November 21, 2023

NIK ELIN ZURINA BT NIK ABD. RASHID

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


KESOMBONGAN BERILMU


*SURAT TERBUKA UNTUK NIK ELIN ZURINA BT NIK ABD. RASHID & TENGKU YASMIN NATASYA BT TENGKU ABD RAHMAN SERTA SEMUA UMAT ISLAM & IBU AYAH YG AMAT MEMILUKAN...*


Amat menyedihkan kita semua.. dibulan menyambut kemerdekaan daripada cengkaman penjajah barat ini.. Negara dan umat Islam di negara ini.. entah sudah kali keberapa digemparkan dgn satu lagi kes mencabar undang-undang Islam (penguatkuasaan) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) 2019 Kelantan..


Apa yang lebih menyedihkan cabaran itu dibuat olh dua orang perempuan yang beragama Islam yang dikatakan berasal dari negeri Kelantan, negeri yang digelar dengan 'serambi Mekah' sejak zaman kegemilangan ilmu & ulamanya seperti Tok Kenali, Tok Pulai Chondong dan lain-lain lagi diseluruh pelusok Nusantara ini.


Di sini ingin diingatkan beberapa perkara khususnya kepada dua orang perempuan Islam yang mencabar keabsahan undang-undang syariah ini :

  • 1. Wahai Nik Elin Zurina Bt. Nik Abd. Rasyid & Tengku Yasmin Bt. Tengku Abd. Rahman.. nama kamu berdua memang senonim dengan nama anak jati negeri Kelantan..tetapi malangnya peribadimu tidak menggambarkan keilmuan ilmu agama yang ada pada kebanyakkan orang Kelantan..

  • Sedarilah..kamu berdua pada hakikatnya *bukanlah mencabar EJKS Negeri Kelantan@Majlis Agama Islam Negeri@Jabatan Agama Islam negeri tetapi hakikat sebenarnya kamu *sedang mencabar undang2 Allah SWT yang menciptakan kamu dan kedua ibubapa kamu!*


  • 2. Bangga sangatkah kamu dengan undang2 barat yang kamu pelajari dari barat itu hingga *TERGAMAK* kamu mencabar undang-undang Allah??!

  • 3. Ingat...hidup kamu di dunia ini dengan pinjaman nyawa dari Allah.. makanan yang kamu makan dari Allah.. air yang kamu minum itu dari Allah.. bahkan otak kamu yang kamu gunakan untuk mencabar undang-undang Islam itu jugak adalah pinjaman daripada Allah!! *Tidak malukah kamu hidup di atas dunia ini dengan menumpang teduh dari rahmat Allah*.. tiba-tiba TERGAMAK KAMU *MENCABAR UNDANG2 ALLAH??!*

  • 4. Apa jua *penghujahan kamu untuk mencabar undang-undang ini* hanyalah sejuta helah dan alasan kamu sahaja.. tetapi kamu sedar atau tidak kamu sedang mencabar Allah yang pinjamkan buat sementara ilmu dan nyawa yang kamu miliki sekarang!!!

  • 5.*Wahai ibubapa sekalian..* sedarilah betapa pentingnya ilmu agama diberikan sejak kecil lagi kepada anak-anak kita.. inilah kesan dan akibatnya apabila didikan agama diabaikan.. *akhirnya anak2 org Islam sendiri yg mencabar agama dan tuhan yang disembahnya!*

  • 6. Berjayanya barat dalam *penjajahan fikiran* kepada anak-anak umat Islam.. mereka *bersorak dan bertepuk tangan* sekarang, kerana kerja-kerja mereka telah diambil alih olih anak didik mereka daripada kalangan anak-anak orang Islam sendiri!

  • 7. Wahai ibubapa sekalian.. selain didikan agama yang mencukupi lebih-lebih lagi dalam berdepan dengan arus dunia yang semakin ganas ini.. betapa pentingnya juga *doa drp kedua ibubapa* agar anak-anak kita dipelihara daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan seperti ini, apabila *tergamak mencabar undang2 Allah* di muka bumi, milik Allah ini..

  • 8. Marilah seluruh umat Islam untuk terus *bersolidariti bersama degan solat hajat dan doa yang berterusan* agar Allah SWT mentaqdirkan sesuatu yang terbaik sama ada kpd mereka berdua & mematahkan segala perancangan jahat musuh-musuh Islam yang tidak tega melihat Islam terus subur di negara kita tercinta ini.

  • 9. *BERSATULAH wahai umat Islam*.. ketepikan sentimen-sentimen yang sempit dan merugikan kita! kerana bila kita semua bersatu atas asas agama.. PASTI Allah SWT akan menjaga dan membantu kita semua..khususnya dalam menghadapi segala dakyah & perancangan jahat musuh-musuh Islam!!!

  • 10. *SEBARKAN SURAT TERBUKA INI SELUAS2NYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI NEGARA INI AGAR PESANAN INI SAMPAI & BERGUNA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM..IBUBAPA, PEMERINTAH, PENGAMAL UNDANG2 & SELURUH RAKYAT BIASA WALAU BERADA DI MANA SAHAJA.*
  • darpada : *Hamba Allah yg terluka*








    Terima kasih! Jumpa lagi


    Baca Lagi Kesah Fidah!




    catatan orang kampung

    Coretan setiap hari
    Weblog xaturen

    Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

    ⬆ scroll keatas ⬆


    No comments: