October 02, 2023

Harga Beras Dan Barang Harian Naik Sangat Membebankan Pengguna

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Ketika harga beras dan barangan harian atau keperluan dapur semakin naik, ramai pula menteri-menteri dalam pentakbiran kerajaan cuba membela pehak kerajaan diatas kenaikan harga barang-barang tersebut.

Mereka mengeluarkan pandangan atau kata-kata atau alasan yang tidak begitu benar atau tidak tepat juga tidak mewakili pengguna bawahan, terutama orang-orang kampung.

Kesan kenaikan harga beras dengan harga barangan harian turut menjejaskan para peniaga kecil makanan, peniaga-peniaga pasar malam, terutamanya peniaga pasar malam, mereka sudah beberapa tahun lalu sudah mula terjejas keungtungan jualan harian, disebabkan kenaikan harga gula harga tepung dan harga minyak.

Dan sekarang ditambah lagi dengan kenaikan harga beras yang mengejut, bagaimana nasib mereka, walaupun menaikan sedikit harga barang jualan mereka, mereka masih belum dapat pulangan yang memadai.

Kebanyakan peniaga kecil juga peniaga pasar malam sebenarnya sudah mengalami penurunan hampir 50% hasil pendapatan mereka. Ditambah dengan kerenah sesetengah Majlis Daerah yang mengenakan cukai atau sewa tapak pasar malam yang tidak berperi kemanusiaan, sedangkan tapak pesar hanya dikiri kanan jalan sahaja.

Menceritakan keperitan peniaga kecil juga peniaga pasar malam, sangat menyedihkan ini namun tidak dimegerti olih pegawai kerajaan menteri-menteri yang bergaji bulan, peniaga-peniaga kecil pasar malam ini, sudahlah barang keperluan mahal, hendak mendapatkan minyak gula pun susah.

Terpaksa tawaf keliling untuk dapatkan minyak masak, berapa kedai runcit harus mereka pergi, itu pun jika kedai tersebut masih ada stok minyak masak, jika bernasib baik mereka hanya dibenarkan membeli dua peket sahaja, sedangkan keperluan mereka sebagai peniaga kecil pasar malam memerlukan setidaknya 15 peket minyak masak setiap hari.

Cuba bayangkan berapa susahnya mereka buang masa berkeliling hanya mencari minyak masak, sedangkan banyak kerja perlu dibuat untuk penyediaan berniaga setiap hari. Dengan kuasa membeli orang ramai sudah berkurang, pekerja pembantu untuk berniaga sudah tidak sesuai lagi. Tidak relevant lagi buat mengajikan pekerja pebantu.

Semua kerja terpaksa dilakukan sendiri, penat tak penat lah, sakit tak sakit lah, hanya itu sahaja cara bagi mengurangkan kos belanja kerja.

Pegawai kerajaan, orang politik dan Majlis Daerah mereka bergaji ribuan setiap bulan, tidak ada masa hendak menyelami keperitan hidup rakyat yang lemah!

Jangan cakap kita hanya pandai cakap, media masa sekarang tersimpan gelagat mereka bertahun, terserah sama ada kita bersimpati dengan orang bawahan yang susah atau bergembira dengan kesenangan orang atasan.

Kekadang rasa sayu dihati bila melalui lorong-lorong pasar malam, sebab kita sangat menyelami perasaan sebenar mereka disebalik senyuman mesra.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


6 comments:

Puan Hazel said...

Kenaikan harga barang skrg ni sgt merisaukan. Sudahlah mahal, barangnya pun tiada, bertambah kusut jadinya :(

♥xaturen♥ said...

Benar sekali Puan, org meniaga kecil lagi susah, tk ada minyak mcm mana nk meniaga kan..

Faizal R said...

Nampak seperti tiada penyelesaiannya lagi ni. Rakyat marhain kian tersepit.

♥xaturen♥ said...

Nampaknya mcm tu la... terima saja la... tunggu tidakan lanjut..

MRENEYOO said...

Ibu"pun pusing di buatnya dengan harga kenaikan barang yang melonjak

♥xaturen♥ said...

Kesian pada keluarga muda yg anak ramai.. 5kg beras empat hari habis! belum barang lain lagi.. pening..!