April 29, 2011

Hampir Saja Aku Melakukanya!

Oh Ani.. kau mengusarkan hatiku.. Apakah kau menangis kerana kasihankan aku, sebab kau tidak dapat menerima diriku ini. Atau kau sudah punya yang lain dan tidak juga mahu melukakan hati kedua ibu bapa seperti mana Fidah pernah lakukan pada aku!

Ani! kau tidak seperti Fidah.. dan kau juga aku harap, kau membenci apa yang ku terima dari Fidah. Dia yang ku sayang dan kupuja membiarkan diriku lemas kesaorangan, meninggalkan aku terkapai kapai ditengah lautan sengsara! dek kerana Fidah tidak mahu melukakan hati insan lain. Insan yang melahir dan membesarkan dia.. Fidah tak mahu megerti aku.

Fidah tidak mahu megerti bagaimana terseksanya jiwa raga ini suatu ketika dulu.. hampir lumpuh segenap sendi, hampir gugur jantung didada, hampir tercabut nyawa dari badan.

Hampir saja aku melakukanya! benar Fidah.. tanpamu disisi tiada erti hidup ku ini! hampir saja aku.. Ya Allah.. kau ampunni dosa ku ini, kerana aku hampir saja melakukan kemurkaan mu!
Ya Allah ampunni lah aku, ketika itu hambamu ini terlalu lemah pemikiran! kerana ketika itu, Fidah lah segalanya dalam hidupku.

Tiada Fidah disisi, bererti seolah tiada upaya untukku meneruskan hidup ini lagi. Begitu lah beban yang ku tanggung! begitu lah sengsara yang aku rasa.. bagaimana payahnya aku hendak memilikimu.. begitu payah juga aku nak melupakan kamu Fidah!

Aku terlalu menyangi dirimu Fidah, sehingga saat dan ketika ini hanya bayanganmu yang bermain dihatiku.
Ani, aku harap kau menangis bukan seperti Fidah. Fidah menangis mohon perpisahan dari ku. Aku mungkin tidak sanggup lagi mendengar kata perpiasahan dari mu pula Ani.

Hidupku tiba tiba menjadi indah setelah menemui kamu Ani, walaupun sesingkat ini aku.. aku tidak mahu secepat ini juga kau mohon perpisahan dariku. aah.. Ani, tidak mungkin kau menangis mohon perpisahan dariku. Ani jangan kau pergi begitu saja.

Sinaran mentari petang mula menampakan cahayanya. Berkilau merah menerjah dicelah celah pepohon bakau diseberang jalan sana. Sesekali kelihatan seperti lampu berkelipan dipuncak pepohon bakau. Suasana petang di Lembah Bujang, Merbuk.

Kelihatan cukup menarik.. inilah kali pertama kujejak kakiku kesini. Indah permai sawah luas terbentang menghijau dipagari pohon bakau disebelah timurnnya. Lembah bujang juga ada kesan kesan sejarahnya. Sungguh mengasyikan sekali.

Aku tidak menjawab pertanyaan Ani.. suasana hening lagi.. kami berdua mendiamkan diri untuk seketika. "Abang.. kenapa sebelum ini kita tidak pernah berjumpa" tiba tiba Ani bersuara. Aku merenung kearah Ani, dia menegakan pandagannya kembali kehadapan.

Dia memandang jauh, seolah olah sedang memikirkan sesuatu. Apakah yang sedang difikirkan Ani? Apakah sedang memikirkan cara yang terbaik untuk menolak kehadiran aku! Tidak sudikah dia menerima ku?

Jika seandainya Ani menolak kasih sayangku.. aku relakan tidak mengapa, kerana ku tahu kita hanya merancang susuatu tetapi yang menentukan seterusnya bukanlah kekuasaan kita.

Ani kau tidak perlulah membebankan dirimu hanya semata mata takut aku berkecil hati, tak perlu lah Ani! Tidak perlulah kau memikirkan diriku ini jika kau sudah berpunya. Hanya keluarga mu sahaja yang tidak mengetahui pekara sebenar.

Ye lah kekadang cinta kita dengan kekasih tidak diketahui keluarga, kerana kita sering kali berahsia dalam hal cinta dengan keluarga. Dalam keadaan begitu kau ditentukan untuk aku, sedangkan kekasih mu belum bersedia menjemput mu.

Jika demikian renungan mu, jika itu yang merungsingkan kamu, tak perlu Ani.. tak perlu, tidak perlu kau bebankan dirimu.

Kerana aku amat memahami jiwa orang berkasih sayang, kerana aku pernah melalui itu semua! jiwa orang bercinta akan parah dan amat sengsara bila mereka dipisahkan.

Aku pernah ditinggalkan olih orang yang aku amat sayang, ya.. Fidah sudahpun tinggalkan aku, Fidah telahpun kecewakan aku.

Jadi jika kali ini perpisahan lagi bakal terjadi antara kita Ani.. tidak perlulah kau risaukan. Tidak perlulah kau fikirkan bagaiman jadinya diriku nanti! Tahulah aku membawa diri ini.. kau teruskanlah dengan perjalanan hidupmu mengikut haluan mu sendiri.

Jika benar demikian, aku lah orang yang mendoakan kebahagian mu. Andainya kau tahu aku mencintai mu sekalipun, itu semua tidak penting lagi.. yang penting kau berbahagia dengan pilihanmu. Aku hanya hadir tanpa kau duga.

"Entahlah Ani.. mungkin kita dipertemukan kemudian berpisah!" kata ku sambil cuba meneka kerungsingannya. Pada aku dia berbelah bagi antara permintaan keluarga dan kehendaknya sendiri.

Ani pantas menolih kearahku "Eh.. Abang ni, apa yang Abang cakap ni?". Kulihat mukanya berubah, Ani memandang kearah adiknya yang sedang bermain dibawah pokok. Seketika memandang ku kembali, direnungnya pada ku.

"Abang.. jika Abang kemari hanya sekadar memenuhi permintaan keluarga, Abang tak perlu pilih Ani" kata Ani perlahan, Ani tunduk sambil kakinya terus bermain-main diatas tanah, kemudian memandang dengan renungan sayu kehadapan. Angin petang masih lagi membelai-belai rambut Ani.

Aku jadi tergamam dengan kata katanya. Tidakah Ani tahu yang aku sebenarnya suka dengan dirinya. "Betul lah bang.. kita hanya sebentar bertemu! jika apa-apa pun keputusan Abang, Ani tetap terima.."

"Ani pun tahu siapa diri Ani" Ani menambah kata lagi. Kali ini suaranya bergetar dan hampir tidak kedengaran.
Ani menarik nafas panjang, dia tak dapat lagi menahan air matanya yang mengalir di pipi.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 27, 2011

Aku Betul Gila Dengan Kamu.

Suasana petang itu agak cerah sesekali angin bertiup kencang sehingga pelepah kelapa kering gugur kebumi. Lamunan ku terhenti seketika. Aku membetulkan duduk aku dikerusi panjang dibawah rumah.

Suasana hening.. tiada suara yang kedegaran dari atas rumah. Hanya   kedengaran sayup sayup ditengah sawah kicauan burung wakwak becuk   memanggil pasangan. Atau gembira mendapat makanan.

Entahlah aku tak mengerti bahasa burung! sama sahaja bunyinya..   iramanya.. mungkin juga si-ibu burung sibuk mengajar anaknya   menangkap anak anak ikan dipetak sawah!

 Aku memasang telinga mengamati kalau kalau ku dengar suara Ani dan   Adiknya diatas rumah. Tapi tak terdengar juga sebarang suara. Aku jadi   tak senang duduk.. mungkin Ani.. ahh.. tak mungkin! aku tahu Ani juga   sudah suka dengan aku, kerana dari tuturkata dan senyuman dia tentu   suka juga dengan aku.

Barang kali Ani masih berada didalam bilik bersiap siap untuk bertemu dengan aku dibawah rumah ini. Aku cuba amankan diri.. mungkin sebentar lagi Ani pasti turun juga kebawah.

Entah kenapa hati ini masih menyimpan rindu pada Faridah.. bagaimana gugupnya aku untuk memulakan bicara apabila bertemu dengan Fidah.. Fidah.. buat muka selemba bila kesempatan bertemu dengan ku! itu yang membuat aku payah untuk memulakan kata.

Tapi kerana hati sudah terpikat aku cuba dan terus mencuba, sehinggalah tiba satu hari yang benar benar telah memehak kepadaku, dan Fidah secara rasminya telah menjadi buah hatiku, kekasihku dan cinta hatiku! itulah pertama kali aku rasakan duniaku sentiasa ceria dan gembira.

Hari yang ku kira telah menjadi satu sejarah paling manis dalam hidupku! Seperti rancangan yang selalu kubuat untuk memikat mu, kesempatan pada hari keramaian majlis perkahwinan dikampung kami, tidak ku lepas begitu saja.

Aku ketika itu seperti biasa sentiasa mengintai kamu.. aku betul gila dengan kamu, telah puas kufikirkan bagaimana caranya hari itu untuk ku mendekatkan diri dan memastikan kamu biasa dengan aku. Dari situ nanti dapatlah aku meluahkan isi hati ku ini.

Dalam kesebukan aku ditugaskan mengendalikan tempat air bersama dua lagi rakanku, mata ku sentisa mencari cari kelibatmu jika sebentar kau tiada dalam pandaganku.. aku tahu kau juga sibuk mengendalikan hidangan didalam rumah.. hari itu hari keramaian kau mengenakan sepasang baju yang cantik dan sepadan dengan kamu, makin cantik dan berseri seri pada pandanganku.

Seperti yang diduga.. sidia datang dengan kedua tanganya membawa dua bekas air, menapak terus kearah tempat aku menyediakan air, aduh.. berdebar debar rasa hati.. "bertenang! hari ini hari yang menentukan samada aku berjaya atau tidak!" bisik hati ku.

Bejayakah aku memiliki kamu! Gagal lagikah aku untuk meluahkan isi hati!
Semua soalan berkumpul dikepala.. kau lantas meletakan bekas air itu diatas meja dihadapan ku. Tanpa berlengah aku terus menuangkan kan air oren kedalam bekas tersebut.

Aku cuba mengawal diri supaya tidak melakukan apa apa yang bolih merosakan rangcangan aku. "Err.. nak air oren saja atau nak air bandung juga" aku cuba memerankap sidia. Aku tak pasti adakah hari ini hari yang dapat melaksanakan rangcagan aku.

Aku menolih sekali imbas kearah wajanya dia tersenyum mesra.. lalu aku mengisi satu bekas lagi dengan air bandung. Kerana katanya eluk dihidang dua jenis air pada tetamunya. "Siti ada kat atas dia memembungkus kuih dengan Eton" Fidah menjawab tenang bila kutanyakan sahabat kami Siti.

"Kenapa nak jumpa Siti ka?" tambahnya lagi.. aduh.. kenapa aku bolih bertanya macam itu!

Aku cuba bergurau, dengan mengatakan semua air kat situ percuma hanya khas untuk dia saja, orang lain kena bayar! Nampaknya menjadi juga gurauanku.. dia ketawa mesra.

Aku tersenyum puas, puas kerana berbalas kata dengan kamu.
"Fidah.. cantik sungguh kamu ini, aku bahagia mendengar ketawa mu" Aku memandang mu yang berlalu pergi, seperti kau tahu aku masih memerhati mu, kau menolih dan berkata.. "Nanti kalau jumpa Siti saya beritahu dia ye..". "Err.. tak payah, tak payah.." kataku cepat tanpa berfikir lagi.

"hai.. sampai bercakap sorang sorang ni pasai apa pulak ni?" kata Ani menghampiri tempat aku duduk. "Nenek pi mana?" tanyaku walaupun ku tahu Nenek sudah pergi memancing dengan Makcik ku ditengah sawah.

Aku cuba menyembunyikan rasa terperanjatku kerana tanpa kusedari dia sudah berada berhampiranku. Kata nenek dia sudah lama tidak makan ikan puyu bendang! Bapa Ani pun sudah pergi kesurau dikampung, katanya ada kumpulan kat surau.

Walaupun pada sebenarnya mereka telah merancangkan pertemuan kami seolah-olah suaikenal antara kami, besarlah harapan mereka supaya kami sesuai untuk dijodohkan.

"Ah.. Ani, kau tidak seperti Fidah, lain sekali cara perkenalan ku antara kamu berdua. Namun yang pasti aku telah kehilangan Fidah tersayang.
Apakah Ani bolih menganti Fidah? Apakah Ani setabah Fidah?

"Kak Ani.. Kak Ani.. kat mana kak?" kami berdua menolih kearah suara kecil itu. Adik Din datang dan duduk disebelah aku. Kami bertiga duduk disitu menghadap kejalan besar dihadapan.

Aku dan Ani duduk diantara adiknya. Suasana hening seketika, kulihat Ani memandang tegak kehadapan, rambutnya tak henti henti dialun angin petang. Sesekali Ani membetulkan rambutnya yang jatuh dipipi.

Ani.. kau cantik, tapi tidak seperti Fidah. Ani.. matamu, rambutmu semua kupandang sangat menyenangkan. Tiada apa kurangnya kamu dibandingkan dengan Fidah.

"Dah dapat apa yang Abang cari?" tiba-tiba Ani bersuara. Dia menolih kearahku sambil menghadiahkan senyuman yang manja dan ceria.

Lalu dia berpaling memandang kearah adiknya dan berkata "Ye lah.. kata Mak, abang datang nak cari orang yang sesuai" seketika adik nya bangun lalu pergi bermain tidak jauh dari kami. Kami berdua memerhati Adik Din bermain sesuatu dibawah pokok sana.

"Kalau Abang nak.. nanti Ani temukan Abang dengan kawan Ani yang kat rumah sebelah sana tu!" kata Ani dengan nada perlahan dan menundukan mukanya kebawah. Kakinya menguis-guis diatas tanah.

"Tak perlu lah Ani.. orang yang abang cari dah ada pun kat depan mata" kata ku terus terang. "Siapa..?" katanya sambil mejeling manja kearah ku, seolah olah tidak memahami.

Ani memakai baju T juga tapi kali ini bercorak dan bertulisan 'Langkawi' bersama kain batik agak baru.

"Ani tak kesah macam mana pun orangnya, janji orangnya sayang dan setia dengan Ani cukuplah" begitulah kata Ani bila ku tanya bagaimana kah pilihan hatinya.

Aku memandang kearahnya, dari atas kebawah.. cukuplah.. aku memang sudah suka dan sayang dengan kamu Ani.. kata ku dalam hati. Ani masih lagi memandang ke bawah..

"Abang.. betulka apa yang emak cakap pada Ani tu..?" Ani bersuara dan perlahan lahan menolih kearahku.. matanya mengenang dengan air mata! Ani hampir menangis.

Ani kenapa kau menangis? Jangan kau menangis Ani! jangan kau menangis sepertimana Fidah. Fidah juga pernah menangis seperti ini, ketika malam perpisahan itu. Kenapa pula kau hendak menangis diketika pertemuan kita ini?


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



April 24, 2011

Ani Memeluk Aku Erat.

Aku melangkah terus kedalam.. rumah yang berlantaikan papan tebal, bersih dan berkilat.. mungkin selalu dibersihkan agaknya. Makcik ku menunjukan bilik untuk aku gunakan.
"Karia, hang pi salin kat bilik sebelah adik Din kau tu." adik Din tu dimaksudkan adalah anak makcik aku yang kecik tu, dalam darjah lima agak aku.

Kebetulan adik Din sedang berbuat sesuatu disatu sudut rumah. Aku bertanya apa yang sedang dibuatnya tu.. "gunting gambar, cikgu suruh tampal kat kertas lukisan.." katanya. "oo.. baik baik gunting.. nanti kena tangan." kataku.

Mungkin perbualan kami didengari sampai ke ruang tengah.. "Mak.! Dik din gunting kertas guna gunting kain yang Mak punya tu.." Terdengar suara Ani mengadu pada emaknya.. "Habih tumpui la gunting Mak tu.. Din oii.." kata makcik ku.

"Dah berapa bilah gunting hang pejahanamkan.. tu gunting mana pulak hang pi pakai.." tambah makcik ku membebel. "Dak ihh.. Din pakai gunting sekolah.. " kata Din memberi isyharat telunjuk dibibir padaku sambil sembunyikan gunting.

Aku hanya sekadar tersenyum dengan perangai nakalnya, dan beredar masuk kebilik yang makcik aku maksudkan tadi.
Bilik ini mengadap kearah jalan.. tingkap yang terbuka sedikit lalu aku buka sepenuhnya, aku menjeguk keluar nampak pohon Riangdot disebelah jambatan jalan masuk kerumah, agak rendang juga.

Teringat pohon Riangdot dikampung atok aku kat kampung Titi Teras kat kaki Gunung Jerai, biasa aku panggil tok wan, suami kedua nenek aku, bukan nenek yang aku ikut ni sekarang.. tetapi suami nenek yang ada kat dalam rumah ni sekarang.

Sebenarnya aku ada ramai Atok dan Nenek.. Atok lelaki sebelah Emak aku empat kali kawin, nenek betul sebelah mak aku dah tiada semenjak ibu aku masih kecil lagi.. selepas nenek benar aku tiada, atok lelaki mula kawin lagi.. lagi.. sampai yang keempat, keempat, kekal sampai tua.. mana yang dah cerai kawin lain..

Atok sebelah bapak aku.. kawin dua kali, nenek perempuan benar, kawin pula dengan Tok wan yang kat Titi Teras tu.. Nenek itu lah yang melahirkan Bapak aku dengan suami nenek aku yang aku ikut kerumah mak cik aku hari ini. fuhh... pening kepala nak mengira macam mana!

Tapi syukur.... kesemua nenek ka.. atok ka.. semuanya baik baik belaka.. memang professional belaka.. hehe.. dan aku masih ingat kasih sayang tok wan tiri aku kat Titi Teras tu, mengendong kat atas bahunya bawak aku pergi kekedai, semasa usia aku masih kecil.. aku masih ingat sampai sekarang.

Dekat sana ada banyak pohon riangdot, semasa aku seusia Din.. aku dengan rakan sebaya memang selalu sangat panjat pokok tu.. memang best hidup masa kecil.. tak payah ingat kerja macam sekarang.. hehe...

Aku menoleh sebelah kiri rumah, kelihatan sebuah pondok untuk meyimpan padi apabila lepas dituai. Selepas selesai makan aku berehat diruang tamu sambil menonton tv.. penat berjalan.. yang lain ada kat dapur dan ruang tengah, aku dengan bakal adik ipar saja kat depan..

Adik din yang bukakan tv tu.. aku berbaring diatas kerusi kayu beralaskan kusen, aku luruskan kaki.. Ani berpakaian cantik, berbau harum semerbak, sedang membonceng moto dengan aku, kami menuju kesuatu tempat yang sangat indah..

Ani memeluk aku.. erat, sambil ketawa keriagan.. sesampai ditempat yang indah bagaikan taman dipenuhi bunga bungaan yang harun juga, kami berdua sangat bahagia, ketawa sambil berlari lari didalam taman yang segar tersebut..

Aku memimpin tangan Ani untuk menunjukan pemandagan yang indah dibawah sana.. seakan kami berada disuatu tempat yang tinggi. Aku dapat merasai lembut dan halusnya tangan Ani.. ada satu pohon yang condong berjuntai kebawah.. disitu aku memegang kedua tangan Ani..
Kami bertengtang mata.. "sungguh cantik kau Ani.." kata ku pada dia.. Ani hanya tersenyum.. pakaiannya pun indah bagai pakaian orang bangsawan!

"Aku sayang padamu Ani.." ucapku lagi padanya. Ani masih lagi tersenyum, manis sekali, tanpa berkata apa apa.. hanya tiupan bayu yang membelai rambutnya..

"Ani.. Ani jangan tinggalkan abang ye.." aku bersuara lagi.. Ani seperti tadi, hanya tersenyum, sangat manis.. dengan mata yang bersinar sinar..

Olih kerana Ani tidak berkata apa apa.. aku memandang kearah pemandangan dibawah, kelihatan beburung berterbangan diatas pepohon kayu.. sayup sayup dibawah sana, aku menolih semula untuk mengajak Ani pulang, risau nanti Makcik aku tercari cari Ani pulak..

Terperanjat aku bila dapati Ani sudah tiada dibelakangku.. aku memanggil namanya, tapi tiada jawapan.. "Ani.. kenapa naik kesana tu.. bahaya Ani.. turun kebawah sini.." kataku separuh menjerit bila ku lihat Ani berada ditempat yang lebih tinggi dari aku.

Ani tidak memandang kearahku dia seolah olah tidak mendengar panggilanku. dia berdiri tegak memandang kehadapan dengan rambut dan bajunya terbuai buai ditiup angin.. tangan kanannya memegang jari manis kiri, layak seperti seorang puteri.

Aku cuba menghampiri kepada Ani, dengan memanjat tebing.. tetapi tak bolih memanjat tebing tersebut.. bila aku cuba panjat.. aku jatuh semula.. begitulah berulang kali..

Aku mula cemas dan sangat risau dengan keselamatannya. Aku melihat disekeliling untuk meminta pertolongan.. tiba-tiba..
"Din.. hang pi kejutkan abang.. tok nak pi mengai dengan Mak hang.. hang dok rumah. tok sak ikut.." kata nenek aku.

ehh.. aku bingkas bangun dan duduk dikerusi. terdengar tapak kaki adik din datang untuk mengejutkan aku, sebenarnya aku telahpun terjaga dari tidur..

"Aku tertidur dan bermimpi rupanya.." tv pun dah dimatikan. Termengu aku sebentar mengenangkan mimpi aku itu.. "Ani.. jangan tinggalkan abang.." aku jadi sedih..









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


April 22, 2011

Antara Dua Gadis Ku.

Aku memandang disekeliling ruang antara dapur dan ruang tamu, sebenarnya aku berada diruang tengah, ruang tamu rumah bolih dinaiki melalui tangga bahagian hadapan, ruang tengah juga ada tangga sendiri.. dibahagian dapur sebelah belakang juga ada tangga juga.. rumah makcik aku tu agak besar juga.. maklum lah orang bendang, harta pusaka suami isteri ada bahagian..anak pulak cuma dua orang saja..

Mata ku terpandang gambar gambar keluarga yang digangtung pada dinding ruang tenggah.. Ibu, Ayah, budak comel serta bayi yang masih dipangkuan ibu.. "erm... budak comel tu sekarang ini tenggah sibuk kat dapur sana tu.." kata hati ku sendirian.. ada juga gambar yang aku tak kenali, mungkin saudara mara sebelah pak cik ku.. dan sekeping gambar orang tua hitam putih.. gambar tu cukup aku kenal.. itu lah gambar Atok aku.

Sedang aku asyik memerhati.. terdengar suara nenek ku "sudah la tu.. pergi mandi sana.. kejap lagi nak makan..!" aku mencapai kain dan tuala yang telah Ani sediakan awal tadi.. dan terus turun dari rumah untuk mandi, bilik mandi dan bilik air diluar rumah berdekatan sepohon mempelam..

Selesai mandi aku naik semula, bahagian belakang situ ada banyak pokok pokok sayuran yang ditanam.. termasuk juga cili dan pokok seperti keladi, tapi keladi tu tidak gatal seperti jenis keladi lain, kat rumah aku pun ada keladi sperti itu, siapalah yang rajin menanam semua ni.. Mak dia ke atau anak dara dia.. kalau anak dara dia yang tanam.. memanglah betuah siapa dapat! sebab suami jadi sihat kerana makan sayuran yang ditanam sendiri, sebab kita tanam tak banyak guna bahan kimia.. tidak sperti yang dibeli kat pasar..

Ketika kaki melangkah menaiki tangga ruang tengah aku terserempak dengan Ani yang sedang menghidangkan makanan bersama sama makcik dan nenek, wajahnya sedikit berpeluh, kepanasan kat dapur agaknya.. tapi Ani sempat membalas senyuman ku, aku lah yang senyum dahulu.. kan mesti bersopan kat rumah orang.. tak kan nak masam je.. ye tak? Balasan senyumannya sangat memukau dalam jiwa ini.. Aku sudah mula jadi takut sendiri, takut aku menampakan sangat suka ku padanya. Atau mungkin senyuman sidia juga sekadar untuk seorang tetamu saja.. kiranya kemesraan yang ada hanya untuk tetamu.. mana nak letak aku punya hati..?
Terus terang, aku sebenarnya sangat pemilih, susah untuk aku menyukai sesaorang gadis.. ada saja yang tak kena..,

Seperti kata ibu aku.. "hang ni.. yang orang pilih, hang tak mau.. yang orang tak mau hang endak..!"
dan aku teringat juga kata kata Pak Mail jiran kat kampung aku.."perempuan semua sama saja.. pokok pangkalnya kita yang jadi suami yang mesti kena betul betul membela dan memjaganya"

Aku tidak berapa faham apa maksud Pak Mail yang kata perempuan sama saja.. sama tang mana tak tau la.. mungkin dia orang tua.. dia lebih tahu dari aku ni.. "hang tok sah lah dok ingat la kat depa lagi.." tambah Pak Mail ketika kami berbual selepas berehat ketika kami sama sama gotong royong membetulkan jambatan dikampung ku.

Pak Mail memang tahu yang aku telah putus pertunangan dengan Faridah anak Pak cik Aziz jiran sekampung aku juga. Faridah gadis yang telah menambat hati dan membuka niat pertama untuk mengakhiri zaman bujang ku. oh.. Faridah.. sehingga kini aku masih sayang pada mu..! kau yang ku panggil fidah, sungguh syahdu nama mu!

Aku tidak tahu dimana silapnya hingga kita terpisah.. Ani yang kukenali sekarang tidak seperti kamu, kamu agak pendiam dan pemalu.. wajahmu sentisa masam sebelum aku menjadi kekasihmu.. keadaan pendiam dan masam itulah yang membuat aku ingin memiliki kamu.

Agak payah juga untuk mencairkan hati kamu, sebenarnya, bukan kebetulan bila kita sering terserampak dimana mana didalam kampung, aku yang selalu membuat helah begitu.. sehinggalah kau rapat dengan aku seterusnya.. kau menjadi kekasih hatiku.
Dari situ.. Fidah, ku kenali kau sebenarnya mempunyai hati yang cekal dan tabah serta penuh kasih sayang.. tidak juga seperti Ani.. kau Fidah membanting tulang menolong ibu dan ayahmu dikebun mencari rezeki seharian.

Itulah kesah dirimu yang kukenal, kau juga agak kuat beragama seperti kedua orang tua mu.
Kita berkasih tidak diketahui ramai orang.. hanya adikmu, rakanmu perempuanmu juga rakanku, rakan lelakiku juga rakanmu, setahu aku mereka ini saja yang tahu rahsia cinta kita.
Sehinggalah aku berdagang diperantauan hanya surat penghubung hubungan kita.. semua suratku beralamatkan adik lelakimu.

Bukan juga seperti Ani... Ani sangat mesra.. ceria.. aku tak perlu usaha seperti kamu Fidah.. dalam sehari aku jatuh cinta pada Ani, inilah yang merisaukan aku. Apakah Ani juga berperasaan seperti aku? Mungkinkah Ani bijak dari aku.. hanya sekadar tidak mahu mengguris perasaan tetamu, tetamu yang telah lebih dahulu diberituhu kedatangannya untuk merisik kamu!

Ani.. tak sabar rasanya ku mengatahui apa yang ada didalam hati mu.!
Fidah begitu setia padaku.. setia pada kedua orang tuanya.. walau kita dipisahkan kau masih mengenang jasa orang tua mu, tidak mahu menjadi sitenggang! dan kau juga tidak mahu menjadi Mahsuri!
Kau katakan padaku.. bahawa hanya aku lah satu satunya tunangan mu.. dan pertunangan ini tidak akan putus sampai bila-bila, walau apapun terjadi.! payah untuk aku hendak menerimanya!
kini baru sekarang aku memahami.. didunia kita terpisah di akhirat juga kau nantikan aku...








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆