami berempat, pesakit dengan warisnya saya pemandu dan saorang lagi orang yang mengenali atau tahu bomoh tersebut. Agak jauh juga perjalanan akhirnya sampai juga rumah yang agak terakhir dihujung kampaung, belakang rumahnya kebun kelapa sawit memang kawasan itu banyak kelapa sawit.

Kami sampai kesitu lebih kurang pukul tiga atau empat petang macam tu, masa itu ada seorang lelaki dan perempuan dan tiga orang anak-anak yang berumur dua belas tahun dan kebawah.

Orang yang kenal mereka memberitahu tujuan kami datang adalah untuk berubat, saya lihat sekeliling rumah dan saya rasa tidak yakin ini rumah saorang bomoh, kami pun naiklah keatas rumah bertiang kayu bertangga dan dindin papan yang kusam dan tidak tersusun saya lihat ada rak al-quran rihal katanya dia mengajar anak-anak kampung yang tinggal berdekatan.

Umur wanita itu dalam lingkungan empat puluh lima tahun keatas mungkin hampir lima puluh tahun saja. Pesakit ini lelaki tadilah masuk bilik berubat dengan isterinya. suami bomoh tidak ikut masuk dalam bilik yang dalam bilik berubat empat orang, orang yang kenal bomoh, pesakit dan isterinya saya berada diluar bilik, saya lihat sekeliling ada dua kalender amoi pakai bikini! dalam hati saya kata sudah sah ini bukan bomoh betul ni, ini bomoh cari duit saja ini.

Tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan dari dalam bilik, saya dan suami bomoh pun masuklah kedalam bilik, saya ini suka perhati, saya lihat suami bomoh tiada apa-apa reaksi ketika kami memasuki bilik, dan saya lihat bahagian belakang pesakit berbalar balar dengan garisan jari bomoh, merah merah jadinya belakang pesakit dan bomoh berkata dia sudah dapat barang pada badan pesakit, pesakit mengeluh kesakitan. Dia menunjukan barang itu dalam gengamanya, barang itu adalah buatan orang, bomoh itu cuba bercakap dengan saya bagi mengiakan apa yang berlaku, bila berhadapan.dengan saya raut muka dia berubah, rupanya bomoh sudah mengatahui yang saya tidak percaya dengan cara perubatanya, dan dia bukan bomoh asli sebab itu matanya tidak berani bertentang mata dengan saya.

Pendek cerita semua srlesai, bomoh mintak rm50 untuk buat beli barang persediaan untuk melakukan ritual pada malam nanti.

Sebenarnya bukan besar pun rm50 itu tapi cara dia mengenakan orang kampung itu yang saya tidak setuju.

Hampir tiga kali juga saya hantar mereka berubat dengan bomoh tersebut, walau saya memang tidak percaya dia bomoh asli, tapi memikirkan hati pesakit dan warisnya dan apalah sangat dengan rm50 setiap kali datang, semoga keyakinan mereka benar dan pesakit bolih sembuh. Itulah yang saya fikirkan.

Kalau sudah habis ikhtiar moden bolih saja jumpa bomoh, cuma berhati-hati jangan sampai tertipu ribu-ribu ringgit.

Kita bolih bezakan yang bomoh asli atau bomoh tidak asli dengan melihat orangnya, persekitaranya dan mustahil mengambil barang penyebab sakit dengan begitu mudah.

Seperti sangkaan saya, selang tidak berapa lama selepas itu doktor mengatakan pesakit mengidap kenser paru-paru. Dan sudah tidak bolih dirawat lagi. Sangkaan saya terhadap penyakitnya banyak terpengaruh melihat cara permakanan dia sehari hari.

Sentiasalah jaga permakanan untuk menjaga kesihatan merokok sikit-sikit sudah jangan berganti punting atau habis satu hisap satu sangat bahaya kepada paru-paru.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments: