جزاكم الله خيراالجزاء
Komander (B) Shaharul Amir Omar, salah seorang mangsa nahas pesawat Elmina, telah mengambil banyak selfies semasa berada di dalam pesawat sebelum tragedi itu, kata adik bongsunya.
Norsyahirah Omar, 29, berkata, perkara itu jarang dilakukan oleh arwah abangnya yang berusia lenkongan 49 tahun.
Abang jarang berkongsi begitu banyak selfies sebelum ini dalam Whatsap keluarga kami.
"Dia selalunya menghantar gambar-gsmbar tempat yang dilawatinya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Desa Manjung Raya di Manjung di sini.
"Mungkin dia tahu masanya akan berakhir," tambahnya.
Sepuluh orang terbunuh selepas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie kira-kira jam 2.50 petang Khamis (17 Ogos).
Dua anak kapal dan enam penumpang - termasuk pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, perumahan, alam sekitar dan teknologi hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun - terbunuh dalam tragedi itu.
Semalam:
• Seorang rider makanan sedang menunggang motorsikal membawa sup yang dipesan oleh pelanggannya.
• Seorang anak bongsu selalu mengucapkan kata-kata, “adik sayang mama…” setiap kali menelefon ibunya.
• Seorang pemandu e-healing telah menolak permintaan pelanggan yang mahukan khidmatnya. Satu jam sebelum itu dia masih sempat bergurau dengan isterinya tentang luka di mukanya. Dia juga beri anaknya simpan gambarnya buat kenangan.
• Seorang Adun setelah menang pilihan raya dia disayangi masyarakat di tempatnya berkhidmat.
• Seorang ayah berasa tak sedap hati nak ke Langkawi dan tinggalkan dua orang anaknya yang kurang sihat.
• Seorang juruterbang memberikan nombor telefon isterinya kepada sahabatnya untuk dihubungi kalau ada hal penting.
• Seorang lagi juruterbang yang sudah empat tahun menduda selalu berpesan kepada ayahnya tolong tengokkan anak-anaknya kerana dia mahu kejar pahala atas setiap urusan kerjanya.
• … dan kisah-kisah yang lain.
Hari ini:
Ini antara catatan kenangan yang mengingatkan kita tentang erti perpisahan paling abadi.
.
Tiba-tiba sahaja takdir pahit datang dan semuanya menempuh erti perpisahan paling pedih iaitu berpisah mati.
Sudah tak ada momen bersama-sama dengan semua sepuluh almarhum dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie di Elmina pada 17 Ogos 2023 ini.
.
Oleh itu:
Jika masih ada orang tua keraplah hubungi mereka.
Emak abah selalu tertunggu-tunggu panggilan telefon anak-anak.
Selalulah peluk kuat-kuat orang tersayang, itu mungkin pelukan yang terakhir.
Bergurau dan rajinlah bersembang dengan isteri, suami dan anak-anak kerana jika kematian berlaku, ada kenangan yang manis untuk dikenang.
Selalulah bercakap perkara-perkara baik dengan semua orang, mereka antara yang akan memberi doa selepas kematian kita.
Luangkan masa melakukan banyaknya kebaikan selagi kita dipinjamkan nafas. Kerap lakukan solat berjemaah sekeluarga.
Berilah hadiah dan bersedekah kepada semua yang memerlukan. Ini akan menjadi tanda indahnya pahala dan ukhuwah.
Ambil sebanyaknya gambar dan video, simpan untuk ditatap pada saat rasa rindu datang menerjah.
Jika ada menulis buku dan kisah-kisah kehidupan, ini waktunya dibaca semula setiap tulisan yang telah menjadi sejarah keluarga – kerana kematian berlaku tanpa syarat dan tanpa isyarat.
Ya kerana kita pernah hidup dan kerana kita akan mati. Soal kematian memang tak ada yang tercepat atau terlewat.
Silakan kongsi jika tragedi ini memberi kesan dalam hati tentang pemergian yang tak akan kembali lagi.
Innalillahhiwainalillahirojiunn
.
Yang masih terkejut dengan tragedi ini.
Sri Diah Shaharuddin.
.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
McLaren Artura
Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas
Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023
Pantau Keadaan Ternakan Kerang
Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit
Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar
4 comments:
Takziah utk seluruh keluarga yg terlibat serta didoakan agar arwah mereka semuanya ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲
Insyaallah .. semoga mereka semua ditempatkan bersama orang-orang soleh..aaminn..
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Memang sangat terkesan dengan tragedi ini.
Semoga semuanya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Kita yang masih tersisa di dunia ini, marilah selalu muhasabah diri.
Insyaallah .. semoga mereka semua ditempatkan bersama orang-orang solih. Aaminn.
Post a Comment