December 31, 2023

Jalan Kampung Kepekan Nenas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Pandangan matahari sekejap tadi panas menerangi perjalanan menuju kepekan Nanas. Kebun sawit disepanjang jalan dan sesekali ada kebun nenas ditepi jalan, merangkumi perjalanan mini tar ke Pekan Nanas. Jalan ini menyingkap kisah lama satu ketika dulu, sebab digunakan untuk mengelak dari sekatan jalan olih anggota polis!










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


December 30, 2023

Suka Suka Tanam Kelapa Kuning

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Dua tiga hari ini kawasan Pontian setiap hari hujan, hujanya tidak menentu malam hujan tengah hari hujan pagi pun selalu hujan dalam pukul empat macam tu hingga ke pukul lima ke enam pagi. Kalau panas pun sekejap saja tak lama panas mendung dan hujan pun turun.


Kalau lihat berita kat tv memang Negeri Kelantan dan Terangganu dilanda banjir, susah lah kehidupan harian orang disana rumah dimasuki air, habis rosak semua barang-barang dalam rumah, moto kereta yang tdak sempat dilarikan ketempat tinggi habis tenggelam dan mengakibatkan kerugian, hai.. nak dibetulkan balik kenderaan tu sapa nk bantu? kerja pun dah tidak tentu lagi sebab hari hujan dan banjir. Kita bersyukur kerana terlepas dari kejadian seperti itu.


Dalam mengenangkan kesulitan mangsa banjir saya sempat meninjau pokok kelapa gading yang saya tanam ditepi rumah ini. Nampak pokok kelapanya hidup dengan elok, semak dah tinggi menjalar tapi tidak bolih diracun sebab cuaca sering hujan. Nanti saya balik lagi kesini bolihlah diracun semaknya.
Besok saya mungkin sudah balik semula ke Kulim jika perancangam tidak berubah. Disana pun banyak nak dibuat. Buah sawit pun belum petik lagi. Dah gugur rasanya buah sawit yang terlebih masak.


Kelapa kuning, manis menggoda, *
Buah tropis penuh makna,
Dalam dada bergetar rasa,
Kelezatan sejati tiada terperisaa.


Ah, kelapa gading, kuning nan elegan,
Seperti senyumanmu yang memesona,
Dalam puisi ini, cinta bersemi,
Takdir yang menggoda, abadi dalam kenangan.

Oh, kekasih Fidah, cinta yang mekar, *
Seperti bunga yang indah merekah,
Dalam tarian takdir yang menggoda,
Fidah, oh kekasihku, abadi dalam hati.


sayangku buat Fidah bagaikan bunga yang terus mekar.
Dalam pelukan takdir,
cinta kita menjadi puisi indah.
ku jaga api cinta ini merajut kisah kita berdua.

Cinta kita membara bagai api suci. *
Faridah, bidadari dalam takdir ku,
pujaan hati yang abadi. dalam pelukan cinta,
puisi indah kita terus melukiskan kisah tak terlupakan.


* hanya rekaan semata._baca lanjut kesah Fidah *

Nanti kita akan update lagi pasal pokok kelapa kuning ini, jenis kelapa ini cepat berbuah, selamat tinggal kelapa dua bulan lagi kita jumpa lagi. hehe~










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆