April 10, 2024

SELAMAT HARI RAYA 2024

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء




*ASSALAMUALAIKUM WBT* *Selamat Hari Raya* *Aidilfitri 2024M/1445H.*


*‎تَقَبَّلَ اللهُ مِنَا وَمِنْكُمْ. صالح الاعمال مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ كُلُّ عام وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.* 


"Dalam gemerlapnya cahaya bulan purnama dan diiringi oleh senyuman kegembiraan, mari kita bersama-sama menikmati kemanisan momen ini."


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan dan rakan.Di musim yang penuh dengan kehangatan dan kebersamaan ini,


Mari kita saling berkongsi kasih sayang dan kegembiraan. Maaf zahir dan batin jika ada kata-kata atau tindakan yang tidak menyenangkan di masa lalu.


Semoga setiap langkah kita dihiasi dengan ketulusan hati dan keikhlasan dalam menerima maaf serta memaafkan.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024M.


Semoga kebahagiaan dan keberkatan sentiasa menyertai perjalanan hidup kita semua.


*cerita orang kampung.*









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

hendak karam ditimba jua
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


April 04, 2024

BAZAR RAMADHAN PONTIAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Setelah sekian lama tidak update blog, bukan ada masaalah apa pun, hanya tidak ada apa yang hendak diupdatekan, dengan cuaca semakin panas setiap hari membuatkan semanggat untuk menulispun ikut kering dan kekurangan.


Selain masaalah negara yang serba menekan baik hal politik perkauman dan situasi ekonomi yang semakin merosot memberi kesan terhadap kehidupan orang kampung seperti saya.


Dua hari lepas saya pulang ke Pontian untuk menyambut Hari Lebaran disini. Jadi petang tadi saya mengambil sedikit masa untuk membeli beberapa juadah berbuka puasa. Keadaan Bazar di Pontian ini sepertinya berkeadaan tenang sahaja. Jelas aktiviti pengunjung sangat berkurangan. Apapun saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dimuatkan diruangan ini.


Masih ada lebih kurang seminggu lagi kita berpuasa, saya ucapkan selamat berpuasa, semoga amalan kita diterima Allah.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

hendak karam ditimba jua
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆