December 04, 2023

Ketika kita megerjakan solat sunat, ada orang lain dibelakang mahu jadikan kita imam sembahyang fardu, apa perlu dilakukan?

SOALAN-SOALAN TAMBAHAN-Panduan Mudah
Ketika kita megerjakan solat sunat, ada orang lain dibelakang mahu jadikan kita imam sembahyang fardu, apa perlu dilakukan? disini disediakan penerangan yang lebih jelas pekara tersebut, semoga ada kebaikan dan manafaat bagi kita semua.



CARA MENGHADAPI MASAALAH YANG SERING MENJADI PERTANYAAN
Adapun imam mahupun makmum, kedua-dua mereka sudah pasti tahu peranan dan pergerakan masing-masing ketika menunaikan solat secara berjemaah. Seperti kita yang awam ini memang tahu semua perihal megerjakan solat bersendirian atau mengikuti imam.


Sembahyang yang didirikan secara bersama-sama itu lazimnya hanya melibatkan satu jenis solat sahaja sama ada ibadah fardu atau sunat. Itu semua memang kita faham hanya ada ketika kita jadi bingung mencari pasti sesuatu pekara. Terutama pekara yang jarang-jarang berlaku ketika kita sedang mengerjakan solat, seperti bagaimana menjadi imam kepada orang lain dipertengahan solat, atau ingin menjadi makmum kepada orang lain yang sedang solat.


Mudah kata, makmum pada kebiasaannya kita akan menunaikan solat fardu bersama imam yang turut menunaikan sembahyang berkenaan ketika itu. Ini yang sering kita lakukan iaitu melakukan solat berjemaah bersama imam dari awal takbir.


Namun adaketikanya dek kerana pahala berjemaah yang lebih besar berbanding solat secara bersendirian, ada individu tidak sanggup melepaskan peluang tersebut. Pantang melihat ada orang lain sembahyang sendiri, laju sahaja langkahnya untuk berdiri di belakang individu tersebut, lalu menjadikannya sebagai imam.


Adakalanya perkara tersebut berlaku kepada diri kita sendiri. Ketika sedang mendirikan solat sunat ba’diyah Zuhur misalnya, tiba-tiba ada orang berdiri di belakang untuk menjadikan kita imam solat fardunya. Apa yang kita perlu lakukan.


Dalam situasi tersebut, bolehkah kita memimpin sembahyang fardu berkenaan walaupun ketika itu, kita sedang mendirikan solat sunat?
Jika berhadapan dengan keadaan tersebut, Kita tidak perlulah memberitahu orang yang dibelakang kita supaya jangan mengimamkan kita, janganlah kita membuat isyarat tangan atau tiba-tiba menggeleng kepala untuk memberikan petunjuk kepada orang di belakang bahawa kita tidak boleh mengimamkan solat mereka.


Sebenarnya kita teruskan saja solat yang kita sedang kerjakan, tidak ada masaalah, selepas kita selesai solat, kita langsung bangun biarkan dia meneruskan solatnya jika dia masih kekurangan satu rekaat lagi atau sebagainya, kita yang sudah selesai ya selesai tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
“Bagaimanapun keadaanya samada orang mengimamni kita atau kita mengimamni orang lain ketika solat sedang berlaku, walaupun yang diangkat menjadi imam hanya solat sunat, dari segi ibadahnya, kedua-dua solat itu akan diangkat dan diterima oleh ALLAH SWT berteraskan niat tadi. Jika dilihat, baik solat sunat mahupun fardu, kedua-duanya mempunyai bacaan dan rakaat yang sama,”


Dalam keadaan kedua iaitu melibatkan makmum masbuk yang terlewat mengikut imam serta perlu menambah bilangan rakaat yang tertinggal. Ketika sedang menyudahkan solat, kemudian secara tiba-tiba ada orang datang di belakang, lalu menepuk bahu atau mahu kita mengimamkan solat fardunya.
Kejadian dimana seorang yang sudah terlewat kekurangan satu rekaat namun diikuti pula olih orang lain yang juga datang lewat, maksudnya saling sambung menyambung sesama yang terlewat mengerjakan solat berjemaah, sebenarnya bolih bolih saja berbuat begitu.


Ada sebilangan ustad mahupun juga pendakwah menegaskan, para ulama menyebut bahawa orang yang hendak menjadikan kita imam itu sah solatnya, tetapi makruh hukumnya berbuat demikian.


“Justeru, dinasihatkan agar kita membentuk satu lagi jemaah baharu, andai tidak pasti solat yang didirikan oleh orang di hadapan kita. Itu adalah lebih baik,”.


Jika tiada sesiapa lagi untuk solat berjemaah, solatlah bersendirian, jika belum memahami, segera bertanyakan kepada ustad-ustad atau imam yang lebih tahu, gunakan perhubungan watsap dan sebagainya.



No comments: