December 01, 2023

Peniaga Warga Asing Semakin Ramai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Isu peniaga warga asing semakin membanjiri Negara, semakin hari semakin banyak kedai-kedai runcit warga asing menguasai diseluruh pelusuk negara dari Utara hingga keselatan, ini yang kita nampak la, yang di Sabah Serawak kita tidak tahu sebab kita tidak pernah pergi kesana, yang tidak nampak saya tidak mahu sebut lah.

Ramai orang tidak berpuas hati diatas apa yang berlaku, iaitu lambakan peniaga warga asing,tidak kiralah warga asing dari mana mereka datang, mereka yang paling tidak berpuas hati tentulah peniaga-peniaga warga tempatan kan, memang sepatutnya mereka tidak berpuas hati dengan lamabakan peniaga asing ini, sebab mengurangkan pendapatan mereka malah ada yang tidak mampu lagi bersaing dengan peniaga asing ini,hingga mereka gulung tikar.

Terutamanya peniaga kedai runcit, dimana-mana ada saja kedai runcit warga asing, dari bandar besar hinggalah dikampung kampung pendalaman pun sudah mereka kuasai.

Pertanyaanya kenapa bolih jadi begini? apakah memang warga asing bolih berniaga bebas dinegara kita? sedangkan warga tempatan hendak buka warung tepi jalan pun susah, banyak dia punya aturanya berapa ramai peniaga tepi jalan yang memaki hamun pehak majlis daerah kerana selalu saja menggangu mereka berniaga tepi jalan.

Sedangkan peniaga asing bebas berniaga dirumah kedai atau diruang-ruang perniagaan. Sedangkan orang tempatan bermodal kecil buka payung tepi jalan atau jual bermotosikal memang kena perambat dengan Pehak majlis daerah, sedih tengok orang tempatan berniaga terutama peniaga kecil melayu, memang sedih betul, sudahlah harga barang sekarang mahal.. sewa tapak pasar malam pun bolih dikatakn mahal, langsung tidak menyebelahi peniaga kecil rakyat tempatan.



Dalam masa yang sama terpaksa pula bersaing dengan peniaga-peniaga warga asing! tidak tahulah sampai bila warga asing bolih bebas berniaga dan bersaing dengan warga tempatan!

Cuba sesekali tanya peniaga tempatan bila berurusan atau berbelanja dengan mereka, nanti tahulah apa kesulitan mereka.. jangan tanya ahli politik.. Ahli politik dalam kerajaan.. rumah besar.. kereta besar.. bini besar.. tidak ada masa hendak melayan...haha.. bila rakyat bertanya masaalah... dia akan jawab : "Aa.. kita akan cuba selesaikan masaalah ini, sabar.. pekara ini bukan berlaku disini sahaja, kita ada 12 daerah dalam negeri ini, kita cuba memperhatikan masaalah ini!" itu sahaja yang bolih mereka cakap..lepas itu senyap.!! secara tidak sedar memang mereka tahu masaalah ini, tapi sudah bertahun masih sama saja.. tukarlah kerajaan mana pun..
kasihan...









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


2 comments:

Puan Hazel said...

Sesak dan rimas dgn kebanjiran mereka. Sepatutnya perkara ini ditangani sejak awal tapi kini dah terlalu berleluasa dan hampir tiada kawalan. Perlu ada ketegasan dan integriti utk menangani isu ni.

♥xaturen♥ said...

Tak tahu lah bagaimana pelaksana undang undang menjalanksn tugas yang dipertanggung jawab kepada mereka.