جزاكم الله خيراالجزاء
Petua hendak hidup senang dan tenang ini sebenarnya senang saja, cuma kita saja tidak biasa atau tidak terpikir untuk melakukan.
Secara ringkasnya jangan berhutang!
oi.. boss zaman sekarang mana ada orang tidak berhutang? cakap pandai la..
mesti orang akan cakap macam ini kan?
Bukan tak bulih berhutang, bolih tetapi mesti lihat bajet kita setiap bulan.
Ada kah kita ada hutang lain sebelum hendak buat hutang baru, bab ini semua kita sudah tahukan..?
Tetapi kita tidak mahu ikut, jadi kita tidak tenang.. apalagi hendak senang!
Ini saya bukan hendak kata kepada sesiapa tapi kepada diri saya sendiri juga. lebih kurang pengalaman sendiri lah kan..
Baik, yang keduanya kita kena senangkan orang sekeliling kita dahulu.
Biasanya orang akan cakap senangkan diri sendiri dahulu, pedulikan orang lain kan.
Ada betul dan ada salahnya, lihat kepada sejauh mana penglibatan kita terhadap orang itu
Apa sahaja pekara baik yang kita hendak lakukan, kita buat saja, misalnya kerja kebajikan, kerja mencari duit tambahan atau kerja yang dipandang rendah tapi hasilnya halal, jangan pedulikan orang lain.
Ini betul sebagaimana orang lain cakap itu.
Tapi apa yang saya hendak cakap, kalau hendak senang dan tenang, kita mesti tenangkan dan senangkan orang lain dahulu,
wah... macam ini susah lah, bila saya hendak senang dan tenang, kalau selalu saja hendak tenangkan orang lain dahulu!
Baik, contohnya macam ini.
Selalu kalau kita memandu bila sampai dilampu merah, muka masing-masing muncung saja,
apa salahnya toleh kiri kanan dengan ringan, berikan senyuman persahabatan, atau paling tidak buat muka biasa saja.
Jangan buang muka seperti orang lain itu tidak bayar hutang kita 100 ribu,
Cuba tenang dan senangkan orang lain dengan muka manis, cakap lembut, atau apa-apalah bagi orang lain senang.
Secara langsung akan menjadikan kita senang dan tenang, cubalah.. tidak payah modal besar pun..
Sebagai memperkuatkan hujah saya.. ermm.. hujah ke.? okay pendapat saya.
Macam ini, kenapa kita lihat orang cantik lembut kita senang?.
Sebab dia cuba senangkan diri dia sendiri. Dia tenang bila orang lain pandang dia senang.
Tetapi jika ada orang cantik tapi kelihatan bengis dia sendiri tidak tenang, jadi orang lain pun ikut tak senang.
Sama juga bila lelaki lihat lelaki handsome dan tutur katanya sopan, aduiyai... hendak guna pen bolihnya pakai pensel.!!
Ya.. hati kita senang sebab abang hendsome cuba tenang diri dia sendiri dengan menyenangkan orang lain.
Jangan pulak cakap aku ini tidak cantik tidak handsome mana bolih buat, tidak,
Pekara cantik atau hendsome bukan benda tetap, dia berubah rubah mengikut pandangan masing-masing.
Ini hanya contoh sahaja bagaimana peranan kita menyenangkan orang lain dahulu , baru kita dapat senang dan tenang.
jumpa lagi...
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
2 comments:
Ya, senyum tu kan sedekah. Kalau kita senyum, mesti orang lain pon akan tersenyum sama
Memang senyum itu cara sedekah yg paling mudah, tp org kurang bagi perhatian..
Post a Comment