جزاكم الله خيراالجزاء
Apa yang berlaku di Timur Tengah dapat kita ketahui dengan cepat dengan adanya berita melalui tv dan media tiktok yang setiap hari mengupload video-video terbaru peperangan Israel dengan Palestin.
Penduduk Palestin juga penduduk Israel masing-masing memuat naik video-video berita kejadian yang berlaku dikawasan mereka. Jadinya ramai penduduk dunia tahu apa perkembangan yang berlaku disana. Cerita yang mereka dapati dan diterima dunia hanya dalam masa kurang dari 24 jam.
Begitu juga ramai penduduk dunia merasa ingin membantu Palestin berperang, tidak kurang rakyat Malaysia terutama orang Melayu sangat kuat semanggat untuk pergi berperang melawan tentera israel, ramai yang sembang dikedai kopi untuk mahu memikul senjata pergi berperang bersama tentera Hamas melawan israel.
Tanpa mereka ketahui peperangan bukan seperti pergi berkelah, cukup bawak sardin dua tiga tin sudah cukup. senjata yang hendak digunakan bukanya senapang patah yang ada dirumah ketua kampung! senjata perang tidak sama dengan senapang patah, kalau dengar cakap kedai kopi memang kita tabik hormat dengan semanggat mereka hendak berperang dengan Israel.
Dengar berita punca air kegunaan harian di Gaza pun datangnya dari kawasan Israel, sekarang israel sudah sekat air dikawasan Gaza hanya ada air catuan daripada lori tangki. (walaupun semua wilayah Israel adalah tanah hak rakyat Palestin yang dirampas) Air tidak ada, rumah sudah roboh, makanan sudah susah didapati, ramai yang lari kearah barat Gaza, kerana Israel akan menyerang melalui darat kebahagian utara Gaza.
Elok sangat sesiapa yang bersemanggat hendak pergi ke Palestin berperang itu, banyakkan ibadah, solat jangan tinggal, selalu solat subuh berjemaah dimasjid-masjid, berdoalah untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.
Lagi berita terbaru, Amarika Syarikat atau US telah menambah lagi bala tentera kelaut berdekatan Israel. Mereka menghantar sebuah Armada kapal perang besar yang penuh dengan senjata dan jet pejuang moden, kalau sudah US ada disana, memang nampak sangat US berat sebelah dalam hal kemanusian. Memang hidup di rakyat Palestin di Gaza akan semakin sulit. Bukan US hendak hantar bantuan perubatan ke Gaza ,
tapi US hantar tentera untuk berperang dengan Hamas.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap

Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik
⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic

Fakhirah Khairuddin

Takdir Tragedi Elmina

Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.

Keras Tangan Orang Kampung

Bercuti Di Royal Belum Gerik

Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram

Kembara Mencari Janda

Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu

YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever

Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir

Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang

Bercinta Dengan Awang Hitam

RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS

Janda Janda GRO

McLaren Artura

Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas

Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023

Pantau Keadaan Ternakan Kerang

Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit

Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar

Kemalangan Jalan Raya Tiga Maut Berapa Lagi Cedera

2 ulasan:
Semoga keamanan akan menjelma
Sama-sama lah kita doakan semoga rakyat Palestin yang dizalimi olih Israel akan segera dibela dari dunia antarabangsa.
Catat Ulasan