December 15, 2020

Ikan Baung Besar.

Assalamualaikum...

Salam berbahagia semua, semoga hari ini anda ceria dan bahagia bersama keluaga.

Hari ini seperti biasa tidak ada apa yang luar biasa yang berlaku pada diri saya, maaf kerana sudah dua tiga hari saya tidak menulis apa-apa disini.

Ini kerana saya kekurangan modal untuk menulis, apa pun hari ini saya cuba memuat naik satu Video yang saya dapat dari media awam tentang saekor ikan besar.

Ikan besar ini namanya ikan Baung, ikan baung dapat dipancing olih saorang kaki pancing.

Ikan baung ini sangat besar dan dianggarkan beratnya 34KG tiga puluh empat kilo.

Foto From Google


Semoga anda yang belum pernah melihat vedio ini dapat melihatnya sekarang.

Dan saya dan anda semua bolih melihatnya dilain masa.


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



December 04, 2020

Pindah Ke Rumah Baru

Assalamualaikum...

Salam bahagia semua sahabat-sahabat sekalian, dua tiga hari ini memang banyak kerja sikit sebab pindah kerumah baru.

Maklumlah hendak angkut dan memindahkan segala macam barang kerumah baru, bukannya buat sendirian tetapi buat bersama anak-anak, tetapi anak-anak menolong hanya pada waktu pulang dari kerja saja.

Selebihnya saya yang mengankut sendiri apapun semua sudah beres, walaupun masih ada lagi sedikit yang masih tertinggal, mungkin lagi dua tiga hari habislah.

Jadi tidak dapatlah saya menulis banyak-banyak kali ini, badan dah penat nak mintak berhat saja ni..

Okay lah, semoga kita dapat berjumpa lagi.

Sekiranya anda terdatang ke sini, bolihlah komen supaya saya dapat hadir pula ketempat anda.

Atau sebarang komen yang bolih menambah baik bagi menulis seterusnya.

Atau jika ada sebarang pertanyaan, sila nyatakan mana tahu saya bolih menjawab

Sekian. jumpa lagi.

selamat malam.


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



December 01, 2020

Humban Budak Dari Tingkat Empat.

Assalamualaikum...salam sejahreta semua sahabat, apa khabar anda hari ini? hendaknya semua baik-baik belaka ya....

Hari ini kita nk cerita sedih ni... ada kah patut budak empat tahun dicampak keluar tingkap macam itu saja, memang zalim lah orang ini.

Itu lah selalu suka sangat pilih pekerja asing jadi suami...

Patutnya pakat ramai-ramai ambik dia campak dia keluar tingkap, biar dia rasa macam mana kalau jatuh dari ketinggian tingkat empat Pangsa puri.

Apa pun kejadian ini telah berlaku, kita kena ambil pengajaran sangat! jangan sampai apa yang berlaku kepada orang lain berlaku kepada keluarga kita pula.

Campak budak 4 tahun dari tingkat 4, adalah satu perbuatan yang sangat tidak masuk akal dan tidak bolih dimaafkan.

Hendak pula dilakukan olih orang luar yang telah diberi kepercayaan olih pasangan mereka sendiri, sperti perbuatan orang yang tidak mengenang budi.

Saorang saksi kejadian kebetulan tinggal dibahagian bawah apartment empat tingkat tersebut, telah melihat kejadian ini berlaku!

KUALA LUMPUR:
Seorang saksi kejadian budak maut dicampak dari tingkat 4 sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setapak, di sini pagi tadi, mendakwa mendengar bunyi bising dan orang menjerit daripada unit kediaman di tingkat atas rumahnya.

Idayu Ismail, 24, berkata dia adalah antara saksi kejadian yang turut sama membantu menyelamatkan seorang wanita daripada dirogol oleh bapa tirinya dalam kejadian 7.40 pagi tadi.

"Mula-mula saya terdengar bunyi bising dan ada suara wanita menjerit meminta pertolongan kemudian saya keluar dan lihat ada jiran lain menarik dan menyelamatkan seorang wanita yang tinggal di tingkat atas kediaman saya.

"Pada masa itu wanita terbabit dalam keadaan berlumuran darah serta tidak berpakaian di tangga hadapan rumah saya," katanya ketika ditemui BH selepas polis merekod kenyataannya.

Katanya, dia dan keluarga menyelamatkan wanita itu namun tidak lama kemudian Idayu melihat suspek juga dalam keadaan bogel membaling telefon pintar dari tingkat atas.

"Suspek kemudian bertindak mencampak seorang budak lelaki berusia empat tahun dari tingkat empat kediamannya menerusi tingkap rumah. Saya panik dan segera menghubungi polis.

"Kanak-kanak yang dicampak itu memang kami kenali di kawasan kejiranan kami sebagai Adam dan suspek adalah warga Nigeria yang juga dipercayai datuk tiri kepadanya," katanya.

Idayu berkata, semua wanita tempatan yang tinggal bersama suspek dipercayai adalah anak tirinya dan sebelum kejadian hari ini, tiada sebarang kejadian pelik atau aneh pernah berlaku.

"Sebelum ini keluarga mereka tidak pernah bergaduh dan kerap turun ke tingkat bawah pada waktu petang untuk beriadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata suspek berusia 42 tahun itu cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu namun dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain.

"Anak tiri mangsa berusia antara 19 hingga 29 tahun itu cuba menghalang suspek daripada merogol dan suspek mengamuk, memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada dalam rumah berkenaan.

"Selepas itu isteri dan anak-anak tirinya cuba menyelamatkan diri dan keluar daripada rumah untuk mendapatkan bantuan daripada jiran dan pengawal keselamatan," katanya.

Nik Ros berkata, melihat mereka melarikan diri meminta pertolongan, suspek berkemungkinan bertambah marah dan bertindak mengangkat mangsa, Muhammad Adam Sufi, 4, dan kemudian membawa ke tepi tingkap luar bilik utama.

"Suspek kemudian mencampak Adam hingga jatuh ke bawah dan dia kemudian melompat keluar menerusi tingkap sama

"Suspek yang mengalami kecederaan tidak dapat melarikan diri dan ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis," katanya.

"Suspek dibawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut manakala, Adam yang disahkan meninggal dunia di lokasi turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


follow me





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!