April 19, 2011

Cinta Pertama Jadi Sembilu.

Satu hari yang cerah dan tenang, cuma sesekali ayam tua berkokok lalok..
hilang ketenangan ku,hari itu, ditambah di sogok lagi dengan leteran Ibu ku supaya bertemu nenek yang tinggal agak jauh dari kampungku sendiri.

Sebenarnya aku jadi keliru samada hendak menurut kemahuan kedua orang tua ku atau tidak. Ini kerana aku sendiri sudah tak bersemangat lagi untuk memilih jodoh ku sendiri..
Semuanya gara gara putus cinta pertama ku. Kalau tidak diikut suruhan ibu dan ayah supaya berjumpa nenek.. selama itulah aku asyik kena beleter saja... "Apa nak jadi dengan kau ni.. takkan nak membujang sampai ketua ha..?" itu kata ayah ku.

Selalu juga ibu aku kata... " Yang sudah tu, sudah lah... jangan dok meraban tak tentu pasal, orang sudah tak suka.. tak payah diingatkan lagi..."
Tapi sebetulnya aku tu tidaklah berapa kesah sangat tentang siapapun bakal calunnya, cuma buat masa itu, aku boring betul dengan apa yang telah berlaku.!

Masa pertunangan putus itu, segala persiapan perkahwinan telah siap sedia, sampaikan jemputan sekampung pun telah di war warkan.. cuma belum edar kad jemputan saja lagi, maknanya orang kampung semua dah tahu..!

Jadi untuk tidak menghampakan permintaan ayah dan ibu supaya aku berjumpa nenek, aku pun pergi lah jumpa nenek di kampung Ceruk Beras, Kuala Ketil. masa tu aku naik moto aku yamaha 88... moto ni jarang ada, sekarang! jangan cari, memang tak ada lagi.. hehe... fuyooo.. berapa punya lama la kesah ni...

Moto tu memang laju lah.. pasal dah tebuk sana, korek sini... "Ha.. hang mai dengan sapa?" itulah pertanyaan awal bila jumpa nenek, mai dengan sapa lagi... dengan moto la.. "Besuk kita pergi rumah makcik kau kat Merbuk.. nenek dah lama tak pergi sana.. Tok panggil hang mai ni suruh teman tok pegi sana, hang pun bukan besa pergi sana pun.. sebelum tok mati, tok nak tunjuk tunjuk lah sedara mara kita mana yang ada..."

Mak cik tu sebenarnya anak nenek aku, lain bapa dengan ayah ku sendiri.. nak kata macam mana ey.. yela.. orang dulu suka kawin, pastu kawin lagi dengan yang lain.. nasib baik tak jangkit dengan aku! mau kalu tidak..!
Tu.. dia.. nenek aku tak mahu naik moto aku la... takut katanya naik moto.. jadi pagi besuknya kami berdua naik bas le pergi Merbuk.. dekat Sg. Petani.

Dalam bas semasa perjalanan ke sana.. habis lah segala kesah hidup nenek dulu dulu diceritakan pada aku, dari muda sampai kawin dengan datok aku, sampaikan macam mana perangai datok aku masa muda pun diceritakan.. maklum la.. perjalanan agak jauh juga.. so banyak le masa..

Akhirnya sampai juga aku kat merbuk tu, dan itu lah pertama kali aku jejak kaki ku kesitu, sesampai kepekan itu, kami singgah warung dulu, sambil nanti kemunculan pak cik aku kepekan. Tapi penantian jadi hampa kerana tidak nampak kelibat orangnya.. jadi menapak lah kami kerumah mereka. Jalan tersebut berada diatas benteng laut.. selah laut banyak pokok pokok nepah serta pokok bakau.. sebelah sini.. luas terbentang sawah padi.. disulami rumah rumah petani kat situ.. pemandangannya memang mengasyikan dan memukau mata memandang.

Tidak berapa lama menapak.. agak agak sesemput ayam bergaduh.. aku dikejutkan dengan suara nenek... "Ha.. tu dia... kita dah dekat sampai rumah depa dah" apa lagi..mata ku mencari cari rumah yang nenek ku maksudkan itu.. nenek seolah olah memahami apa dalam kepala aku.. "Tu.. yang ada pokok riang dot depan titi tu.. tula.. rumah depa.."

Hati aku yang dari rumah lagi tak ada apa apa rasa.. hanya sekadar menuruti kehendak Ibu dan Ayah serta Nenek agar datang kesini... tetapi dengan tiba tiba jantung aku berdegup kencang seolah baru lepas berlari dikejar Angsa..!
Sebabnya aku tahu kat rumah tersebut, aku bakal berjumpa seorang gadis yang dirangcang untuk aku... terjenguk jenguk lah aku mencari dimana kah gerangan gadis itu!

"Tok harap hangpa kenai kenai la.. baik baik.. la ni... keluarga kita makin jauh terpisah.. " pelahan saja suara nenek aku, tapi aku terasa kemahuan nya, penuh pengharapan. "Depa semua orang eluk.. hang saja jaga perangai hang tu..!" tambah nenek lagi. 'eh.. nenek ni macam la aku ni tak eluk sangat.. hehe..

Agak agak sependengaran.. terdengar lah suara menyebut nama nenek.. "Mak...! nenek datang..!" sambil berlari menuju kearah kami.. seorang kanak kanak lelaki dan... dan.. mak oi... bolih tahan juga budak ni..
dengan kain batik serta baju T terkinja kinja sambil memegang tangan nenek aku, mereka berpimpin tangan menuju kerumah, dibawah rumah bedekatan dapur keihatan dua orang dewasa sedang tersenyum menunggu kami..
Aku mengenali mereka berdua.. kerana telah beberapa kali terserempak dimajlis majlis keluarga kami, cuma yang anak gadisnya saja yang aku tidak perasan sangat.

Siapa sangka mereka ada anak gadis secantik ini.. woi... hati ku dah mula suka dengan apa yang aku lihat sekarang..! tiba tiba...
"Mak tak mai sekali ka abang?" haa... dia panggil kat aku abangg... aku rasa macam sayup sayup saja suara itu.. merdu.. manja.. nasib baik aku tidak duduk atas kerusi macam P.Ramli..
Kalau tidak... memang telentang kebelakang... akeh.. keh..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




2 comments:

Anonymous said...

dah berapa hari ko x update?....
k... pasni aku cadangkan ko ketengahkan isu... ko boleh pny.... dulu ko pernah buat ... contoh ko pernah buat isu pulau batu puteh...
ko buat lah hala tuju bangsa kita ke... moral melayu kini ke... jati diri ke.... politik melayu ke... perpecahan dikalangan melayu ke... ekonomi melayu ke... buat kan sampai orang boleh berfikir... dan jadikan satu persoalan untuk orang menjana minda.... gua doakan lu terus sucses....

♥xaturen♥ said...

Maafla.. semalam saya dah bukak... tp tak tahu nak balas macam mana.. jika nak dikomen bab orang melayu, memang payah sikit nak tulis kan..
sebab kekadang melayu sendiri menjahanamkan melayu akeh..keh..

sila semak kat google.. KSAN.COM