جزاكم الله خيراالجزاء
Salam kasih mesra semoga ceria selalu. Bagaimana rutin harian anda hari ini? harapnya apa yang kerjakan berjalan dengan lancar.
Baik, untuk coretan saya kali ini, saya ingin berkongsikan satu cerita kepada anda. Cerita yang saya hendak kongsikan adalah cerita seram, cerita hantu, iaitu hantu peninggallan ilmu hitam, yang berkemungkinan bolih meremangkan buku roma.
Seram pulak hendak memulakan cerita ini.. bukan tujuan saya hendak menakutkan anda, tetapi hanya sekadar hendak memenuhi ruagan ini supaya tidak kosong bila anda singgah kesini.
Baiklah.. cerita pertama.
Adalah saorang pengemar memancing, dia ini tidak bolih dengar kalau ada pot memancing baru yang diceritakan olih rakan-rakanya sebelum ini.
Olih kerana tiga rakanya tidak dapat ikut serta untuk memancing, dengan berbagai alasan, dia bertekat hendak pergi juga memancing pada malam itu.
Petang itu dia dengan moto capcai terus pergi saja ke pot memancing seperti diceritakan rakan-rakan. Apa yang dia hendak risaukan, bukan sehari dua dia memancing, cakap saja mana lubuk mana sungai mana paya yang dia tidak pernah pergi didaerah perkampungan sekeliling kampung dia.
Setelah hampir satu jam memancing namun tiada sekali pun pancingnya diragut. Ada sedikit kehairanan dalam fikiran dia. Tapi dia beranggapan bisalah mungkin ikan-ikan kekenyanggan.
Jam sudah menunjukan kepukul lapan dua puluh malam. Tadinya sayup-sayup azan magrib kedengaran, ini sudah hendak memasuki waktu insyak, umpan masih belum disentap, malahan umpan pun belum berganti.
Apabila dia sedang membelek-belek umpan dimata pancing untuk melihat apa salahnya dengan umpan tersebut.!
Ketika matanya sedang fokos akan umpan dimata kail ini lah, tiba-tiba kelibat benda putih melayang dihadapan dia, serta merta dia menggankat kepala untuk melihat apa kah itu.?
Diketika itu juga bulu roma kembang satu badan.. tapi yang peliknya dihadapan dia adalah sungai, tidak mungkin orang berlari disana!
Bagaimana pun dia segera memikirkan mungkin saekor burung bangau terbang.. jadi dia rasa sudah selesa bila mana memikirkan bahawa bayangan tadi hanyalah saekor burung bangau yang terbang.
Bulu romanya sudah mula kendur.. dia terus memancing lagi sambil menoleh kekiri kekanan namun tiada apa yang terbang atau melintas. Dia cuba memujuk diri sendiri, jangan takut semuanya hanya mainan perasaan sahaja.
Dia cuba dengan santai terus memancing, dia berusaha tidak mahu memikirkan yang aneh-aneh. Tanpa disangka.. sekali lagi dia dikejutkan dengan bunyi 'cemplung' dipermukaan air disebelah kiri..!
Rasa terperanjat! mendadak bulu romanya merinding semula.. tanpa sedar dia berkata "eh katak ini, kacau saja aku mancing..!" dia yakin itu hanya katak yang melompat kedalam air "sudahlah ikan tidak mahu makan, engkau pulak sebok melompat" katanya lagi.
Belum habis dia berkata, bunyi cemplung pulak kedengaran disebelah kanan, bunyi 'cemplung' kali ini agak kuat, seakan sebiji buah kelapa jatuh kedalam sungai, wahh... kali ini bulu roma zuss..!! menegak dengan pantas terasa semua bulu yang ada diseluruh badan menegak dengan laju dan terus kekal tegang..!!
Dia pun sudah tidak tertahan lagi kerana terperanjat dan seram beriringan. Dengan sepontan dia berkata "b*b* punya katak, dah tak ada tempat lain kau hendak melopat..?"
Walaupun bulu roma terus menegak, dia masih fikirkan bahawa itu adalah lompatan saekor katak besar kedalam sungai.
Tercungap-cungap dia menahan terperanjat dan seram, tetapi dia masih belum fikir itu adalah hantu penunggu sungai..!!
Dia mula mengumpul barangan pancing untuk dibawa pulang dia rasa cukuplah mancing malam ini, terus mancing pun, ikan tidak akan dapat sebab banyak ganguan katak!
Dalam keadaan remang-remang yang tidak terlalu gelap, dia menunduk untuk mengumpul barang tiba-tiba zapss..!! satu tepukan dibelakang kepala dia, bulu roma yang sememangnya tegak kini sudah tidak terasa ada bulu lagi bulunya, sejuk beku terus satu badan.
Dia jadi kaku, hanya fikiranya sahaja yang berkata "burung bangau terlanggar kepala aku ke?" sambil mengosok-gosok belakang kepala sendiri.
Agak keras juga tamparan yang dirasakan dibelakang kepala, dia jadi bingong dan seram memikirkan apakah benda yang terlanggar dia, burung kah atau dahan kayu yang jatuh menimpa dia.?
Dia mula melihat sekeliling didalam samar-samar gelap itu.
Dia mendogak keatas cuba melihat kalau-kalau ada pokok kering, namun yang kelihatan hanya langit yang samar dengan sebutir dua bintang.
Seketika suasana sunyi sepi.! debaran jantung nya semakin kuat kerana dia sudah mula memikirkan sesuatu yang buruk.!! hantu penunggu sungai..!!?
matanya tertoleh kearah sungai, terasa jantungnya kali ini benar-benar sudah jatuh ketanah..!!
Dipinggir sungai dihadapan dia, ada kelibat orang tua samar-samar putih semua sedang berada diatas sampan sedang mudik tanpa mendayung. Kali ini baru dia tersadar yang dia sedang diganggu hantu.!!
Seingat dia disungai ini, memang tidak ada orang bersampan lagi sekarang.!! Serta merta lututnya lemah gemalai sudah tidak bolih berdiri lagi..
dengan tenaga dan kekuatan yang tersisa, merangkak lah dia untuk keluar dari belukar tempat dia memancing, sudah tidak peduli mana jalannya, tahunya meredah saja, jatuh bangun jatuh bangun.!! berkali-kali untuk segera pergi jauh dari situ.
Dalam masa yang sama terdengar suara betul-betul dicuping telinga.. suara ketawa ..! ketawa yang menyeramkan.!!
ketika itulah terasa kaki dia digengam orang.!!
..bersambung
Terima kasih! jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!