جزاكم الله خيراالجزاء
SELAMAT HARI RAYA MAAF LAHI DAN BATIN
Pagi 1 Syawal 1446 Hijrah bersamaan 31 Mac 2025, Surau Parit Masjid telah menjadi tumpuan bagi puluhan jemaah yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri. Suasana pagi itu begitu istimewa dengan kemeriahan yang sukar dilupakan.
Sejak jam 7.00 pagi lagi, kawasan sekitar surau sudah dipenuhi kenderaan. Jawatankuasa surau dengan cekap mengatur lalu lintas dan menyediakan tempat solat tambahan di kawasan lapang. Bau wangi rendang dan ketupat dari rumah-rumah berdekatan menambah semangat pagi raya.
Kami beramai ramai bertakbir raya berulang kali, wajah-wajah kesedihan beraya diperantauan atau sedih kerana berpisah jelas kelihatan diwajah mereka. Mereka bertakbir dengan penuh khusyuk. Takbir pagi ini sangat menyentuh jiwa, kerana aku baru kehilangan kakak sulung tersayang. Semoga arwah kekal bersama orang-orang beriman dan beramal soleh. aaminn.
Pukul 8.00 pagi tepat, bilal mengumandangkan seruan solat. Lebih kurang 200 jemaah membanjiri kawasan surau sehingga melimpah ke luar bangunan utama. Kerana surau ini tidak terlalu besar. Imam memimpin solat dengan khusyuk, diikuti tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua. Suara takbir yang bergema dari pembesar suara membuatkan bulu roma meremang.
Selepas solat, khatib menyampaikan khutbah bertema "Kemenangan Sebenar Selepas Ramadan". Beliau menekankan pentingnya menjaga kesinambungan amal ibadah walaupun Ramadan telah berlalu. "Jangan jadikan Aidilfitri sebagai penghujung ibadah, tetapi permulaan kehidupan baru yang lebih bermakna," pesan beliau.
Selesai saja khutbah, imam berdoa untuk kebaikan semua. Selepas selesai solat suasana menjadi semakin meriah,
Jemaah bersalam-salaman sambil bermaaf-maafan.
Pihak surau mengadakan jamuan ringan khas Aidilfitri yang kuih muihnya dari para jemaah berdekatan surau. Kanak-kanak riang menerima duit raya dari orang tua Masjid. Mereka beratur mendapatkan duit Raya.
Solat Sunat Aidilfitri 2025 di Surau Parit Masjid. Pontian.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap

Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik
⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic

Fakhirah Khairuddin

Takdir Tragedi Elmina

Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.

Keras Tangan Orang Kampung

Bercuti Di Royal Belum Gerik

Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram

Kembara Mencari Janda

Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu

YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever

Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir

Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang

Bercinta Dengan Awang Hitam

RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS

Janda Janda GRO

McLaren Artura

Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas

Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023

Pantau Keadaan Ternakan Kerang

Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit

Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar

Kemalangan Jalan Raya Tiga Maut Berapa Lagi Cedera
