March 24, 2024

Bazar Ramadhan Pekan Labu Besar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Hari ini ada kesempatan untuk kita melihat-lihat Bazar Ramadhan di Pekan Labu Besar, Kulim Kedah. Pekan ini sebenarnya hanya sabuah pekan kecil sahaja, namun ianya menjadi tumpuan penduduk setempat berkunjung kesini untuk mendapatkan berbagai anika juadah berbuka puasa.


Kelihatan para peniaga begitu sabar melayan bilangan pelanggan yang agak ramai, mereka juga dalam suasana keletihan berpuasa, hanya bernaung dibawah payung pelastik dikala hari panas, memang cuaca sekarang terlalu panas tidak ramai yang bersantai disana, setelah mendapatkan apa juadah yang digemari, mereka lekas meninggalkan kawasan bazar.


Kami pun tidak berlama-lama disana, kami hanya membeli tiga jenis juadah, ditiga gerai berbeza, kami agak bernasib baik kerana kami diberikan juadah percuma atau mungkin mereka ingin bersedekah, kami mendapat dua jenis kuih didua gerai berbeza, hanya terima kasih diucapkan semoga Allah memudahkan urusan mereka berdua itu.


Tiga jenis kuih yang kami beli ditambah dua jenis percuma, jadi kami mempunyai lima jenis kuih untuk berbuka, hanya berdua orang, ermm.. sangat lumayan banyak.
Alhamdulillah.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

hendak karam ditimba jua
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


2 comments:

SalbiahM said...

lain ceritanya di kuala lumpur, ramai peniaga berniaga dalam hujan lebat yang turun hampir setiap petang lepas asar

♥xaturen♥ said...

Oh.. Kuala Lumpur hujan pulak ye..