July 26, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera Semua Ya...

Semoga kedatangan Syawal memberi himpunan kecerian,serta alaf baru dalam kehidupan anda, didoakan agar semua akan mendapat kejayaan dan kemenangan dalam semua bidang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada anda sekalian..

iklas dari, xaturen.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

March 21, 2014

Sedih Bila Dapat BR1M 2014

Assalamualaikum...

Salam sejahtera.

Diharap anda semua ok ok sahaja ye..!

ermm... Ni nak cerita sikit ni, pasal BR1M 2014 ini.  Alhamdulillah akhirnya ada rakyat yang sudah menerima BR1M untuk tahun 2014 yang dinanti-nantikan dengan sabar..

Ada kalangan rakan yang senyum lebar bila diumumkan pemberian tersebut. Ada yang berjanji untuk membelikan basikal untuk anak kesekolah, ada yang berjanji dengan isteri untuk menebus barang kemas yang sudah bertahun membayar bunga sahaja..!

Yalah suka hati penerima hendak buat apa dengan duit BR1M itu, asalkan tidak menggunakan dengan cara yang salah, itu duit satu keluarga jadi gunakan untuk kepentigan ahli keluarga...

Dalam pada itu ramai juga masam-masam manis bila menerima duit itu..! Kenapa..? Sudah dapat duit kenapa masam pula..? Sebabnya mereka hanya dapat RM450 sahaja.. sedihnya... hendak menjerit-jerit pun umo sudah tua.. alahaiii.. sedih bebenor le pak cik mak cik tu semua... tidak diketahui pulak apa sebabnya mereka ini hanya dapat RM450..! 

Cakap kata hendak bagi RM650... tapi kenapa pulak sudah turun jadi RM450...? Sedih sangat le dia tu.. sebab dalam fikirannya dia sudah 'lock' akan dapat RM650.. rakan sekerja yang tinggal dikampung berdekatan dapat pulak RM650, bezanya dia tinggal ditaman perumahan. Mungkin itu sebabnya dia hanya dapat RM450. walhal kehidupan lebih susah dari rakan yang ada rumah kampung..! macam mana ni..? tinggal kawasan perumahan semua hendak dibayar..! 

Walaupun duit itu 'free' saja.. tapi berilah seperti yang dicakapkan dahulu.... cakap tidak serupa bikin katanya.. Ini bukan pasal ungkit bab undi..! memang dia ahli umno seumur hidup. Katanya dia akan tetap sokong Barisan kerajaan.. apahal pulak rakan yang terang-terang pebangkang gitu mudah dapat RM650...!

Yang sangat dia sedih tu, masa ambik cek itu hari, ada bukan melayu yang datang pandu kereta camry.. altis.. civic.. pun dapat RM450 juga..!!  Ini bukan kata resis pulak.! Bagaimana pebantu BR1M berkenaan menilai rakyat dalam pemberian BR1M ini..? Lebih baik tak payah bagi langsung duit brim tu.. kalau dapat pun menyakitkan hati saja.. Lebih baik duit peruntukan tu buat beli peluru berpandu ke.. kereta kebal ke.. bolih juga mempertahankan negara takde siape yang sakit hati...

Marajuk benarlah rakan-rakan kita tu.. ermm.. apa nak dikata.. jika pemberian sebegini masa hampir megundi alamat kata jadi nasi jadi bubur kangkung le..

Bagi mereka yang dapat BR1M RM650 bersyukurlah.. apalagi mereka yang selama ini tidak segan silu mengutuk kerajaan..!  Dan bersyukur juga pada yang dapat RM450 walaupun anda penyokong setia kerajaan. Jangan berkecil hati walau berapa pun anda dapat, teruskan memberi sokongan pada BN.

Ok. Salam satu Malaysia.

Wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

June 21, 2013

Janda Yang Setia Menanti Bekas Suami.

Assalamualaikum... salam ceria selalu.

Haa... kali ada cerita sedih!

Kesah Janda Yang Setia Menanti

ini adalah kesah benar! Ianya mungkin juga berlaku didalam kalangan dikalangan orang sekeliling kita atau didalam kejiranan kita.

Bagaimana hendak dimulakan cerita

yang diceritakan kepada kawan saya dan saya berada disebelahnya? dan saya cuba mengigati kembali perbualan mereka dan memaparkan disini, semoga anda faham dengan penulisan saya ini.. ha. ha. ha...

Sebenarnya kawan saya ini

lebih berumur dari saya, kami pun sudah lama kenal.. satu kampung... dia saorang duda, dan dalam rencangan untuk mengenali bakal isterinya, yang akan diperkenalkan olih janda yang jadi cerita ini. Saya temankan duda, dan Makcik janda itu dengan wanita yang hendak disatukan dengan duda kawan saya, kami berempatlah..

Ok, nama Makcik ini Salbiah,

orangnya pun sudah berumur.. sudah pencen pun, dulu dia bekerja sebagai saorang Guru atau Pendidik dibanyak tempat dan akhirnya dia bertemu jodoh dengan seorang Pendidik juga.

Pada awal perkahwinan dia

dengan suaminya keadaan masih lagi aman dan tenteram. Namun setelah mereka dikurniakan dua orang cahayamata perubahan didalam kerukunan rumah tangga mereka telah melanda.

Bagaimana perubahan bolih berlaku?

Makcik itu bersuara dengan perlahan dengan menyalahkan diri dia sendiri juga, dahulu semasa masih lagi muda dan bertenaga dia kurang memahami erti kesunyian, sekarang dia sudah pencen serta kedua anak-anaknya sudah berkeluarga sendiri. Dia kesaorangan meniti hari yang tersisa!

Ketika inilah dia merasakan

sangat sunyi kehidupannya, masa bersama suami dikala itu dia kurang memberi perhatian kepada suaminya, dia juga sering mengarahkan bekas suaminya membuat itu dan ini. Walhal suaminya dahulu tidak berapa suka cara yang dilakukan olih isterinya, namun suami dia itu hanya bersabar.

Walau bagaimanapun sampai bila kah seorang suami yang mempunyai banyak ruang bergaul dengan ramai wanita itu, bolih bersabar?

Tidak lama selepas berpisah

suaminya kawin lain, juga dengan seorang Guru, dan mereka telah berpindah ke-utara tanah air dan menetap disana. Pulang ke kampung suami.

Sebenarnya Makcik Salbiah

masih sayang dan sangat sayangkan bekas suaminya sejak dari dahulu sampai sekarang, buktinya dia masih menjanda sampai saat ini! dan dia sejak dari mula berpisah sentiasa berdoa kepada Allah supaya suaminya 'sejuk hati' dan kembali kepadanya semula.

Dia juga berasa sangat menyesal

kerana menurutkan rasa hatinya ketika itu, iaitu tidak sekali-kali berusaha bersemuka kembali dengan bekas suaminya dan bermohon kemaafan dan supaya mereka dapat hidup bersama kembali. Katanya dia tidak kesah ditinggalkan suami, kerana dia bolih hidup tanpa lelaki iaitu dia bolih berdikari kerana dia mempunyai pekerjaan tetap sebagai Pendidik serta mampu menyara kehidupan sendiri.

Dik kerana tumpuan kepada pekerjaan

serta keluarga, masa bergerak pantas tanpa disedari! alih-alih sedar sekarang usia semakin lanjut, dan dia benar-benar kesunyian dan sangat merindukan bekas suaminya. Memang katanya dia tidak pernah membenci Suaminya, malah masih sayang sejak dulu lagi.. mungkin kerana ego-nya berlebihan dia tidak berusaha untuk memujuk suaminya satu ketika dahulu.

Kiranya sekarang dia

mempunyai segala keperluan, rumah, kereta serta sedikit tanah kebun dan beberapa buah rumah sewa, namun itu semua tidak memberi apa-apa erti kerana dia merindukan bekas suaminya.

Dalam usia yang begini

dia tidak terniat untuk kawin lain melainkan jika bekas suami sudi kembali kepadanya dan dia sangat bersyukur dan itulah harapannya sehingga akhir nanti.

Sedihlah saya mendengar cerita dia, terasa ingin mencari bekas suaminya untuk ditemukan mereka berdua walau cuma sebentar.

Saya terfikir apakah masih ada lagi bekas suaminya diutara sana? atau bagaimana?

Sekian, wassalam.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


June 20, 2013

Jerebu Melanda Pelabuhan PTP.

Assalamualaikum...

Salam bahagia selalu...!

Nampaknya kita tidak bolih elak dari menyedut udara tercemar dengan Jerebu! Siapa yang mungkin bekerja didalam banggunan atau didalam pejabat tentu kurang sedikit menyedut udara Jerebu.

Agak mustahil anda hanya duduk terperap disitu saja, tentunya anda akan keluar dari tempat itu juga, untuk apa-apa urusan atau datang dan kembali kerumah!

Banyak kawasan yang terlibat dengan cuaca Jerbu ini, begitu juga dengan Kawasan Pelabuhan PTP ini. Cuaca walaupun sudah pukul dua belas tengah hari, namun kelihatan seperti waktu pagi. Matahari suram sahaja kerana cahayanya tidak dapat menembusi ketebalan Jerebu.

Jika sesiapa demam selsema, semakin seksalah jawabnya! sebab memang Jerebu sangat teruk melanda dikawasan ini.

Okeys... yok kita layan gambar-gambar Jerebu ini, semoga jumpa lagi.

Sekian, wassalam.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



June 15, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas [PTP] Kerja-Kerja Tambahan 2013.

Assalamualaikum...

Salam ceria semua yang kebetulan tersinggah disini!

Setiap hari kerja berterusan tanpa mengira panas dan hujan. Panasnya hingga tidak terkata! sebab itu kebanyakan pekerja yang bekerja buruh disini adalah dari luar negara.

Bilangan tenaga buruh tempatan adalah amat kurang, mungkinkah disebabkan mereka tidak tahan panas atau kerana imbuhan terlalu rendah! Tidak pasti pulak apakah sebab kurang pekerja buruh tempatan yang bekerja disini.

Hanya mereka sahaja yang tahu sebabnya, inilah.. kekadang itu, banyak peluang pekerjaan seperti ini sepatutnya diutamakan penduduk tempatan, akan tetapi sebaliknya pekerja luar yang disanjung dan dibayar gaji hampir sama dengan gaji penduduk tempatan.

Bila pembesar melaungkan perojek besar akan dilaksana dan memberi beribu peluang pekerjaan, namun yang sebenarnya hanya segelintir saja yang mendapat peluang bekerja disini, selebihnya dibolot olih pekerja dari luar negara.

Erm.... apa nak buat!!

Kebanyakan syarikat pembinaan yang ada, mereka lebih suka menggajikan pekerja luar negara, daripada anak-anak tempatan.

Seperti PTP ini, kekadang kerenah pentakbiran keselamatan dipintu masuk 'B' untuk kekawasan pembinaan ini pun satu kesilapan kerana mereka tidak membenarkan orang 'Tempatan' untuk memasuki dan meminta pekerjaan didalam sini!

Pernah terjadi kepada saorang penduduk tempatan memohon 'Pas sementara' untuk memasuki kawasan pembinaan, tetapi dihalang olih petugas wanita yang begitu sombong sekali dengan keras tidak membenarkan, alasanya tempat tersebut merbahaya!

Sedangkan semua syarat telah dipenuhi, seperti meletakan 'Lesen Memandu' nama Syarikat Pembinaan Tersebut pun telah diberitahu.

Nampak sangat 'Pengawal Keselamatan Wanita' tersebut tidak berhati perut! sedangkan Pak Cik berkenaan berhasrat untuk mendapat kerja disitu untuk menyara keluarganya. Tidakkah 'Pengawal Keselamatan Wanita' itu mengatahui ada beratus-ratus pekerja warga asing didalam tapak perojek situ? Sepatutnya benarkanlah Pak Cik itu masuk berjumpa dengan 'mandor' seperti yang diberitahu rakan Pak Cik itu.

Jika hendak menjaga keselamatan pun gunakanlah budi bicara yang cerdik sikit... kecualilah Pak Cik itu kelihatan seperti pembunuh upahan, wajib dihalang. Membawa senjata atau sebagainya yang mencurigakan!!

Maka biliklah Pak Cik itu dengan 'Hati' yang kecewa, bukan kecewa tidak dapat kerja! tetapi sangat kecewa dengan sikap/perangai 'Pengawal Keselamatan Wanita' yang tidak mempunyai belas kasihan kepada dirinya anak tempatan.

Dalam pada itu.. Jangan harap ada syarikat pembinaan Melayu yang turut serta mendapat tender projek-projek pembinaan yang semacam ini. Datanglah lihat sendiri...

Nak kata salah siapa dalam hal ini? rasanya salah orang Melayu juga.....


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!