July 19, 2023

Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Keningau:
Seorang penoreh getah ditemui maut selepas dipercayai dipatuk binatang berbisa, di Kampung Banang Ulu Sook disini pada 13 julai 2023.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata mangsa berumur 36 tahun itu pada mulanya ditemukan penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Pihak polis menerima laporan penemuan pada jam 8 pagi dan terus mengerakkan sepasukan polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi

Pihak polis menerima laporan penemuan pada jam 8 pagi dan terus mengerakkan sepasukan polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian turut menemukan satu mesin rumput yang berada berhampiran mangsa.

Pemeriksaan awal pada badan mangsa pula mendapati beberapa kesan merah kehitaman pada kulit dipercayai dipatuk haiwan berbisa.
Siasatan turut mendapati, mangsa dikatakan pergi ke kawasan kebun berkenaan untuk menoreh getah dan memotong rumput, sehari sebelum ditemukan meninggal dunia, katanya.

Nor Rafidah berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Mayat mangsa sudah dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya, katanya.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~