July 31, 2010

Gajah Pun Pandai Melukis!

Assalamualaikum.
Salam bahagia selalu buat anda semua!

Sudah dua hari saya diarahkan kerja kat tengah laut, rasa macam tak mahu saja kerja kat sana.. tapi oleh kerana dah tugas apa nak dikatakan .. ikut saja lah..
Kalau tak mahu ikut... lu tak payah latang... lu.. duduk lumah lagi bagus.... mungkin itu lah yang akan dicakap bila kita membantah.. hehe... macam mana pun sesekali kerja kat laut ni pun best juga kan... dah selalu sangat dok kat darat... dapat le... bersihkan mata sikit...kalu kat darat tu.. bulih kata dok tercongok.. je kat depan benda ni.... sampai dah naik pijau biji mata saya nih.. kehkeh..

Saya ada posing juga dua tiga keping gambar.. pakai kompeni punya kamera... tapi bila saya perhatikan... pilih punya pilih... sungguh malang sekali, tak dak satu pun yang sesuai untuk di uploadan kat sini... nak wat cam mana... QC kata gambor u semua tak sesuai untuk tatapan umum... habis tu cam no..?

At last haah... gambor gajah yang pandai melukis ni saya hidangkan untuk tatapan anda semua.. mana yang dah pernah tenggok tu.. tenggok le sekali lagi ye....untuk pengatahuan atau fakta sejarah.... moyang saya dulu ada memelihara gajah juga tau... pada masa itu air sunggai dekat tanah pusaka moyang saya tu masih sangat dalam lagi... tak macam sekarang ni... dah la putih kuning....cetek pulak tu...haiii.. kemana menghilang le.. air tu semua.. haaa.. kat situ lah moyang saya mandi manda dengan gajah dia...!
Okey... cuba tenggok betul-betul... gajah tu dah mula nak melukis gambar.. siap ada kotak color lagi kat bawah tu...
Memang handal lah gajah ni.. pandai pulak pegang berus tu... ermm..

Gajah-gajah ini sedang tekun mengikuti kelas melukis le gamak nye ni.. cikgu gajah ni mesti tahu cakap gajah.. tak pun bahasa besi panas! Kebanyakan gajah diajar menggunakan besi panas yang merah menyala...!
Tak dengar arahan dicucuk dengan besi tu... perhhh.. zalim tul.. ha.. dah nak siap pun....

Hulaamak cantik-cantik ni... ada yang siap tanda tangan lagi.. tak sia-sia ko gajah... makan banyak mesti nak kerja lebih sikit..haa lepas ni lukis lagi... kerja lukis.. saja, tak yah lagi tarik balak kat hutan tu ey...


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



Gajah Mengamok Warna.

Assalamualaikum.
Salam bahagia selalu buat anda semua!

Sudah dua hari saya diarahkan kerja kat tengah laut, rasa macam tak mahu saja kerja kat sana.. tapi oleh kerana dah tugas apa nak dikatakan .. ikut saja lah..
Kalau tak mahu ikut... lu tak payah latang... lu.. duduk lumah lagi bagus.... mungkin itu lah yang akan dicakap bila kita membantah.. hehe... macam mana pun sesekali kerja kat laut ni pun best juga kan... dah selalu sangat dok kat darat... dapat le... bersihkan mata sikit...kalu kat darat tu.. bulih kata dok tercongok.. je kat depan benda ni.... sampai dah naik pijau biji mata saya nih.. kehkeh..

Saya ada posing juga dua tiga keping gambar.. pakai kompeni punya kamera... tapi bila saya perhatikan... pilih punya pilih... sungguh malang sekali, tak dak satu pun yang sesuai untuk di uploadan kat sini... nak wat cam mana... QC kata gambor u semua tak sesuai untuk tatapan umum... habis tu cam no..?

At last haah... gambor gajah yang pandai melukis ni saya hidangkan untuk tatapan anda semua.. mana yang dah pernah tenggok tu.. tenggok le sekali lagi ye....untuk pengatahuan atau fakta sejarah.... moyang saya dulu ada memelihara gajah juga tau... pada masa itu air sunggai dekat pusaka moyang saya tu masih sangat dalam lagi... tak macam sekarang ni... dah la putih susu....cetek pulak tu...haiii.. kemana menghilang le.. air tu semua.. haaa.. kat situ lah moyang saya mandi manda dengan gajah dia...!
Okey... cuba tenggok betul-betul... gajah tu dah mula nak melukis gambar.. siap ada kotak color lagi kat bawah tu...
Memang hebat le dia lukis tu...


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



July 30, 2010

Community Toolbar - Stay connected and get so much more.

Assalamualaikum...
Salam sejahtera juga untuk kekawan yang baru pertama kali menyinggah kat sini..
Semoga hari ini, hari yang mengembirakan anda.. tiada apa yang boleh diberi pada anda, melainkan
doa dan harapan supaya hari-hari yang anda lalui, akan memberi seribu makna yang bahagia.. ermm..

Semalam saya sudah membuat entry ini... tapi tak sempat nak disiarkan kerana ada sedikit masaalah teknikal yang tidak dapat dielakan!
Kebetulan saya dihantar kerja kat laut, jadi.. setelah kepenatan tahap weng.. saya terus berdenkur....  zzz..zzz!
Pada malamnya saya masuk kat sini sekejap tetapi jari-jemari gatal merenyam dok pi gagau sana gagau sini...
Banyak masa terbuang disebabkan dok melayan satu web yang sangat menarik hati saya....
Disebabkan ini kali pertama saya jumpe web tu, saya jadi jakun tahap ternga-nga la..pulak..
dengan modem maxis yang terhencut-hencut... saya layan web itu, setting setting sini... last-last dapat le seperti mana yang ada kat sebelah kanan atas! iaitu FREE DOWNLOAD klik dan anda akan dibawa ke web yang jadi kegemaran saya ini.

Kat sana anda boleh setting yang bebagai fungsi untuk toolbar anda! anda boleh setting web kegemaran anda juga pelbagai jenis Gadgets yang sangat menarik! Mungkin mengambil masa sedikit untuk memahaminya bagi yang baru berbelog macam saya ini, jika yang sudah lama, mereka rasa senang sahaja mengubahsuai mengikut kemahuan sendiri. Yang menariknya kita boleh Uninstaller [Buang!] bila-bila masa saja.


Bab mengejust tu saya pun tidak berapa cekap lagi lah... endak-endak dia pakai tulisan omputih....eggrrrr..
puas kepala nak translate pulak! tapi sesikit tu leh le juge..hehe.. saya sangat suka lah toolbar seperti ini tau.. sebab bila kita setkan e-mail kita dia terus bukak je tak payah lagi nak login macam selalu.. e-mail saya pun tak le.. banyak sangat lebih kurang 10 kut.... waakaka... itu sikit tu....! ada member tu lagi banyak! entah dia nak buat ape la bebanyak e-mail tu... ahak..ahak..
okey lah blogger semua anda boleh cuba kalu berminat..! kalu tak saya nak simpan je kat sini buat akeb saya. ermm... saya nak cau dulu... jumpa anda kat atas! hehe..


sunting17/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



July 29, 2010

Waspada E-mel Palsu Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Assalamualaikum.
Moga anda sihat dan
ceria di-samping orang-orang yang tersayang.. ooyey..
Saya seperti semalam, setia.. merindui sang bulan yang entah kemana menghilang..
kian lama, kian parah rasa rindu ini.. titisan air mata, tiada terhitung lagi.. adeeehhh... ape ke bende ni xaturen..? aduuhhh.. nak buat mukadimah le ni.. hehe..

ermm.. hari ni nak cerita sikit pasal e-mail palsu, dah berbagai macam e mail yang saya dapat.
tetiba kuar kat surat khabar cerita pasal ini.. so saya nak nak bagi tahu la sesikit kat you'll yang memang dah tahu kut.. hehe.. cerita nya cam ni.. ermm..
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan e-mel palsu,  menerusi e-mel palsu itu, orang ramai terdedah kepada perbuatan mencuri e-identiti atau phishing, menyebabkan maklumat kewangan peribadi mereka jatuh ke tangan pihak tidak sewajarnya.
Mangsa akan menerima e-mel tidak diundang (spam), kononnya daripada LHDN, yang mengatakan mereka berhak mendapatkan pengembalian wang berjumlah RM700.
Mereka kemudian diminta mengklik logo sebuah bank tempatan yang disediakan di laman web palsu LHDN untuk meneruskan proses selanjutnya. Jika arahan ini diikuti, mereka tanpa menyedarinya akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka!

Dalam e-mail palsu itu disertakan link, link ini jika perhatikan betul-betul dia akan membawa kita ke Web luar Negara bukan ke LHDH..!
halakan cursors ke Click Here  URL nya seperti ini [ http://geotech02.demon.co.uk/h ]
alamat URL yang sebenar LHDN adalah seperti ini [ http://www.hasil.gov.my/lhdnv3/ ]
Pehak tidak bertanggungjawap telah mengambil kesepantan dari langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengembalikan lebihan bayaran cukai ketika ini.
Jadi berhati-hati selalu.. jangan kita layan e-mail ni.. nak test-test pun tak payah!
Kecuali anda tidak pernah mebuat bayaran kepada LHDN, hehe.. alaa.. tak yah try le.. delete saja!
Ramai yang terkena disebabkan mereka sangat busy.. sehingga lupa memastikan laman web itu betul ke palsu! Setelah klik pada Click Here laman web palsu LHDN akan muncul, untuk meneruskan proses selanjutnya. Jika arahan ini diikuti, kita tanpa menyedarinya akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi kita,..

Kita boleh mengaktifkan spam e-mel kita, agar kita tidak menerima e-mail yang cam tu lagi.. dan memastikan segala transaksi yang dilakukan melalui perbankan internet menggunakan laman web yang sebenar.

Ada kalanya e-mail palsu ini menggunakan nama bank-bank tempatan untuk mengelirukan kita, untuk mencuri maklumat keuwagan kita! jika terdapat e-mail cam tu.. silalah tanya dulu dengan bank kita tu..

link untuk ke SKMM
http://www.skmm.gov.my/antiphishing/
Sebarang aduan boleh kita lakukan dengan melayari laman web SKMM di www.skmm.gov.my/antiphising.
p/s.  moga sesuai.... salah silap sila tambah!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




Bila kita terlepas pandang!

Assalamualaikum.

Salam sejahtera semua!
 Helooo.. hai.. terima kasih le. sebab you'll masih setia menemani blog saya ni..
Dimintak jangan serik, dok mai sini walaupun kekadang tuan punya blog ni ada meraban sikit..
adeeh.. sebenarnya saya tulis ni just tulis pastu tekan Publish Post dah! itu saja.. kekurangan masa la sikit, kalu nak buat cecantik dulu, baru nak Publish kan.. tak le macam blog you'll yang hebat-hebat tu..

Ini pun buat bila ade masa sesikit ni... maklum le orang dah kerja.. mesti la utamakan kerja dulu kan..kan..
time makan ok..! sesibuk mana pun saya tetap jengah juga kat sini..
sempat juga saya nak nyayikan satu lagu khas buat anda semua.... senyum senyumlah selalu ok...adeeeh..

cam ni lagunya!
.aku tak mau bicara.. sebelum kau cerita semua.. apa mau mu.. siapa dirinya.. tak betah bila ada yang lain..??hubungiku lagi.. kini bisa jadi yang terakhir.. aku ngerti kamu kau tak ngerti aku.. sekarang atau tak selamanya.............., hu. hu cam tu le lebih kurang..
ok,.. dah le tu.. saya pun tak tau sangat lagu cuma suka dengor je..  errmm.. andai nak dengar lagi nih.. you'll boleh le tekan kat sini xspace.

ookey.. belum habis lagi... ada lagi sikit ni.. relek le... ceritanya macam ni.. jangan terlepas pandang!
ada sebilangan kekawan telah terlepas pandang tentang pekara ini! saya dulu pun terlepas pandang juge.. maklum le masa tu masih baru lagi..
Biasanya bila kita blogwallking then kita suka dengan sesuatu blog blogger nya yang cantik menarik,
lalu kita pon Follow le blog tu.. dua tiga kali klik dah siap dah...dan kita pun berharap tuan punya belog lepastu akan datang melawat blog kita lah pulak kan. kan..? boleh le Follow balik! paling tidak pun leh le datang jengah-jengah..!

Rupa-rupanya penantian kita tu tak mungkin akan kesampaian... alaa. kecian nya. Kenapa jadi cam tu..? sebabnya kita tidak masukan link blog kita kat dalan icon follow kita tu... jadi tuan umah tu mana nak dapat cari kite.. sebab tak ade link kat situ... adeehh...
soo.. pi la check balik yang masing-masing punya ada link blog kita tak kat situ..errmm..!
Kat atas ini icon yang ada link blog!
Yang bawah ni pulak tak ada dia punya link... ! kita boleh pergi chek dan masukan link semula..
Haa.. ini lah icon, bila kita klik sampai situ je.. tak boleh nak pergi kat tuan punya blog ni.. bab tak de link dia... mintak-mintak le tuan punya blog ni terjah kat 'ShoutMix' saya ni, dapatt.. juga juga nak terjah tempat dia semula.. hu. hu..


edited10/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



July 28, 2010

Bermohon Kepada Allah

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua... pe kabar?
Hari ini hari selasa yang menerujakan, kerana ada orang telah mendoakan supaya saya dimurahkan rezeki oleh Allah. Ha Ha ....
Jadi hari ini sesiapa yang ada membaca entry ni... saya juga bermohon kepada Allah supaya anda juga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki hidup anda!

okey...
Cuba anda lihat gambar di bawah ini... seorang lelaki membuat imbagan badan di puncak batuan tinggi!
Dia begitu yakin beraksi untuk tatapan dunia! ada sesetengah orang lelaki panjat pokok manggis pun tak boleh he..he..

The actions of 30-year Norwegian Eskil Ronningsbakken may shock, admire, horrify or command respect. The best stunt men and daredevils of the world probably wouldn’t dare to what he’s doing on the edge of high cliffs.
Agak-agak anda, lelaki yang pakaian celoreng itu sedang buat apa? 
Saya dok tengah mikir ni...




July 27, 2010

Saya bersyukur ke hadrat Allah

Assalamualaikum.
Salam sejahtera semua.!

Hari ini hari Isnin, apa kata orang Isnin yang ceria...
Ramalan cuaca.. ditempat saya hujan dari Subuh pagi hinggalah meleret kepukul lapan pagi baru reda sedikit, namun begitu mendung masih kelihatan diangkasa.

Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin nya juga saya masih dapat menjelma dekat pc n laptop you'll semua. Semoga dengan ini akan menambahkan lagi keceriaan anda.. hu hu huaaa! ceria selalu...!

Ok, itu baru mukadimah je..
Hari ini saya nak kongsi pengalaman mimpi yang pernah saya alami.. saya rasa semua orang pun pernah bermimpikan?
maksud saya mimpi ketika tidurlah.. bukan nya bermimpi disiang hari..! wakaka.. Ada mimpi yang suka, duka, menakutkan dan sebagainya.
Betulke mimpi ini hanya mainan tidur? Kemungkinan mimpi ini terjadi oleh kerana bawaan daripada aktiviti hidup kita diwaktu siang kan.. sesaorang yang bekerja sebagai Jabatan Perhutanan yang selalu masuk hutan keluar hutan berkemungkinan dia boleh mimpikan Putri Gunung Ledang!
Pernah tak orang mimpi jumpa dengan Putri Gunung Ledang ha?
Memang betuah le orang itu, sebab dia boleh tanya kat mana harta karun disembunyikan kat Gunung Ledang tu.. he.he.


Kekadang tu kita boleh bermimpi yang langsung tak ada kena mengena dengan kehidupan seharian kita. Ada ka patut mimpi menguyah ubat nyamuk...! ingat kita kerja kilang ubat nyamuk ke ape..? ish.. ishh..!







Baca Lagi Sini!




July 25, 2010

Isteri Dia Buat Bebanyak Memang Bolih Diharap Dan Memuaskan Hati

Assalamualaikum.

Salam sejahtera semua..!


Oleh kerana hari ini sebuuk.. sikit, maka nya saya tak sempat buat awal untuk entry hari Ahad ini.

Sepatut nya hari Ahad ni banyak masa lapang kan.. tapi saya pulak dok pi ikut member antar tempeyek yang isteri dia buat kat kedai-kedai disini.. bergeliga juga otak member saya ini rupanya.. isteri dia buat bebanyak.. hari minggu dia pi jual mereta-rata.. tempat. waahhahaha.. kelakar kan?
Saya yang sikit ermm.. ni, pi tanya dia, ko tak malu ke jual cam ni? nak malu apa aku bukan mintak sedekah..!

Rasa nya saya pun nak buat cam dia jugak la..

tapi tak lah jual tempeyek... sekurang-kurangnya jual rumah ke, banglo ke, helikopter ke.. waahahaha...
Maknanya, pandai dia membelbagaikan sumber pendapatan keluarga dia, bagus idea member saya itu. Saya tak keluarpun dari kereta.. dia saja yang buat semua tu, bila lapar kita singgah makan kat warong tepi jalan.. fuhh.. makanan memang sedap betul.. tambah-tambah lagi makan free.. he. he. he..

Oklah.. tahu ke ape itu tempeyek? ermm dah tak de apa nak cakap lagi.. oh ya.. sentiasa berhati-hati kalau terasa deman ke sakit-sakit badan. Lekas pergi jumpa doktor.. kerana wabak demam denggi semakin melarat dan mencemaskan!
Yang mati saja sehingga Julai tahun ini, sudah 91 orang.. ramai tu..!
Ok hati-hati selalu...
wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

July 24, 2010

kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain

Assalamualaikum.

Salam sejahtera sahabat-sahabat semua yang mungkin dah terlanjur sampai ke sini! Saya ucapkan selamat datang..! Bagaimana hari anda hari ini? Tentu bertambah baik lagi pada hari ini kan?

Hari ni saya hendak merepek sikit pasal pentingnya kita bersikap jujur, jujur tanpa mengira siapakah mereka
yang kita hadapi, walaupun dia saorang kanak-kanak, kawan ataupun lawan, berlaku jujur dalam percakapan mahupun amalan seharian sangat penting, kerana kehidupan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain, biarlah kita dikenali dengan sifat jujur atau sebagai orang yang baik-baik.

Apabila tiada kejujuran, mulut sangat senang bercakap bohong, orang akan dapat tahu dengan mudah jika kita bercakap bohong. Jangan menipu atau berbohong kalau boleh dalam semua hal, kerana sikap seperti itu tidak dapat bertahan lama. Buat apa berbohong sedangkan keuntungan tidak seberapa..?

Dan sekarang melarat-larat sampai kedalam blog! waahaha.!
cian.. orang itu.! kesian sebab dia ingat orang tak tahu dia bohong dan menipu!

contoh nya:-

[ klik Digi sini..    ] dia tak klik pun..!

okey...

July 23, 2010

Dapatkan duit USD secara berdikit-dikit sekarang.

Pemberitahuan.
Wooo.. wooo... harap maaf, ini bukan iklan menipu....ini hanya saranan keras nih.. so.. anda boleh datang cuba sendiri dahulu, bukan kena beli apa-apa pun! Tidak ada paksaan, cuma elok kalu buat percubaan dahulu..! kalu tak sesuai, boleh delete saja!
Saya sendiri dah daftar... sekarang tengah galak menanti article muncul... anda hanya perlu baca article dan dapat USD tuu... klik pada gambar untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi!
readbud - get paid to read and rate articles
Jangan ketinggalan..! sedikit-sedikit lama-lama kan jadi bukit...! Isi nama dan alamat dengan betul.. USD akan di kirimkan melalui cek, mungkin boleh di pindahkan ke PayPal Malaysia! Selamat Mencuba.



Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Jika anda belum mempunyai account PayPal sila daftar PayPal disini sekarang!

Patut kah kita ada halaman blog ni?

Assalamualaikum.
Salam sejahtera semua.
Hari ini saya dok pikir satu hal, setelah melawat kesatu laman blog yang dikira popular sangat tu..

Tuan blog tu tanya apa nikmatnya ada laman blog? saya jadi pegun sejenak.. memikirkan apa sangat lah nikmat mempunyai laman blog ni.. betul ke berblog ni ada nikmat?
Setahu saya, setakat dua bulan kebelakangan ini.. iaitu setelah mula berbelog tidoq saya pun dah selalu lewat tu..
pas tu kepala pun makin berpusing ligat memerah otak nak buat yang terbaik untuk blog ni...

Maklumlah... dah lama pi tinggal buat kerja penulisan ni... tetiba saja nak guna otak yang hampir tumpul ni nak berkarya semula.... perh... punya lah susah! Ini semua pasal kesah hidup seoarang blogger kat dalam sebuah Akhbar tak lama dulu... saya tertarik dengan kesah hidup dia sebagai blogger!

Sebagai orang baru berblog, munkin banyak kelemahan dalam blog ini, banyak pertanyaan berlegar kat kepala ni... cantik ke blog ni, berat kah pelawat nak masuk dan berbagai persoalan lagi..
dan apakah rasional nya saya meneruskan blog xaturen ni ha..?



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




July 22, 2010

Ditipu Rakan Internet

Kastam dedah 25 mangsa rugi beratus ribu diperdaya sindiket

Berhati-hati apabila membuat kenalan menerusi internet kerana satu sindiket antarabangsa dikesan menggunakan taktik itu untuk menipu mangsanya supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank kononnya sebagai bayaran cukai atau denda ke atas bungkusan yang dihantar menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Sejak Jun lalu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) KLIA merekodkan lebih 25 kes penipuan membabitkan kenalan internet sindiket itu, sebahagian besarnya wanita Melayu dan Cina. Pengarah KDRM KLIA, Datuk Azizah Idris, berkata kes itu termasuk membabitkan seorang wanita tempatan yang ditipu sindiket itu sejumlah RM300,000, bulan lalu.

Beliau berkata, wanita itu dihubungi seorang lelaki mendakwa kenalan internetnya dari United Kingdom yang meminta mangsa memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun sebuah bank tempatan untuk membolehkannya mengambil bungkusan yang dikatakan mengandungi wang tunai RM2.5 juta dan komputer riba yang ditahan KDRM KLIA.

"Wanita terbabit hanya mengetahui ditipu selepas menghubungi KDRM KLIA apabila diminta sindiket berkenaan memasukkan RM15,000 lagi ke dalam akaun itu," katanya kepada Berita Harian.

Azizah berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan jaringan internet, seperti Facebook untuk berkenalan sebelum memperdayakan mangsa selepas beberapa bulan berkomunikasi.
Beliau berkata, sindiket terbabit yang dipercayai turut dianggotai rakyat Malaysia, dikatakan mencari mangsa sehingga ke Thailand, Singapura dan Australia berdasarkan aduan yang diterima KDRM KLIA.Katanya, semua kes itu diserahkan kepada polis kerana KDRM tidak mempunyai kuasa untuk menyiasatnya.

Beliau berkata, ada juga mangsa ditipu kononnya kenalan internet mereka ditahan pegawai KDRM kerana gagal menjelaskan cukai barang atau membawa masuk wang tunai melebihi had dan tidak mengisytiharkannya dalam Borang Kastam 22 (pengisytiharan wang tunai).Azizah berkata, KDRM tidak pernah meminta wang apabila menahan sesiapa atau merampas barang.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆