November 24, 2023

KEHILANGAN USTAZ MOHD HAFIZ JASMIN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Lata Sidim bagi orang tempatan, atau Taman Rekeriasi Sidim bagi panggilan orang luar, bahagian paling last dikawasan kaki Gunung Bintang, area memanjang sampai pinggir rimba ini lah banyak kawasan air terjun, ini lah dinamakan lata Sidim.



Beberapa hari yang lalu tempat ini menjadi heboh kerana ada satu kes kejadian orang hilang. Orang yang disyaki hilang ini adalah saorang cekgu atau guru disatu Sekolah di daerah Padang Serai. Pehak Jabatan Amal Padang Serai telah berkumpul dilokasi terakhir orang hilang ini iaitu di Hutan Rekriasi Sungai Sidim.
Orang yang disyaki hilang ini bernama Mohd Hafiz atau Ustaz Mohd Hafiz Jasmi, 38 tahun. Beliu tinggal di Taman Desa Aman. Kejadian ini disedari selepas sahabat-sahabat beliu dapati beliu tidak hadir kesekolah, mereka mencari tahu keberadaan beliu dan mendapat tahu beliu telah pergi ke Sidim, hasil tinjauan penduduk Sidim memang ada kenderaan Ustaz Mohd Hafiz -Proton Saga bernombor PKY 986.

Pada keesokan harinya gerakan mencari dan menyelamat dilakukan olih Polis, Renjer Hutan serta penduduk kampung, namun setelah beberapa hari usaha mencari dijalankan mereka tidak menjumpai apa-apa kesan yang bolih dibuat panduan keberadaan Ustaz tersebut.

Pencarian akhirnya menemui jalan buntu, walaupun pencarian hingga ke puncak Gunung Bintang. Setelah beberapa hari masih juga tidak ditemui, entah kemana menghilang tidak siapa yang tahu. Apa masaalah yang dihadapi beliu tidak juga diketahui.

Akhirnya pencarian diberhentikan dengan tidak diketahui sama ada bagaimana keadaan keadaan beliu ketika ini.

Akhirnya November 14, 2023 / 3:29pm
Berita terbaru Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang hilang di hutan Pusat Rekreasi Sedim di sini dihentikan semalam selepas tiada petunjuk baharu ditemui setelah pencarian hingga kepuncak Gunung Bintang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan, berkata operasi dihentikan jam 4.40 petang semalam.

Setelah lima hari pencarian, timbul berita terbaru berkenaan kes Ustaz Mohd Hafiz beliu dilapurkan telah tiada disitu sejak dari awal.
“Ada saksi nampak dengan jelas dia (Mohd Hafiz Jasmi / 38 / bujang) beredar pergi dari tempat kejadian dengan sebuah kenderaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.


KEHILANGAN USTAZ MOHD HAFIZ


KEHILANGAN USTAZ MOHD HAFIZ JASMI









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments: