November 24, 2020

Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang

Sakit Hati.

Pernahkah anda menyakiti hati orang lain, atau anda memang selalu mebuat orang sakit hati. Atau memang selalu atau suka membuat hati orang lain sakit?

Harapan-nya kita janganlah menjadi orang yang seperti itu, sebab tidak baik untuk kehidupan dan pergaulan kita sehari-hari. Kekadang, orang yang kita sakiti hatinya itu, tiba-tiba datang menolong kita pula bila kita didalam kesusahan.

Bagaimana kita hendak tahu perbuatan atau kata-kata kita bolih menyakiti hati orang lain?
Sebenarnya ini senang sahaja hendak diketahui, iaitu dengan pertanyaan adakah kita pernah disakiti hati kita? atau kita merasa sakit hati atas kata-kata atau perbuatan orang terhadap kita?

Kalau jawapannya, ia, pernah! Kalau pernah, apakah kata-kata atau perbuatan mereka itu yang telah membuatkan hati kita sakit?

Kalau kita pernah disakiti dengan kata-kata atau perbuatan, makanya awasilah kata-kata kita dan perbuatan kita agar tidak menyakiti hati orang lain. Pehatikan apa yang menyebabkan hati kita sakit, jadi pekara yang sama jangan kita lakukan kepada orang lain.

Mudah kan?

Kemungkinan kita tidak dapat lari dari orang yang suka menyakiti hati orang lain, sebab kita hidup berkumpulan, samada di kampung, di taman perumahan atau ditempat kerja atau dimana-mana saja kita berada.
Kanapa kita tidak bolih elak? Ini disebabkan perangai orang ada bermacam-macam jenis. Perangai manusia berbagai ragam.

Kita jangan elak orang yang macam ini, macam mana hendak elak sebab dia memang berada didalam lingkungan kehidupan kita sehari-hari? Mereka ada dikiri dan kanan kita. Makin kita cuba hendak mengelak makin sakit hati kita nanti.

Jadi carilah cara yang terbaik untuk mengatasi pekara ini. [ Anda bolih ambil sikap yang dilakukan olih orang "besar" dalam politik. Mereka bijak dalam pergaulan, mereka bijak berkawan dengan musuh politik, masa dipentas ceramah atau temubual bukan main bergegar! Malam talipon makan roti canai di vvip. Mereka tidak terpengaruh tapi mereka menpengaruhi orang ramai! ]

Lagi pun bila kita terlalu memikirkan atau merasakan sangat sakit hati - ini sangat tidak baik untuk kesihatan!

Kekadang ada juga orang yang baharu sahaja kita temui dia sudah menyakiti hati kita, dan kemudian dia hilang dan kita tidak berjumpa lagi, apa yang dia tinggalkan hanya perbuatan atau kata-kata dia yang menyakiti hati.



Ada sesetengah orang dia tidak tahu yang perbuatan atau kata-katanya telah membuatkan hati orang lain sakit, sebab mungkin dia dilahirkan dengan sikap yang sebegini atau dia atau sesaorang itu telah terbiasa dengan sikapnya yang begitu dan dia tidak merasa bersalah jika dia telah dengan sengaja menyakiti hati orang lain.

Malahan ada sesetengah orang dia merasa seronok atau bahagia bila dia telah berjaya menyakiti hati orang lain, seolah-olah dia menang dan merasa puas! kalau sampai tahap ini, bermakna orang tersebut sebenarnya sakit atau mengalami ganguan jiwa, atau sakit jiwa!

Jika ada beribu cara bagi kita untuk menyenangkan hati orang sekeliling, begitu juga ada dengan beribu frasa atau cara samada kita sedar atau tidak ianya bolih menyakiti hati orang lain. Kata-kata adalah satu cara mudah untuk menghiburkan orang sekeliling kita dan kata-kata juga yang sangat mudah membuat hati orang lain sakit!

Jadi awasilah sangat-sangat dengan kata-kata kita bila bercakap didalam lingkungan pergaulan kita sehari-hari.

Sebab bila kita sudah menyakiti hati orang lain, sudah tiada cara lagi bagi kita menarik balik apa yang telah menyakiti hati orang lain tersebut!

Walaupun kita telah bersujud dikakinya bermohon maaf, dan dia menganggok serta membalasnya dengan kata manis, itu semua sudah tiada ertinya lagi, senang cerita sudah tiada maaf bagi mu, ini adalah kenyataan!

Walau bagaimana pun, hal ini bukan dikalangan orang yang kita sayang, kalau orang yang kita sayang atau masing-masing sayang menyayang, sakit hati itu ada, tapi sekejap sahaja dan akan lupus dan tidak ambil peduli lagi.
Tetapi hal ini tidak dengan orang luar atau bukan dikalangan individu ini (saling menyayangi).



Sebab itu kita sering lihat bagaimana orang ini bolih kekal berkawan dengan sikap orang yang satu lagi, sedangkan kita tidak ingin orang seperti itu didalam hidup kita!

Sebenarnya kasih sayang ini tidak hanya kepada suami isteri, adik kakak tetapi juga terhadap rakan-rakan terpilih tidak kira sesama lelaki atau rakan sesama perempuan dan orang-orang ini memang insan terpilih!

Disakiti atau sama-sama menyakiti pun tiada istilah dosa, sebab mereka tidak pernah tersakiti hati mereka, kerana kasih sayang dan mereka ini adalah orang terpilih didalam hidup mereka. Biasanya hanya ada seorang sahaja dalam hidup mereka ada sesetengah orang ada lebih dari saorang.

Malahan jika orang ini bila sudah pergi dahulu dari dunia ini, mereka akan menangisi pemergian tersebut hingga begitu lama.

Yang kita hendak tekankan ini adalah kita telah menyakiti hati orang yang dia bukan tergolong didalam kalangan orang yang terpilih, maka susahlah anda hendak bermohon maaf lagi.



Ini ada satu contoh perangai orang yang suka menyakiti hati orang lain, ada sesaorang telah terlibat didalam kemalangan, kemalangan ini tidak melibatkan kematian hanya kerosakan kepada kedua-dua kenderaan tersebut. Olih kerana pehak 'A' yang tidak mahu mengaku kesalahan dia, orang ini mengambil berbagai cara untuk memenangkan diri dia, dia menggunakan kemahiran dan pengalaman dia untuk mempengaruhi anggota polis yang membuat siasatan.

Sedangkan orang yang satu lagi 'B' tidak bersalah sangat, lebih berat kesalahan kepada orang yang berpura-pura baik dengan onggota polis tersebut, orang ini 'B' telah tersakiti hatinya disebabkan perangai orang tadi 'A' yang bermuka-muka dihadapan anggota polis supaya tidak memberatkan kesalahan keatas dirinya, cara orang ini 'A' menyakiti hati orang yang satu lagi itu 'B' adalah dengan menyakiti hati dengan sengaja.

Kemalangan itu berlaku dipersimpangan lampu merah, sebenarnya senang juga hendak memilih siapa yang bena-benar bersalah ditempat seperti ini.
Kerana setiap penukaran warna lampu ada jarak masa yang diberikan, jika mengikut cara ini pehak 'A' adalah yang paling bersalah namun olih kerana dia 'A' sengaja mempengaruhi anggota polis dengan kemahiran berkata-kata dan bersikap berpura-pura baik dihadapan anggota polis tersebut, maka tenggelamlah kesalahan dia (si'A').

Walaupun si'A' menang dihadapan anggota polis, tetapi dia tetap bersalah pada pendapat si'B' dan si'B' tidak sesekali dapat memaafkan si'A', lebih-lebih lagi si'B' kena perli atau buli atau marah dengan anggota polis tersebut disebabkan anggota tersebut telah dipenggaruhi si'A'.

Dan banyak lagi pelakuan harian kita sebenarnya bolih menyakiti hati orang lain. Olih itu berhati-hatilah dengan sikap kata-kata operangai anda seharian, lebih malang lagi jika kita bukan dikalangan orang-orang yang terpilih!
Dosa menyakiti hati orang tersebut bawalah sampai kemati,
jika anda berkata tidak peduli dengan dosa atau suka menyakiti hati orang lain, tidak ada apa-apa, dan tidak meninggalkan kesan apa-apa, anda salah besar.

Fikir-fikirkan lah. Dan perlu kita ingat, kita tidak tahu adakah kita berada didalam lingkungan orang-orang terpilih atau tidak!

Sekian. Jumpa lagi.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~