جزاكم الله خيراالجزاء
Bila bercakap yang benar
selalu tidak disukai,
didalam FB beliu, ramai orang
berkoment nagetif terhadap beliu.
Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata didalan FB miliknya.
Kenapa speaker tidak perbetulkan di Parlimen penggunaan kata-kata, Kerajaan Madani, Kerajaan Muhyiddin, Kerajaan PH, Kerajaan PN dll….
Penggunaan kata-kata di atas, ternyata amat salah dan bercanggah dengan undang-undang. Istilah pun bukan, konsep pun, apa nama yang perlu diberikan pun tidak tahu.
Seperti yang saya katakan minggu lalu, Kerajaan adalah Kerajaan, kita hanya ada satu Kerajaan, sama ada ia dikatakan dengan negara, negeri atau tempatan, Kerajaan Malaysia, Kerajaaan Negeri, Kerajaan Tempatan. Semua kerajaan berdaulat ini, ia mempunyai kuasa, dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap orang lain atau mempertahankan haknya.
Sebab itu, penggunaan konsep kerajaan mesti digunakan dengan betul, jangan sampai ia bertentangan dan bercanggah dengan undang-undang.
Kerajaan Malaysia tetap Kerajaan Malaysia, ianya berdaulat. Tidak adalah ada istilah Kerajaan Muhyiddin seperti yang disebut oleh seorang ahli parlimen ultra kiasu semalam. Hari ini, wakil rakyat Tanjung Malim, sebut Kerajaan Madani.
Peliknya, speaker pun tidak menegur. Speaker juga tidak faham asas ilmu politik. Inilah akibatnya apabila orang politik atau wakil rakyat tidak mengikuti kursus asas sains politik. Justeru, sudah sampai masanya, wakil rakyat diberikan kursus asas politik, supaya perkataan yang digunakan, betul dan tepat, tidak menjadi bahan ketawa dunia.
Bila sebut Kerajaan, sebutlah Kerajaan Malaysia. Jika dirujuk kepada PM yang memerintah ketika itu, sebutlah Kerajaan Malaysia ketika dipimpin oleh PM Muhyiddin misalnya, atau dipimpin oleh parti yang memerintah atau ruling partu seperti PH atau PN atau BN.
Dalam konteks hari ini, oleh Madani itu adalah tag line kerajaan hari ini, maka sebutlah, Kerajaan Malaysia Madani atau kerajaan Malaysia yang menjunjung Madani.
Sebutlah nama Kerajaan Malaysia, kerana ia berjalan seiringan. Tidak boleh dipisahkan, walau apa pun sekali terjadi. Tidak ada yang akan mempertikaikannya. Jika hendak ditambah juga, sebutlah Kerajaan Malaysia madani. Jangan langsung tidak menyebut Malaysia. Kita hanya satu kerajaan iaitu kerajaan Malaysia, bukan kerajaan Madani. Jika terlalu obsess sangat sebutlah kerajaan Malaysia Madani.
Ketika Najib memerintah dahulu, tag line 1Malaysia digunakan, saya tidak pernah dengar ada wakil rakyat sebut, kerajaan 1Malaysia. Lagu 1Malaysia pun, kita 1bangsa, 1negara, kita 1Malaysia. Jika disebut ketika itu kerajaan 1Malaysia, pasti saya tegur. Begitu juga ketika zaman Pak Lah, membawa tag line, Islam Hadhari, saya tidak pernah dengar dia sebut Kerajaan Islam Hadhari. Justeru, gunalah apa juga perkataan dengan betul. Kerajaan Malaysia, selepas itu tambahlah apa kamu mahu.
Saya mohon kepada speaker, tegurlah perkara asas ini jika kamu benar-benar seorang speaker. Jika tidak, jawatan itu tidak mencermin jawattan kamu sebenar.
Apa pula pendapat anda berkenaan isu ini?
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
McLaren Artura
Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas
Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023
Pantau Keadaan Ternakan Kerang
Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit
Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar
2 comments:
Saya bersetuju dengan tegurannya.
Memang ada benarnya apa yg beliu tegur itu, semoga kita semua selamat.
Post a Comment