June 15, 2011

Gadis Pilihan Keduaku.

Jam dinding sudah menunjukan kepukul lapan malam, namun Nenekku masih belum pulang lagi dari rumah Ustad Hassan. Aku berehat diruang tengah rumah ditemani Ani dan Intan. Sambil aku minum air dan makan pisang goreng yang disediakan Ani, aku membelek-belek album keluarga yang ada disitu.
Lepas satu, satu lagi aku buka untuk menatapi gambar-gambar didalamnya. Gambar lama Ani sekeluarga dan masa zaman persekolahan, memang Ani sejak dari kecil lagi memiliki rambut yang sedikit kerinting cantik beralun. Gambar gambar Ani berdua dengan Intan juga ada dan menarik perhatianku.

Rupanya mereka ini sahabat rapat sejak dari kecil lagi, maklumlah mereka tinggal berdekatan. Aku cuba membandingkan gambar tersebut dengan Ani dan Intan yang ada berhampiranku sekarang ini. Jauh beza meraka sekarang, mereka sekarang adalah dua remaja yang sedang meningkat naik usianya.

Keduanya sudah menjadi dara pujaan jejaka, umpama bunga yang sedang mekar mengharum ditaman. Tentu sudah banyak sang kumbang yang telah jatuh hati. Apalagi dengan keramahan mereka, seperti Intan.. awal perkenalan memang seperti gadis pendiam namun apabila sudah lama sedikit bukan main ramah lagi.. tidak sangka pada awalnya.
Begitu juga dengan Ani, sentiasa ceria cuma adakalanya seperti ada sesuatu yang merubahnya menjadi seakan pendiam. Atau mungkin juga Ani sedang risau memikirkan rencangan keluarganya.

Aku meletakan kembali album album ketempatnya, set kerusi kayu beralas kusen begitu selesa aku duduk. Sambil menjamah makanan aku memerhati kemesraan mereka berdua yang sedang membaca majalah. Ada-ada saja gurauan mereka yang membuatkan aku tumpang tersenyum sendiri. Ada saja yang mereka berdua pertikaikan dengan kandungan majalah yang dibaca, kemudian mereka ketawa mesra.

Petang tadi kami pergi ke tapak sejarah disitu. Ani membonceng moto dengan Intan, aku naik moto Ayah Ani sendirian. Aku mengekuri agak jauh dibelakang mereka, sambil memerhati keadan kampung disitu. Banyak pohon-pohon kelapa didalam kampung, kukira agak menarik juga panoramanya.

Kami menyusuri jalan jalan kampung kemudian melintasi jalan besar dipekan Lembah Bujang sebelum tiba di Candi tersebut. Keadaan Candi itu berdekatan sangat dengan rumah penduduk kampung. Aku sempat juga mengambil gambar disitu buat kenangan. Maklumlah ini kali pertama aku berada dan melihat Candi tersebut.

Intan bersahaja bila aku dan dia bergambar, hanya Ani nampak kekok bila bergambar dengan aku. Sampaikan Intan pun perasan akan keadaan tersebut.
"Ani.. rapat la sikit.. " kata Intan semasa aku dan Ani bergambar.
"Ini dah rapat la ni.. nak macam lagi.." balas Ani sambil menjeling kearah Intan.

Aku hanya tersenyum melihat gelagat dua sahabat tersebut. Tapi padaku sendiripun terasa kelainan sangat bila Ani berada disebelahku. Rasa macam meremang bulu romaku.. dak dik duk bunyi jantung di dada.. bila Ani sedikit bergerak menghampiri aku ketika itu. Namun bagi Intan, kami masih belum cukup rapat lagi kedudukan nya.

"Kalau macam ni.. rugi lah filem aku ni.." kata Intan lagi bergurau. Mungkin intan tidak megerti keadaan kami berdua atau memang dia sengaja hendak menyakat Ani. Tentunya Ani telah memberitahu pada Intan sebab kedatangan aku kemari. Kerana itu juga mungkin Intan telah mengangap aku bakal pasangan Ani sahabat baiknya. Nampaknya dia gembira dengan berita itu dan merestui hubungan Ani dengan aku.

"Abang, kalau Ani tak nak rapat.. Abang saja yang rapat kat Ani tu.." kata Intan lagi dengan gaya memerentah tapi lucu.. aku bergerak sedikit juga, sekadar memenuhi kemahuan Intan.

"Intan.. jangan banyak cakap, ketik saja kamera kau tu..!" kata Ani pula sambil melirik tajam kearah Intan. Intan ketawa mendengar kata kata dari Ani. Aku juga sengaja ketawa bersama Intan sambil aku memandang kearah Ani. Ani tertunduk malu bila aku dengan Intan ketawa begitu.

Dalam pada kami sedang bergilir-gilir mengambil gambar di situ, kami dikejutkan dengan panggilan nama Intan berulang kali.

"Intan.. Intan.. " kami bertiga berpaling kearah suara tersebut. Aku sendiri tidak pasti dari arah mana kah datangnya suara memabggil Intan tadi. Kami berpandangan kerana kurang pasti siapakah yang menyebut nama Intan.
"Intan.. Intan.. sini lah.. " terdengar lagi suara orang memanggil nama Intan. Kali ini barulah kami pasti siapa yang memanggil nama Intan. Rupanya panggilan dari seorang wanita. Serentak dengan itu Intan pun bersuara seakan terperanjat.

"laa.. Makcik Leha.... " kata Intan kearah wanita dengan tiga anak dan seorang lelaki. Agak aku lelaki tersebut suami kepada Makcik Leha yang disebut Intan. Kedudukan mereka agak jauh dari kami ketika itu. Aku tidak pasti sangat, jika ia, mungkin mereka membawa anak anak melihat lihat kawasan Candi itu juga.

"Itu Makcik aku dengan keluarganya.." kata Intan memberitahu aku dengan Ani. Lalu Intan meminta izin dari kami untuk bertemu dengan Makciknya di hujung sana. Intan nampak gembira bila mengatahui Makcik nya berada disitu juga.

Kami menganguk tanda setuju dia berjumpa dengan Makciknya. Dari jauh kami lihat Intan bersalaman serta bepelukan dengan Makciknya dalam suasana ceria. Kami berdua terdiam seketika selepas ditinggalkan Intan, sebenarnya Intanlah yang banyak meredakan keadaan kami.

Suasana nyaman dipersekitaran Candi tambah segar dengan angin petang bertiupan lembut membelai-belai pohon kelapa disekelilingnya. Aku menghayati keindahan suasana alam dikampung itu tanpa berbicara apa apa. Aku diam.. Ani membisu..!
Kami masih tidak bergerak kemana mana, masing-masing diam melayan bisikan hati sendiri. Sekilas jelingan keresahan pada wajah Ani agak ketara kupandang. Ani masih diam, cuma sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin.
Aku memikirkan untuk memulakan bicara namun aku tidak pasti bagaimana harus ku mulai.

"Kan Cantik Intan tu bang..!" tiba tiba Ani memecah keheningan kami sejak tadi.
"Siapa cantik.?" soalku seperti tidak mendengar kata Ani atau hanya sekadar melanjutkan bicara.
"Intan.. " kata Ani lagi sambil menolih kearah Intan dikejauhan sana.

Aku turut memandang kearah Intan yang sedang rancak berbual dengan Makciknya. Memang Intan cantik molek ditambah tahi lalat penyeri wajah. Intan gadis remaja yang sedang berkembang mekar! pasti setiap jejaka akan tertarik dengan keindahan dan keayuan Intan.

"Memang cantik Intan tu.." kataku dalam hati, supaya tidak menyinggung perasaan Ani, gadis pilihan keduaku selepas Fidah. Aku terharu dapat mengenali Intan gadis Lembah Bujang ini. Sama juga dengan Ani, hanya Ani yang lebih awal mencuri hatiku, lalu aku lebih tertarik dengan Ani.
"Cuba abang perhatikan Intan tu betul-betul.. tak rugi abang pilih Intan tau..!" Ani menambah lagi dangan suara yang agak perlahan. Padaku kata katanya seakan ingin mencari kepastian dariku. Atau memang sebenarnya dia bermaksud begitu. Ini yang membuat aku sangsi untuk meluahkan apa yang tersimpan dalam hati ketika itu.

"Keluarganya pun orang Alim juga bang.. senang memdidik anak-anak abang nanti.."
Aku terdiam bila Ani bebicara sampai ketahap itu, aku kurang pasti samada Ani benar benar bermaksud begitu atau sekadar masih ingin menduga aku lagi. Makin dibiarkan makin jauh pula Ani berkiasan, atau agaknya Ani juga kurang pasti samada aku suka padanya.
Lalu aku memberanikan diri dan sanggup menangung apa juga penerimaan dari dia. Namun pada itu, aku berharap sangat dia juga menyukai aku ini.

"Ani.. pandang abang, abang nak cakap sikit dengan Ani" aku bersuara lancar, sedangkan aku mulanya tidak yakin dapat memulakan bicara seperti itu.
"Ermm.. cakaplah.. abang nak cakap apa?" keyakinan aku mula menapak apabila mendapat sahutan bicara dari Ani. Ani merenung kearahku sambil menanti ungkapan dari aku seterusnya. Aku memerhati wajah Ani.. senang dipandang, mata dia cantik! hidung mancung.. bibirnya.. cukup menawan.

"Ani.. yang sesuai dengan abang, seperti yang abang cakap dulu.. sudah ada didepan abang!" aku memberanikan diri berterus terang padanya.
"Abang ni.. orang cakap betul-betul dia main-main pulak!" kata Ani dengan suara sedikit bergetar.
"Tidak Ani, Abang tak main-main.. Ani lah pilihan abang, bukan Intan!" kataku hampir saja aku memeluk Ani untuk memujuknya, kerana ketika itu dia sudah mula mengalirkan titisan jernih dikelopak matanya. Cepat-cepat dia menunduk dan mengesat air matanya.

"Ani.. kenapa Ani menangis ha..?" Ani tidak menjawab pertanyaan ku. Aku bertanya lagi jika dia tidak suka pada aku. Lebih baik aku tahu hal sebenar dari mulutnya sendiri sekarang ini daripada aku terus bermain dengan perasaan aku sendiri.

"Apa.. Ani tak sudi dengan abang ni..?" dia masih tunduk menahan air matanya.
Aku mula resah memikirkan Ani.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments: