October 05, 2023

Minyak Masak Dimana Kau Sembunyi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Petang tadi berpusing lagi kekedai-kedai runcit berhampiran, tujuanya hendak cari miyak masak peket, saya pergi kedai-kedai runcit yang sama juga, kerana kelmarin saya sudah pergi cari, tuan kedai beritahu minyak masak belum sampai stok, jadi saya pergi semula, mana tahu stok minyak dah sampai, tapi masih juga tidak ada minyak masak.

Rasa macam kecewa juga sebab kalau tak ada minyak masak susah lah sikit, kita nak masak tentu nak guna minyak.. tak kan nak rebus saja ikan sayur.. tak sesuai lah.

Kita naik moto saja sebab nak pusing kawasan berhampiran saja, jadi sekali isi minyak moto terpikir nak pergi cari minyak masak disupermarket, mulanya seperti tidak yakin ada minyak masak, sebab tentu semua tempat tidak ada minyak, tidak mungkin sana ada sini tak ada!

Jadi pergilah juga kesupermarket itu cuba nasib, kalau ada minyak masak bagus lah. Kalau tidak ada apa nak dikata~ Ketika memasuki supermarket tu mata melihat-lihat orang ramai yang keluar dari situ kalau ada yang membeli minyak masak, ternampaklah makcik-makcik bawak minyak masak, apalagi laju lah sikit langkah risau kalau-kalau kehabisan pulak minyaknya haha~~

Bergegaslah cari dimana lokasi minyak masak peket, kebetulan ramai pulak yang bawak minyak masak, risau takut kehabisan stok minyak haha~~

Akhirnya jumpa tempat minyak masak, banyak pulak tu.! tiap seorang hanya bolih beli tiga peket sahaja, ada tertulis kat situ. Semua pelanggan bolih beli tidak kira siapa, pekerja asing ke.. semua bolih!

Kalau saorang tiga peket, pergilah beli berapa ramai ahli keluarga, dapatlah banyak.. apa ada hal.. peniaga hendak jual, pengguna hendak guna macam mana hendak kawal.? mana ada penjual nak saja-saja simpan barang tidak mahu jualkan?

Kalau hendak guna ID ke apa ke semua tak bolih jalan, sebab ramai yang bersedia manipulasi untuk keuntungan!

Agak-agak apakah tindakkan yang perlu kerajaan lakukan bagi mengatasi masaalah minyak masak ini?








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


8 comments:

Puan Hazel said...

Alhamdulillah rezeki tuan dapat juga beli minyak masak paket ni ...
Di sini, minyak masak paket dah lama ghaib :(

Faizal R said...

Hairankan, kita ni negara pengeluar minyak sawit tapi kita sendiri yang tak ada minyak.

Rezky Pratama said...

Di malaysia lagi krisis minyak goreng y bu? Mungkin terkendala pasokannya yaa

♥xaturen♥ said...

Kat sini minyak bolih dapat juga, tapi tidak selalunya ada... untuk saya tk kesah sangat, bagi peniaga kecil tu yg penting, nk ada selalu minyak masak utk meniaga! Kasihan nasib diaorang.. kena beli minyak botol yg lebih mahal...

♥xaturen♥ said...

Hairan kan tuan..! Kiri kanan jalan raya pokok sawit semua.. haha~~ minyak sawit tak ada...~

♥xaturen♥ said...

Ada sesetengah tempat ada minyak masak, dilain tempat tidak ada, ya.. mungkin kekurangan stok minyak dari kilang..!

Rezky Pratama said...

misal tidak ada minyak apakah merebus makanan2 itu?

♥xaturen♥ said...

Ada makanan sesuai direbus atau digoreng, tetapi ada pula makanan yang hanya digoreng sahaja misalnya keropok dengan ikan Asin!
..haha~~