جزاكم الله خيراالجزاء
Hari ini ada kesempatan untuk kita melihat-lihat Bazar Ramadhan di Pekan Labu Besar, Kulim Kedah. Pekan ini sebenarnya hanya sabuah pekan kecil sahaja, namun ianya menjadi tumpuan penduduk setempat berkunjung kesini untuk mendapatkan berbagai anika juadah berbuka puasa.
Kelihatan para peniaga begitu sabar melayan bilangan pelanggan yang agak ramai, mereka juga dalam suasana keletihan berpuasa, hanya bernaung dibawah payung pelastik dikala hari panas, memang cuaca sekarang terlalu panas tidak ramai yang bersantai disana, setelah mendapatkan apa juadah yang digemari, mereka lekas meninggalkan kawasan bazar.
Kami pun tidak berlama-lama disana, kami hanya membeli tiga jenis juadah, ditiga gerai berbeza, kami agak bernasib baik kerana kami diberikan juadah percuma atau mungkin mereka ingin bersedekah, kami mendapat dua jenis kuih didua gerai berbeza, hanya terima kasih diucapkan semoga Allah memudahkan urusan mereka berdua itu.
Tiga jenis kuih yang kami beli ditambah dua jenis percuma, jadi kami mempunyai lima jenis kuih untuk berbuka, hanya berdua orang, ermm.. sangat lumayan banyak.
Alhamdulillah.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
McLaren Artura
Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas
Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023
Pantau Keadaan Ternakan Kerang
Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit
Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar
lain ceritanya di kuala lumpur, ramai peniaga berniaga dalam hujan lebat yang turun hampir setiap petang lepas asar
ReplyDeleteOh.. Kuala Lumpur hujan pulak ye..
Delete