August 22, 2010

Test Untuk Kod Tukar Link.


Assalamualaikum,...

Salam pagi sabtu yang ceria,..
pelik tapi benar! sebenarnya saya benar-benar malu nak buat link untuk blog xaturen ini,..
Saya selalu terpikir macam lah blog dia ni best sangat sampai nak ada links khas macam ini,..

Kalau anda perasan dah lama saya buat link untuk dottwin.com,.. so,.. dengan rendah hati saya letakan link saya ni kat sini,.. ada sesiapa yang berkenan sila ambik saja,.. saya harap link ini menjadi le,... kalu ada problem tipon bagi tahu saya okey,.. saya terima kasih!

Salam Ramadhan iklas dari xaturen!
wassalam.


klik pada tulisan dalam kotak 👆, select all, copy kemudian paste atau tampal diblog anda, terima kasih.
maka kelihatan 👇 logo dan linknya.



disunting Fri 25 Aug 2023 💝








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

August 21, 2010

Atmosfera Bumi

Atmosfera Bumi ialah suatu lapisan gas yang melitupi bumi, dikekalkan di tempatnya oleh graviti bumi. Atmosfera melindungi hidupan di Bumi dengan menyerap pancaran solar ultraungu ], memanaskan permukaan menerusi penahanan haba (kesan rumah hijau), dan mengurangkan suhu lampau di antara siang dan malam (kepelbagaian suhu harian).

Kajian tentang atmosfera mula-mula dilakukan untuk memecahkan masalah cuaca, fenomena pembiasan sinar matahari ketika terbit dan tenggelam, serta kerdipan bintang.

Dengan peralatan yang sensitif yang dipasang di kawasan angkasa, kita dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang atmosfera serta fenomena-fenomena yang terjadi di dalamnya.

Atmosfera bumi terdiri dari (mengikut isipadu): nitrogen (78 %) dan oksigen (21 %), dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya.

Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung dari matahari dan mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75 % dari atmosfera bumi ada dalam 11 km dari permukaan tanah.

Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas. Garisan Karman, pada 100 km (62 batu), sering juga digunakan sebagai sempadan antara atmosfera dan angkasa.

Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, yang dinamai menurut fenomena yang terjadi di lapisan tersebut.
Peralihan antara lapisan yang satu dengan yang lain berlaku secara bertahap. Lapisan udara ini boleh dibahagikan kepada:

Troposfera
Stratosfera
Mesosfera
Termosfera
Eksosfera

Tekanan atmosfera

Tekanan atmofera disebabkan oleh udara juga mempunyai berat. Ini bermakna tekanan atmosfera berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara (dan beratnya) di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa.

Secara kasarnya, tekanan atmosfera jatuh kira-kira 50% pada ketinggian altitud 5 km (ataupun jumlah berat atmosfera di bawah 5 km adalah separuh daripada jumlah berat keseluruhan atmosfera).

Tekanan atmosfera biasa di permukaan laut ialah sekitar 101.3 kilopascal (kPa) dan dipanggil 1 Atm.

Komposisi atmosfera bumi







Baca Lagi Sini!




August 20, 2010

Salam Ramadhan, Bulan Mulia.

Assalamualaikaum,.. salam ceria selalu,..
ermm.. hari ini terpaksa kena singgah bazar ramadhan kerana anak kirim kuih berbuka!
Nampak nya hari ini saya balik awal le... lepas tip top ni dah nak balik le.. nak cari makanan apa yang patut untuk hidangan berbuka nanti,.. okey.. semoga anda selamat sejahtera selalu disamping orang-orang yang tersayang,.. jari jemari dah mulus nak menaip hehe....
ermm... selamat berpuasa,.. wassalam.


Marhaban Ya Ramadhan.

Assalamualaikum,..
Salam bahagia dibulan puasa ini,..
khas buat teman-teman yang sentiasa cergas dan ceria walaupun kita berpuasa,..

Hari ini tempat saya hujan lebat dari pukul sepuluh lebih sehingga pukul dua petang,.. jadi keadaan seperti ini memberi kelebihan bagi yang berpusa, kerana cuaca sejuk dan kurang kita merasa haus,.. lapar tu dah tidak rasa sangat,.. sebab dah banyak hari dah berpuasa kan,.. yang susahnya cuma nak menjaga mata, hati dan mulut supaya sesuai dengan keadaan kita yang berpuasa,..

Hari ini tadi saya tak pergi bazar kerana takut pahala puasa berkurangan,..hehe.. maklum lah kat bazar tu ramai manusia,.. jadi ada bermacam ragam nya,.. saya ni kuat komplen,.. kut nanti saya lihat sesuatu yang tak kena, hati saya nanti cepat saja nak komplen orang punya hal,.. eee... lebih baik tak payah pergi,... lagi pun leh le jimat cermat sikit,.. hehe..
Hari selasa lepas ada singgah bazar sekejap,.. mendung saja muka orang yang berjualan kat situ,.. mau tak nya, hujan lebat memanjang,.. orang tak ramai datang, belambak jualan kat atas meja,.. alahai cian pulak saya tenggok,.. sabar je lah pak cik mak cik ye,... sudah adat meniaga,.. ada pasang surutnya,..

Mata dah tak larat nak celik ni,.. adehh,...
Besok nak gi keje awal sikit ada banyak kerja menanti,..
Mungkin saya kena ke Perak hari isnin ini,.. pergh,... tak boleh tunggu lepas Raya ka tokey,...?
waduhhh... makin jauh le pergi nya saya bulan-bulan posa ni,..
Tapi tak mengapa dah kerja nak cakap apa lagi,.. huhu...
okey jumpa lagi,.. wassalam.

August 18, 2010

Teringat Ramadhan Dikampung.

Assalamualaikum,..
Semoga anda semua sihat-sihat disamping menjalankan ibadah dalam bulan ramadhan ini..
hehe.. macam tulis surat je... memang surat kut..? ermm...
apa-apa pun tak apelah.. janji bahagia kan...
Mungkin anda semua dah tahu... saya ni sebenarnya duduk kat perantauwan.. saya tinggal jauh dari tempat kelahiran dan segala keindahan kampung halaman,..
Kekadang tu rasa sayu juge hati yang memang halus ni... teringgat kat kampung,.. teringgat kat Ayah Bonda,..
lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini,.. masih terasa lagi bagaimana nostalgia berpuasa dikampung dulu,..
Saya dengan geng sebaya, adakalanya mengumpul buah-buahan untuk berbuka,.. memang best lah,..

Okey,.. lupakan itu semua, buat macam mana pun masa indah itu tidak mungkin kembali lagi,.. sekejap lagi saya nak angkat kaki balik,... sebelum sampai umah nak singgah dulu kat bazar ramadhan beli kuih atau apa-apa yang patut untuk hidangan berbuka nanti...

Baiklah semoga anda juga berbahagia selalu,.. haa... kejap lagi dah boleh pergi beli kuih muih ye...
Buat girls tu,.. jangan makan banyak sangat tau nanti badan you'll cepat kembang,... habis bulan ni naik tiga kilo,.. waa... dah tak slim lagi hehe... buat saya ni, makan berapa banyak pun dok cam ni... juge.. dari dulu kurus tak pernah naik pun... makan banyak tapi tak naik,.. entah pesen ape pun tak tahu lah,... okey... jumpa lagi malam nanti kalu tak penat.. ermm...
bye.. wassalam.

Saya Nak Hiburkan Anda Semua Sikit.

Assalamualaikum,..
Semoga anda ceria selalu,..
ermm... dipagi isnin ini saya ada sedikit kelapangan,.. jadi tak de tempat len lagi saya nak pergi, kalau tak datang sini kan kan... erm.. begitulah saya dengan dunia saya,.. pantang ada masa sikit,.. mesti kat sini saya akan datang,.. hehe...

erm.. kalu saya nak hiburkan anda semua sikit leh tak,..? tak pe lah.. sekali sekala dengar lagu ni.. hehe.. lagu cinta,.. nak bercinta lagi ke saya ni,.. alahai... anak isteri kat rumah nak letak kat mane bang,...? tp kalu nak kira lelaki boleh kawin tiga kan,.? bagi yang mampu lah kan,.. macam saya ni,... aii... mampu sesangat ni,.. kehkeh..
jangan lah dok percaya sangat,.. tak kan le saya nak wat cam tu,.. walaubagaimanapun saya ni pencinta wanita,..
waaa.... aa..

Lagu nya cam ni,.. lagu lama kut,.. entahlah tak tahu sangat...

Kelap kelip ditengah laut..
Lampu perahu nelayan..
Sembilan ribu bintang bintang..
Sempurna bentuk bulan..
Perhiasan malam...

Panjang-panjang batang pohon kelapa..
Kerang-kerang di pasir putih..
Diantara mereka..
Kita duduk berdua,..
Menyayikan lagu cinta,..

erm.. macam tu lah lagunya,.. hanya sekadar hiburan saja... ok cukup dulu,.. saya nak pegi tenggok kat site kejap.. ok see you...
kalu nak dengar lagu tu klik kat sini,..rindu-aku-rindu-kamu
...



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




August 17, 2010

Ramadhan Bulan Perjuangan.

Assalamualaikum,..
Salam sejahtera semua,..! bagaimana dengan puasa anda hari ini,..?
Saya harap anda semua sabar dalam mengerjakan puasa, yang mana bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, banyak pekara lain yang perlu juga puasa!

Kebetulan saya ada berurusan dengan sebuah syarikat swasta yang agak gah lagi besar,.. saya bukan nak mengata atau mengumpat,.. cuma saya sedih dengan kakitangan yang saya berurusan,..
Kita semua maklum sekarang bukan kah bulan puasa,..! jangan lah menunjuk sangat yang dia tak puasa,.. sudah lah kerja dalam banggunan berhawa dingin,.. masih juga ponteng puasa tanpa segan silu dengan kaum bukan islam dalam pejabat tu,..

ermm,.. tak tahulah saya nak cakap,.. semoga pekara begitu akan menjadi ingatan buat saya,..!
okey dah penat hehe,.. nak tidur,.. jumpalagi,..
wassalam.

August 16, 2010

Salam Ramadhan Almubarak.


Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan salam penuh kasih mesra dibulan yang mulia ini, untuk anda rakan dan sahabat yang masih sudi datang kemari walaupun saya tahu anda semua dah kepenatan belajar, bekerja dan berpuasa juga.

Sama seperti anda saya juga agak capek sikit dimasa ini,.. maklumlah saya dah bekerja jadi tanggungjawab tetap kena teruskan juga seperti biasa,.. jari jemari ni pun rasa mulus saja nak tip tap katsini,.. namun saya gagahi juga kerana kemahuan berbuat begini lebih kuat dari terus tarik selimut dan berdenkur.. zzzz...

Sekejap lagi mungkin saya dah berlayar kealam ghaib tanpa menutup alat electronic ini.. hehe..
Saya bersyukur kepada Allah kerana masih dapat berpuasa dan berbuka dengan hidangan yang sesuai dengan kemampuan saya. Kebanyakan juadah saya main tunjuk kat bazar ramadhan saja,.. kekadang tu tak terkawal pulak tangan dan jari dok tunjuk suruh saya beli dan angkut bawak balik kat umah,.. eee jahat juga lah tangan saya ni tau,.. apa lagi nampak ayam bergolek sekor-sekor kat atas bara api tu,.. pergh,.. dia punya bau,.. memang sodap, ayam panggang bermadu lah katakan,..

Saya kalau kat bazar tu tak boleh lama-lama, mau kurang pahla posa saya ini,.. sudah lah kuih muih, lauk pauk bebagai jenis,.. buat terliur saja,.. ermm.. tambah-tambah yang jual dan yang membeli kat situ pergh... satu hal, eyy... comey dan lawa pulak tu.. eee mana boleh tahan,.. hehe.. jadi,.. cepat beli, cepat balik wakaka..


ermm... okey,.. selamat bersahur dan selamat berpuasa.
Jumpa lagi. wassalam.

August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

 Assalamualaikum,..
Salam sejahtera untuk anda semua,..

Walaupun masa untuk berinternet sangat terhad bagi saya sekarang ini,.. disebabkan keadaan lokasi pekerjaan saya ketika ini,.. saya cuba sedaya mungkin untuk hadir dihalaman ini,.. memang rindu pulak pada anda semua,.. kalu boleh setiap hari saya hendak datang kesini,.. ermm.. okey lah...

Hari ini sudah satu hari kita berpuasa,.. Jadi saya meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mulia ini kepada anda semua,.. dan selamat mengerjakan amalan berpuasa dengan penuh kesabaran,..

Walaupun dibulan ini kita berpuasa tapi segala kegiatan harian kita hendaklah berjalan seperti bisa juga,.. iaitu seperti mana dibulan-bulan lain,.. cuma bezanya kita berpuasa!

Teruskan belajar dengan lebih tekun lagi,.. atau teruskan lakukan pekerjaan harian kita dengan penuh semangat,.. saya rasa tak uasahlah kita jadikan alasan berpuasa, untuk kita memperlahankan kegiatan harian kita, samada belajar atau yang sudah bekerja,.. ini penting bagi kelangsungan kecermerlangan kehidupan kita bagi meneruskan kehidupan dibumi Allah ini,..

Berilmu, Beramal dan Beriman,.. ini adalah tiga ciri-ciri penting untuk kita mendalammi pengertiannya,.. adalah lebih dituntut pengertiannya didalam bulan Ramadan yang mulia ini,.. supaya tidaklah nanti kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tanpa memperolehi apa-apa kebaikannya!,..

ermm.... semoga menjadi ingatan pada diri saya,.. insyaallah!,..
Selamat Berpuasa, salam sayang selalu!,..
wassalam.

August 06, 2010

xaturen berehat sememntara waktu.

Assalamualaikum,.

Salam sejahtera dan salam hormat selalu,..
Untuk pengatahuan semua... saya terpaksa berehat dari semua aktiviti berbloging untuk sementara waktu ini,..

Saya macam sedih juga lah.. tapi apa boleh buat,... buat sementara ini.. masa tidak mengizinkan... jadi saya hold dahulu bab berblog ini,..

Dengan ini blog 'xaturen.blogspot.com' akan membisu sehingga kesatu masa yang belum dapat dipastikan lagi,..
ermm... saya bermohon kemaafan jika selama saya berbelog ni telah melukakan hati sesiapa,..

okey... hati-hati selalu,.. selamat berblogging dan semoga saya dapat segera berblog semula,..!

Salam ceria untuk anda semua,..
Wassalam.

August 04, 2010

Kat opis sorang-sorang.

Assalamualaikum..
Semoga anda selamat sejahtera semuanya..

errmm... cam gini lah.. staff semua dah hilang saya masih kat sini lagi padahal sekarang dah pukul lima tiga puluh tiga [saja tulis cam gini biar panjang skeq.. hehe..] dari tadi sampai karang ni dok memikir.. apekebenda saya nak tulis ni... aduuhh... macam susah sangat je hiiisshh..!

Saya kalu boleh nak cuba sesangat nak menulis sesuatu supaya sesiapa jengah kat sini takle rasa macam buang masa saja... kan..kan.. tapi ini lah jadi nya kalu kita kurang ayat-ayat sejarah ke, ilmu bingtang ke,.. ilmu novel ke.. ermm.. ilmu novel..? aa..a gitu le lebih kurangnye.. maksud saya bab bahasa penulisan le kan.. memang agak kureng pikap le sikit.. hehe.. tak malu bai tahu orang hiiishh..!
Bab yang paling banyak kat pale ni.. pasal matematik.. matematik... ilmu angka-angka tu.. banyak orang tak minat bab angka-angka ni.. tapi saya pulak paling suka lah cam gitu.. hehhe...
Kalu hafal ilmu angka ni senang sket nak kira gaji.. bulan ni OT berapa, kira semua..? belum tutup buku lagi, saya dah tau dah berapa gaji kan dapat... opis tak boleh kelengtong punya... nak aku tunjuk nagn bukti dan fakta sekali... haa.. takut..!
Ha.. lagi satu bab nombor-nombor ni senang susun.. kalu pandai ilmu ni...
misalnya, first price apa nombor dia.? second prize nombor apa.. 6566 ke 2233 ke... waakaka... wokey.. ada yang tak faham..? tak faham lagi bagus.. buat yang faham cuba le nasib..keke..
wokey.. ok.. tak.. saya tak main la semua tu... saja dok cong kat sini jaa..

;p :)

ok mai tengok gambar ni.. jap, enjoy je...

Cuba perhatikan betul-betul apa istimewanya gambar kepala orang ini, ini iklan kat readbud hehe...
cuba kira.. termasuk kepala tu kira ada berapa orang? 1 2 3 4 5..?

The view over the side: An artist's impression shows the Skypark that tops the Marina Bay Sands hotel towers, including the infinity pool.

To infinity... and beyond! The pool stretches 150 metres, three times the length of an Olympic swimming pool.

 He'll definitely want to make sure he doesn't swim too close to the edge.
This man is the first lap swimmer in the world to enjoy such a view - 55 stories over the city of Singapore.
The £4billion Marina Bay Sands tourism development opened in the city yesterday, and the 150-metre long pool - three times the length of an Olympic swimming pool - was a highlight.
 
'In Singapore, Marina Bay Sands will be the pivot point in which tourism here is going to explode,' gaming tycoon Sheldon Adelson, chairman of Las Vegas Sands Corp, the parent company of the resort, said at its opening celebration yesterday.
The resort from across the bay. The three towers were based on a deck of cards, according to designer Moshe Safdie 

Satu Hari Satu Tugas.

Assalamualaikum....
Moga semua sihat saja ey...
Pagi tadi semasa saya datang kerja lebih awal daripada biasa kerana saya diarahkan kelaut lagi bagi menyelesaikan satu kerja. Keadaan jalan dan cuaca menyebelahi saya dan saya sampai lebih awal dari yang dijangkakan.

Pukul 7suku saya dah sampai.. pada saya kalu dapat sampai kul 7setengah pun dah kira bagus sebab kita masuk kul 8.. eh..eh.. jangan ingat saya awal tau.. sidia tu dah ada dah kat situ.... fuuhh... berasap-rasap pondok merah tu.. kopi o tapau diletak kat sebelah latok tu... bermisai... wa cakap lu... errmm... okeylah itu dia punya kepercayaan lah kan... biarkan saja dia dengan kepercayaan dia.

Dua tiga orang kaki bodek dah ada kat sana... muahaha... kerja tak macam mana mengampu je lebih... saya tak de le macam tu... saya buat kerja saya, tak perlu menunjuk-nunjuk... selesaikan dan balik!

Tak de nye nak menyebuk yang bukan kita punya kerja... maaf cakapla.. kalu membodek pun kalu setakat tahu satu bende saja... tok sah dok lebih-lebih la....
Memang bagus lah kamu nak tiak sebut bos.. itu bos.. ini bos.. bagus lah tu. tapi saya main lu gua je...

Alamak..! baru nak melangkah masuk dah kena panggil.. agak dia bau saya sampai le tu... apa hal pulak ni...
Bos panggil la.. tiak satu mamat, eheh.. mamat ni.. kan jarak aku dengan bos kau tu, tak jauh... aku dengar lah...
Tak habis-habis nak mengampu.. heeeisss!... sesampai je depan bos, bla. bla. bla... biasa lah, dia cakap yang sudah dua tiga kali ulang... semalam pun dah bagitau itu juge... ermmm.. so kami berempat bertolak berlima dengan tug bot.! pergh.. sejuk pulak kena angin pagi kat laut tu.. grrrrhh...

Okey... dah tak de apa lagi nak cakap ni... ermm... seperti biasa saya selit kan sesuatu yang menarik untuk anda semua...sambil telinga saya ni terpaksa melayan lagu jiwang dari pc awek(yana) sebelah.... hu hu huaaa..


Mak oi.. matanya bulat jeling kat saya... Relek la... gegar juge jantung gua nih, tengok lu.....



ermm... ular sebesar ular tuu.... gerun ooiii.... menurut email ni ..gambar ular ini diambil dari pendalaman Negeri Cina dijumpai oleh pekerja balak di sana.. tapi kat akhbar kata kat Perak..? entah mana satu yang betul... cuba tenung.. abang-abang tu ade gaya orang mana? orang Perak ke orang Negeri Cina

ok.. yang ini tempat nya saya rahsiakan sebab tempat pot saya mancing.. kalu you'll tahu habis ikan-ikan tu.. nanti.. hehe.... you'll tenung betul-betul banyaknya ikan... mana datang tu.. kalu banyak sangat jadi takut la pulak... eeee! ada penunggu tu..!


sunting17/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



August 02, 2010

Makan angin ke Bukit Merah




Assalamualaikum.

Salam sejahtera serta salam hormat untuk anda semua...
Mana yang tidak berapa sihat tu rajin-rajinlah makan ubat, buat pe takut melarat-larat kan jadi makin susah lak..
So. hari ini saya dapat berita yang saya akan ditugaskan ke satu tempat yang agak jauh juga.. iaitu ke Perak lah pulak! kalu tak silap Bukit Merah tepi tasik tu...
Pernah lalu saja katsitu tapi belum pernah pergi lagi ketempat kerja disitu...ermm... so macam mana?
jaauuh..tu! ermm... dari selatan sini dah kena pergi utara lah pulak...ish..ishh..
mungkin dalam dua tiga hari lagi akan bertolak ke sana...
so... mana-mana blogger yang kat Bukit Merah tu buat le.. persediaan untuk menyambut kedatangan saya nanti.. buat la makan-makan sikit ke..!  potong kambing ke...  nanti tak le saya lapor..bab jalan jauh kan..?

ok... itu saja untuk hari ini.. moga jumpa lagi.... memang le jumpe...
mana lagi mau lari... keke....

ok lah tak de apa lagi nak ngomel.... meh layan gambar Pak Arab ini... perh.... sedap tuuuu......!
Mat salleh tu tanya Pak Arab:    err.. En. Karim, kita kena makan ke ni..!
Pak Arab tu jawab:    mana leh makan Mr. John... haha.. ambik gambar je dah...


"Amir of Qatar holds a banquet for Rayyan group. A personal and private sheep for everyone."
 
Pak Arab sedang makan besar.... setiap sorang dapat makan kambing bebiri sekor...
Kesian... Pak Arab ini... pasal di orang tidak tahu macam mana nak gunakan duit mereka yang banyak tu... tentulah datang dari perut bumi Arab.
Bahan yang paling bernilai sekali buat masa ini ada kat Arab sana... Mr. Bush sanggup membunuh ribuan oarang .. termasuk rakyatnya sendiri sebab hendak minyak ini!
Dalam masa yang sama Palestine masih didalam keadaan yang tidak terurus!

August 01, 2010

Dapat award!


Assalamualaikum.
hi... apa khabar semua...?
ermm..! hari ini hari Ahad. Ahad yang sangat ceria untuk saya, dan saya harap begitu juga lah untuk anda! Hari ini sangat ceria sebab saya dapat Award istimewa nihh.. cuba lah tenung-tenung lama sikit.. mana tahu kejap lagi giliran anda pulak yang dapat.. hehe.. saya sangat teruja lah bila tetiba pulak dah dapat Award Best Friends!
Mula-mula tu rasa cam tak caya je.. sebab siapalah saya ni kan..maklum le saya ini baru sangat dalam dunia belog ni...walaubagaimana pun saya sangat berterima kasih dengan awek yang baik hati lagi comei tu.. yang memberikan peranugrahan Award Best Friends ni kat saya. nak tahu siapa yang bagi Award ini meh ramai-ramai kita serbu tempat dia, mana tahu esok-esok anda pulak yang dapat,..hehe..

So.. jangan malu jangan segan silalah beramah mesra dengan mira yang istimewa ni.. kat blog dia yang sempoi tetapi menarik tu.. sekali jengah saje anda akan lihat sings yang macam ni.. the89dimension Voice of MiNe::: From the Thought of Youth haa.. bermakna anda dah sampai le tu tempat dik Amira kita.
ok .pada sesiapa yang akan dapat award ni nanti you'll kenalah ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan..
ehek ! *-*  - syarat yang mudah lagi senang dilakukan ia-itu :-

- Bagi siapa sahaja yang menerima award ni , diharuskan memberikan/tag kepada lima orang lagi . Kemudian beritahu yang mereka telah di tag untuk Award ini..!
- Selepas itu , si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing'
( kat entri yang macam saya buat ni.. )

4. mira

Sebelum korang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 (padam Shiyda) . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan satu level keatas! seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link korang sendiri di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? tentu paham kan.. Tapi you'll semua kena iklas dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang didapat ialah :-

Posisi 5 : jumlah backlink = 5
Posisi 4 : jumlah backlink = 25
Posisi 3 : jumlah backlink = 125
Posisi 2 : jumlah backlink = 625
Posisi 1 : jumlah backlink = 3,125

Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya . Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan , apalagi jika ada yang meng'klik' link ke blog korang .

Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog you'll semua.
Kesimpulannya : award - dapat ramai kawan - baclink - trafik - pagerank meningkat .
sekarang saya nak cari lima orang dan tag mereka untuk Award ini.
ermm... ookey.. ini dia saya sudah tag lima kekawan.! :
5.  Mamma
adeehh....selesai tugas saya! -  TQ.....  '*_*'
p/s ermm.... want this post in 'English'? Check it out here lovies!!