August 17, 2023

Rahsia Kejayaan Kita Adalah Usaha Yang Sesungguhnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Anda bolih berjaya, ramai yang telah berjaya, ramai yang baru berjaya dan ramai lagi yang sedang menuju kejayaan dan akan berjaya, jangan lupa letakan nama anda juga dalam senarai orang yang berjaya.

Tip atau cara bagaimana untuk mencapai apa-apa yang kita cita citakan adalah dengan berusaha bersungguh sungguh tidak kiralah apa saja yang kita cita citakan.

Sesuatu yang kita impikan itu segera berjaya atau tidak bergantung kepada apa yang kita impikan. Misalnya - Aku mahu kaya! tentulah kekayaan itu tidak datang dengan segera! jadi segeralah arahkan kerja keras, hala tuju, kecanduan usaha hanya fokos kearah cipta kekayaan.
Ingat, kenapa jari tangan ada lima, kalau dua tangan ada sepuluh jari. Ini bermaksud ada berbagai cara untuk mencapai impian kita untuk menjadi kaya.

Baiklah, kita jangan pikirkan untuk jadi orang kaya. Pikirkan kita ingin menjadi orang sihat, ya..sama juga, kita ada sepuluh cara untuk menjadi orang sihat.

Baiklah juga, kita bukan fikirkan menjadi orang yang sihat, konon kita sudah sihat. Kita hanya perlukan ketenangan, sama juga ada sepuluh cara untuk menjadi orang yang aman dan tenang, salah satunya kita tenangkan dahulu orang-orang disekeliling kita, kita jadikan kita orang yang paling tenang dan aman untuk dimiliki. Nercaya kita akan menjadi aman dan tenang.

Kita ambil orang-orang yang berjaya sebagai contoh untuk diikuti, kenapa mesti ambil contoh daripada sahabat atau orang-orang yang lemah? ingat! biasanya orang yang tidak berjaya kerana sering mengikuti contoh rakan atau sahabat yang lemah dan tidak berjaya juga.

Ingat baik-baik! jika ada rakan atau sesiapa saja yang cuba menjatuhkan atau melemahkan anda didalam usaha anda untuk mengejar cita-cita, jangan fikir dua kali buangkan mereka dari senarai rakan anda.!

Dan yang paling terpenting! segera berpindah kekelompok tertentu mengikut hala tuju kelompok tersebut. Jika kita impianya begini atau begitu, segeralah berpindah kekelompok atau lengkongan begini dan begitu.

Tidak mungkin anda menjadi orang yang baik, jika anda berada didalam kelompok penjahat! Teruskan bercita-cita untuk menjadikan impian satu kenyataan!

"HENDAK SERIBU DAYA"

HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

No comments: