January 24, 2024

Ayam Jagoh Kampung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Dua ekor ayam bapak ini dipelihara sejak dari kecil, selepas menetas kita terus ambil dan masukan kedalam kotak, semua anak ada tujuh ekor, kita asingkan dari induknya, induknya dilepas bebas. Selepas agak besar lebih kurang sebulan lebih baru kita lepas bebas disekeliling rumah mencari makan. Sebesar itu pun yang berjaya hidup sampai besar macam ini hanya empat ekor sahaja, yang lain entah kemana, hilang dimakan helang rasanya, kalau nak kata mati sakit tidak pulak ada bekasnya. Jadi sejak kecik kita pelihara dalam kotak.


Yang satu betina dah pun bertelur, tinggal yang jantan ini tiga ekor, dua ada dirumah, yang sekor dah seminggu berjalan kerumah jiran jumpa betina lain sampai dah tak tahu jalan balik. Sesekali nampak juga kelibat dia dirumah jiran bukan main lagi dia disana! kalau nampak kita cepat-cepat dia lari menjauh tahu takut dibawak balik.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


2 comments:

Syazni Rahim said...

Ayam yang cantik

♥xaturen♥ said...

Terima kasih, atas kunjungan tuan.