Kebanyakan orang kampung sendiri memang suka makan ulam ulaman ketika makan nasi tengah hari atau makan malam. Tidak sah jika tidak ada barang satu jenis ulaman disediakan.
Daun pucuk ubi yang direbus memang sedap kalau dimakan bersama sambal pedas ikan bilis, apalagi kalau daun pucuk ubi dimasak lemak cili api memang menyelerakan.
Selain ulam pucuk ubi ada juga ulam dari buah-buah pokok yang tumbuh meliar didalam hutan rimba.
Bila tiba musim buah-buah ulam hutan seperti buah jering, buah petai, Buah Genuak sudah tentulah makan tengah hari mereka tidak meriah jika tidak menyediakan ulaman buah tersebut.
Bolih dikatakan bila tiba musim buah itu, mahu tidak mahu, tetap ada buah petai atau buah jering sebagai ulam ulaman.
Ketika musim buah buahan jering petai inilah penduduk kampung yang berada dipinggir rimba akan meraih pendapatan sampingan dengan mencari buah jering buah petai yang banyak tumbuh dihutan rimba berdekatan kampung.
Berbalik kepada ulam daun pucuk ubi, ramai antara kita sebenarnya tidak tahu kebaikan memakan ulam daun ubi. Sebenarnya ada banyak kebaikan untuk keesihatan badan jika kita makan pucuk ubi.
Jika kena dengan cara memasak yang betul seperti ibu-ibu dikampung tentu sekali menu daun pucuk ubi menjadi sangat lazat.
Sepertinya ada zat yang berfungsi sebagai anti kanser, bolih menguatkan tulang dan daya ingatan, masakan daun ubi juga mempunyai protin yang setara dengan menu masakan lain.
Selain dari bolih mencegah sembelit daun ubi juga mampu menjaga kesihatan mata serta bolih menguatkan kekebalan tubuh.
Begitulah sedikit sebanyak yang perlu kita ketahui akan khasiat daun pucuk ubi yang selalu menjadi menu kegemaran orang kampung.
Ada juga kajian yang mengatakan bahawa asid amino dalam daun ubi berguna bagi memulihkan masaalah kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
Selepas ini jangan memandang rendah kepada pengemar daun pucuk ubi, ada baiknya kita turut cuba menjadikan daun pucuk ubi sebagai menu masakan kita, supaya kita juga turut mendapat mafaat yang sama.
Walaupun hanya daun pucuk ubi kayu tetapi khasiatnya banyak sekali manafaatnya kepada tubuh badan kita.
Terima kasih! Jumpa lagi
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik Minat Anda.
pokok ubi tumbuh disepanjang jalan
Baca Lagi Kesah Fidah!
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
No comments:
Post a Comment
errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~