September 02, 2023

Tip Untuk Melahirkan Anak-Anak Yang Berjaya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Tip untuk melahirkan anak-anak yang berjaya.

Khas bagi ibu bapa muda atau sebagai bacaan biasa untuk masa lapang.

Semua ibu bapa mengimpikan anak mereka membesar menjadi anak yang baik dan berjaya didalam kehidupan.

Anak-anak selalu di ibaratkan sehelai kain putih, terserahlah kepada ibu bapa bagaimana mencorakan diri dan kehidupan mereka dimasa akan datang.

Apa sahaja, kalau hanya sekadar mengharap sahaja tidak akan memberi apa-apa keputusan pun.

Ibarat kita menanam anak pokok buah-buahan, kalau sekadar korek lobang dan tanam sahaja belum tentu akan berbuah lebat dan bagus. Kita mesti membuat jagaan terus menerus supaya tanaman tidak rosak dan mati.

Misalnya meracun membersih anak pokok dan meletakan baja yang sesuai, dari masa kesemasa supaya pembesaran pokok tidak terbantut dan akan membuahkan basil yang banyak.

Samalah juga dengan anak-anak yang kita lahirkan. Tugas ini sangat berat untuk dilaksanakan, Akan tetapi ianya akan menjadi ringan jika kita tahu tujuan asal kita.

Semua orang ingin anak berjaya dalam kerjaya dan kehidupan, begitu juga tujuan asal kita, Kita juga ingin anak kita berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.!

Sangat beruntung jika kita mempunyai anak-anak yang semulajadi berwawasan tinggi dengan bercita-cita besar. Kerana anak-anak ini akan berusaha belajar sendiri dan mereka membesar menjadi anak yang berjaya.

Jika tidak, kita mestilah berusaha mencari masa untuk mengajar mereka apabila mereka kembali dari sekolah.

Usaha untuk mengajar ini tidak keterlaluan jika ianya bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Dan kita tanpa jemu berusaha mendampingi dan mengajar mereka sesuai dengan peringkat usia mereka.

Kita wajib wawasan untuk anak bila mereka berusia 20 tahun akan datang, siapakah dia anak kita itu 20 tahun akan datang! Cuba bayangkan keinginan kita untuk melihat anak kita 20 tahun akan datang! Siapa kah dia?

Tip nya itu la, kita mesti mahu tahu kemanakah arah yang hendak kita halakan anak kita, berada dimanakah dia bila dewasa nanti? pekerjaan apakah yang kita suka dan sukalah kita jika anak kita dewasa nanti bekerja sebagaimana impian kita.
Mahu anak kita berjaya kita kena keraskan semanggat untuk sentiasa tetapkan masa setiap hari menemani serta mengajar anak kita selepas pulang dari sekolah atau sebelah malamnya.
Tetapkan masa dua jam setiap hari untuk menemani, mengajar mengulang kaji palajaran yang diajar disekolah supaya mereka lebih cepat memahami pelajaran yang diajarkan di sekolah.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments: