*USIA 5 TAHUN*
_-💓-_Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_ ROSULALLAH MUHAMMAD SHOLLALLAHU'ALAIHI WASALLAM Manusia suci tanpa cela dan noda dibelah dadanya untuk menambah kesucian di dalam hatinya...
*USIA 6 TAHUN*
_-💓-_Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.
*USIA 8 TAHUN*
_-💓-_Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia_. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Thalib.
*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
_-💓-_Bersama bapa saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
_-💓-_Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
*USIA 20 TAHUN*
_-💓-_Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
_-💓-_Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.
*USIA 25 TAHUN*
_-💓-_Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
_-💓-_Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
_-💓-_Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
_-💓-_Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
*USIA 35 TAHUN*
_-💓-_Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
_-💓-_Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
_-💓-_Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
*USIA 40 TAHUN*
_-💓-_Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
*USIA 53 TAHUN*
_-💓-_Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
_-💓-_Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
*USIA 63 TAHUN*
_-💓-_Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*
- 💚 Khadijah Binti Khuwailid.
- 💚 Saudah Binti Zam'ah.
- 💚 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
- 💚 Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
- 💚 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
- 💚 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
- 💚 Zainab Binti Jahsy.
- 💚 Maimunah Binti Harith.
- 💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
- 💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).
*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*
- 1.💜 Qasim
- 2.💜 Abdullah
- 3.💜 Ibrahim
- 4.💜 Zainab
- 5.💜 Ruqaiyah
- 6.💜 Ummi Kalthum
- 7.💜 Fatimah Al-Zahra'
*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*
- 💙 Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*
*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad
*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB_)
Keterangan: * masuk Islam.
Keterangan: ** Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
*Sabda Rasulullah SAW:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_
_Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga"_
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
*KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*
❈ 💓 ❈ Begitu indahnya sifat fizikal / jasmani Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. ❈ 💓 ❈
_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_
☪ 💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..
☪ 💞 Aku melihat cahaya dari lidahnya.
☪ 💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
☪ 💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
☪ 💞 Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
☪ 💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
☪ 💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
☪ 💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
☪ 💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
☪ 💞 Wajahnya seperti bulan purnama.
☪ 💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
☪ 💞 Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
☪ 💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
☪ 💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
☪ 💞 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
☪ 💞 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
☪ 💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
☪ 💞 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
☪ 💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.
☪ 💞 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
☪ 💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
☪ 💞 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
☪ 💞 Rambutnya sedikit ikal.
☪ 💞 Rambutnya tebal kadang kadangmenyentuh pangkal telinga dan Kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
☪ 💞 Rambutnya terbelah di tengah.
☪ 💞 Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
☪ 💞 Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
☪ 💞 Seimbang antara kedua bahunya.
☪ 💞 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
☪ 💞 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
☪ 💞 Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
☪ 💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
☪ 💞 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
☪ 💞 Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
☪ 💞 Warna putihnya lebih banyak.
☪ 💞 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
☪ 💞 Warna kulitnya putih dan sihat.
☪ 💞 Kulitnya putih lagi bercahaya.
☪ 💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kuat.
☪ 💞 Badannya tidak gemuk.
☪ 💞 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
☪ 💞 Perutnya tidak buncit.
☪ 💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
_Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasul-Nya mencintai_
*Wallahu'alam*
Semoga bermanfaat...
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap

Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic

Fakhirah Khairuddin

Takdir Tragedi Elmina

Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.

Keras Tangan Orang Kampung

Bercuti Di Royal Belum Gerik

Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram

Kembara Mencari Janda

Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu

YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever

Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir

Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang

Bercinta Dengan Awang Hitam

RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS

Janda Janda GRO

McLaren Artura

Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas

Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023

Pantau Keadaan Ternakan Kerang

Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit

Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar

Kemalangan Jalan Raya Tiga Maut Berapa Lagi Cedera

2 ulasan:
Tk perkongsiannya
Terima kasih, memanjangkan saja semoga bermanfaat.
Catat Ulasan