May 20, 2011

Gementar Bila Kita Berduaan.

Aku terdiam memerhati gelagat Ani, lalu tanpa kusedar aku berkata "Ingatkan siapa yang berikan rantai tangan tu pada Ani..!" Ani menolih kearahku kehairanan.. kemudian memandang Ibunya, Makcik tersenyum pula kepada Nenek.. mereka semua ketawa kecil kearahku.

Aku tertunduk malu. Lalu aku hati berkata, "Ani.. lapang rasa hati abang sekarang.." Harapan aku terhadap Ani mulai mekar kembali, serasanya memang sudah sah Ani ini akan jadi milik aku.

Aku kembali gembira memikirkan Ani. Keluh kesah memikirkan hal Ani telah hilang semuanya. Rupanya dagang aku, bukan nya mengkuang layu! tapi dagang mengkuang berlipat! Semoga harapan ku untuk bersama Ani akan kekal menjadi kenyataan.

Aku dengan Ani tercegat diatas Jambatan hadapan rumah. "Ya.. kau tolong tenggokkan Ani.. kalau hendak pergi mana mana kunci semua pintu" kata Ayah Ani ketika mula hendak bertolak.

"Pakcik pergi sekejap saja.. kalau tidak ramai orang kat rumah Ustad.. cepatlah kami balik nanti." tambah nya lagi sambil menoleh kearah Ani, Ani menolih kearah Ibunya, Makcik ku menolih pula kearah Nenek.. Aku memandang kearah Nenek. Nenek tersenyum.. Aku ikut sedikit tersenyum, dan berkata "Baiklah Pakcik!"

Suasana agak bising olih bunyi kereta yang sedang Pakcikku menekan nekan pendal minyaknya. Perlahan lahan kereta bergerak.. menyusuri laluan keluar kejalan hadapan rumah. bye.. bye Akak.! bye Abang.! kata Adik Din keriangan sambil tangan nya melambai lambai kearah kami berdua.

Ani membalas lambaian adiknya aku pun ikut melambai juga.. "Ani.. ingat apa yang Mak pesan tu.." Kata Makcik ku ketika kereta sudah bergerak meninggalkan kami berdua diatas Jambatan.

Aku menolih kearah Ani, Ani menjeling kearahku sambil tersenyum! Apa pulak yang Makcikku pesan pada Ani tu aku pun tak tahu.. beransur ansur kereta Pakcikku hilang dari pandangan kami.

Suasana kembali sepi.. tiada sesiapa antara kami berdua yang memulakan bicara, aku hanya memandang kebawah kearah aliran air dibawah jambatan. Kelihatan sekumpulan anak anak ikan sedang mencari makanan dalam arus yang mengalir perlahan. Aku memerhati sebelah hulu sungai kecil itu sedangkan Ani memerhati disebelah hilir.

Kami masih lagi diam tidak berkata apa apa. Mungkin Ani sedang memerhati anak anak ikan atau mungkin juga melihat kuntuman teraratai yang sedang mekar berkembang.

Cuaca petang itu agak mendung namun disebelah timurnya cuaca terang benderang, persekitaran sawah yang luas membenarkan aku memandang suasana sekeliling dengan lebih jauh disana. Tiupan angin sesekali menerjah kearah kami, Ani membetulkan rambutnya yang diselak angin yang agak sejuk itu.

Walaupun aku tidak menolih kearahnya namun aku dapat rasakan keresahan yang dialaminya. Sebenarnya aku pun ikut merasa resah gelisah juga. Inilah kali pertama tiada orang lain selain kami berdua saja. Rasa tidak keruan biasa aku alami apabila berhadapan dengan orang yang aku suka dan aku mula tidak berani mengungkap akan kata kata.

Lidah jadi kelu untuk memulakan bicara, bimbang kalau salah kata. Ani.. kenapa hari ini kau diam begini, tidak seperti hari sebelumnya? apa kau juga gementar bila kita berduaan begini? atau kau tidak menyukai aku sebenarnya?

Dulu.. bila aku, pertama kali bertemu Fidah perasaan yang sama juga yang aku rasakan. Pertemuan pertama yang meninggalkan kenangan sampai keakhir hayat.

Mungkin juga Fidah pun tidak akan dapat melupakan nya.. aku memang rindu detik itu, Fidah.. resah, tidak sanggup aku menahan rindu padamu saorang! mengapa kini cinta kita musnah begitu saja, selagi hidup tetapku terkenang juga.

Ketika itu aku masih dikampung, aku merancang pertemuan itu bersama Siti "Bolih apa salahnya kalau abang nak jumpa Faridah" kata Siti bila aku ingin sangat jumpa Fidah secara berdua saja. Sebagai gadis kampung, Siti memanggil abang, tanda hormat dia pada aku yang lebih tua darinya.

"Siti rasa hari khamis depan paling sesuai" tambah Siti lagi bila aku mahu secepat mungkin untuk bertemu Fidah. Siti kawan kami yang sangat baik dia banyak menyokong hubunggan aku dengan Fidah buah hatiku.

Seperti yang dijanjikan aku menunggu dengan penuh debaran akan kedatanggan Fidah. Aku telah berkira kira apa yang perlu aku bicarakan apabila Fidah menjelma sebentar nanti. Memang gugup rasanya saat penantian itu, maklumlah itulah kali pertama kami akan berjumpa dan bersemuka. Tapi rindu ingin bertemu Fidah mengatasi segalanya.

Tidak lama selepas pertemuan pertama itu, aku mendapat kerja di Taiping. Agak jauh dari kampung ku didaerah Kulim. Dan kita pun mula hidup berjauhan, hanya surat menjadi penghubung kita diwaktu itu. Hanya bila aku bercuti panjang baru kita dapat bertemu dan pergi bersiaran.

Pada pertemuan pertama itu kita lebih banyak berbicara dalam hati saja. Hanya sedikit ungkapan antara kita, oh.. Fidah.. yang aku tahu, aku begitu senang dan berbahagia bila kau berada disamping ku. Dan kau Fidah dapat menyelami perasaan aku ketika itu. Aku rasa kau pun begitu juga, turut merasa bahagia.

Aku dapat lihat keceriaan pada senyumanmu, kegembiraan pada wajahmu. Jiwa kita seolah olah sebati menjadi satu, tidak perlu lagi sebarang kata antara kita. Penawar rindu ini padaku, hanya dikau seorang.

Hadir kamu disitu ada bahagiaku. Bila kita berdua hilang duka nestapa timbul rasa indah belaka. Oh.. Fidah, aku masih sangat sayang akan kamu! Cinta yang tulus ini hanyalah untukmu selamanya.

Bunyi deruan motosikal memecah keheningan kami ketika itu, ku lihat Ani tersenyum lebar kearah motosikal yang semakin menghampiri kedudukan kami.
"Intan.. sampaipun kau, kenapa lambat sangat..?" itulah ungkapan Ani takkala Intan mematikan moto. Intan tersenyum memandang Ani dan kemudian kearahku sebentar, sambil membetulkan kedudukan moto.

"Hai.. buat apa kita nak ganggu orang yang sedang berdua duaan" balas Intan ramah ceria tidak seperti semalam. "Intan.. kau jangan macam macam Intan.." Ani berkata seakan akan marah pada Intan. Agaknya Ani tidak marah pada Intan cuma dia malu dikata berduaan dengan aku.

"Apa pulak macam macam.. biasalah itu, apa salahnya kan?" kali ini Intan berkata sambil menolih kepadaku seolah olah supaya aku mengiyakan cakapnya. Aku hanya sekadar tersenyum saja kearah Intan, Ani tunduk sambil memegang bungkusan kecil dalam bakul moto Intan.

"Macam ni lah.. Ani, kau siap siap dulu, aku hantar kuih ni kat nenek aku sekejap, lepas tu kita pergilah.." kata Intan pada Ani. "erm.. baiklah kau cepat sikit tau, takut pulak hari hujan nanti" balas Ani pada Intan. Aku mengikuti Ani balik kerumah setelah Intan mula menghidupkan moto kerumah neneknya.

Dalam perjalanan yang memasuki rumah Ani bersuara dengan perlahan tapi jelas aku dengar.."Abang, macam mana dengan Intan tu bang?" Ia satu pertanyaan yang aku tak faham kenapa Ani bertanyakan soalan yang seperti itu.

Agaknya Ani seperti meminta aku menilai Intan untuk aku. Atau Ani seolah mencadangkan Intan jadi pilihan aku. Kenapa pula Intan? sedangkan aku telah mulai menyukainya.

Ani! sebenarnya aku sudah mula sayang padamu.. apalagi bila aku tahu rantai tangan itu bukan pemberian dari jejaka mana.. itu hanya pemberian Ibumu sendiri.

Lagipun kau pun tahu keluargamu begitu beria ia memilih aku sebagai calun suamimu. Atau memang Ani sebenarnya tidak menyukai aku? bahkan dia hanya melayani aku sebaiknya sebagai tetamu sahaja!








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


1 comment:

dottwin.com said...

Sila komen yea... saja nk tahu masih ada yg membaca cerita ni ke..?