January 22, 2024

Pedendan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Buah Pedendan atau timun dedang sejenis buah yang sudah jarang ditemui masa sekarang. Kalau masa dahulu memang banyak pokok buah ini, selalunya kita bolih temui ditepi-tepi sungai atau dikawasan yang redup dan lembab. Nasib kita masih baik kali ini, kerana pokok yang ini tumbuh dan berbuah ditepi jalan, sebelah kiri pokok ini adalah kawasan sawah padi kecil yang biasanya dipanghil bendang.


Jika "sawah" padi disebut, adalah satu kawasan tanaman padi yang luas, baru disebut sawah padi yang sejauh mata memandang. Tapi dikiri pokok buah merah ini hanyalah bendang padi kecil sahaja. Disini memang dipanggil bendang sahaja. Bendang dan diikuti nama tempatnya, seperti contoh bendang pelam, bendang seputih, bendang bakai, bendang labu, bendang selarong dan sebagainya.


Buah pedendan ini bila masak berwarna merah memang cantik dan menarik jika sesiapa yang belum mengatahui, mereka akan menyangka buah yang bolih dimakan, sebenarnya buah ini hanya nampak luaran sahaja merah seperti buah yang manis dan bolih dimakan padahal tidak bolih dimakan, binatang seperti monyet dan lotong pun tidak peduli buah ini, mungkin pahit atau beracun, namun dikatakan Burung gagak dilihat memakan buah ini. Saya belum pernah nampak Burung gagak memakanya, hanya kata orang saja.


Buah merah ini disebut disini sebagai Buah Pedendan atau timun dedang ditempat kami ini.
Dari Keluarga : Cucurbitaceae
Nama Luar : Kabalonga, Patolang-gubat, Buap Liam, 五角叶栝楼(Menara Daun Pentagonal)

Bolih juga didapati di Southern China, Taiwan, Indochina, Peninsular Malaysia, Singapore, Indonesia

Pokok pedandan ini tumbuh menjalar atau memanjat dipokok-pokok lain, seperti dalam gambar dia hanya memanjat dipokok besar tersebut.


* * *
Jika Bangla mereka sebut Makal phol, Makal phol digunakan sebagai istilah yang menghina dalam bahasa Bangla untuk menunjukkan seseorang yang cantik tetapi tidak berguna. "Hanya wajah yang cantik." Phol adalah istilah yang bermaksud buah.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


2 comments:

Warisan Petani said...

Sayangnya buah menarik tapi tak boleh dimakan

♥xaturen♥ said...

Bolih lihat bolih pegang tapi jgn dimakan.. haha ~