السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء
Entah macam mana silapnya, dalam pergi berziarah kerumah saudara petang semalam saya dikejutkan dengan sekeping gambar yang ditunjukan kepada saya, saya heran pulak kenapa gambar ini ditunjukan kepada saya?
Saya pun ambil gambar itu dan belek belek, apa yang tak kena dengan orang ini? begitu teruk dia posing sampai atas pokok? ini memang sudah sah ni perangai orang kampung ni!
Dia orang tanya ini gambar siapa? eh mana kita tahu kan.. entah lah... siapa agaknya dan dimana gambar ini diambil, siap kasut setokin panjat pokok!
Siapa yang kenal bolih bantu turunkan dia kesian dia lama dah kat situ tak turun turun..
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء
Dua tiga hari ini fikiran tak tenang memikirkan pederitaan rakyat Palestin ketika ini. Hari-hari dalam media sosial banyak sangat berita tentang kesengsaraan warga Palestin hampir setiap hari Gaza dibom tentera Israel.
Ramai rakyat orang awam Palestine mati dan cedera desebabkan terkena bom-bom besar yang ditembak ke Gaza olih tentera Israel. Kalau dilihat cara pengeboman Israel keatas Gaza memang sengaja Tentera Israel berniat membunuh seberapa ramai orang Palestin di Gaza tentera kerajaan Zionis Israel ini memang zalim dan kejam.
Habis runtuh ranap segala banggunan tak kira banggunan apa, banggunan rumah kediaman ke hospital ke Masjid atau Gereja semua dibom atas dasar atau tuduhan bahawa tentera Hamas berlindung disana, sedangkan yang ramai terkena bom adalah rakyat awam biasa yang tidak berdosa seperti kanak-kanak dan orang tua.
Sungguh yahudi Israel memang jahat melebihi binatang! Kenapa mesti dibom kesemua tempat didalam Gaza sedangkan Gaza itu kawasan kecil, kalau betul-betul berani berperang masuklah serangan darat, serbu semua tempat Hamas, kalau tembak rambang macam mana pun tidaklah seberutal letupan bom-bom besar yang ditembak.
Semua kena bom banggunan awam orang awam semua kena bom, kalau Hamas juga ada bom-bom besar tentu sudah lama Israel hancur sama seperti hancurnya Gaza! Gaza Dan Hamas bukanya tentera sebuah Negara besar, sedangkan Israel Negara haram yang cukup segala tentera dan alatan perang, difikirkan balik memang Yahudi Israel bukan memeranggi Hamas, Hamas hanya sebagai alasan sahaja, yang sebenarnya mereka mahu membunuh seberapa ramai orang Palestin dan melenyapkan terus Gaza!
Ramai orang negara-negara dunia luar menyokong Yahudi Israel atas dasar sentimen agama, tanpa mereka tahu bahawa Yahudi Israel mengebom Gaza bukan kerana agama tetapi kerana Yahudi Israel ingin merebut Tanah Gaza dari orang Palestin. Serangan Hamas hanya sebagai alasan sahaja, kalau setakat serangan Hamas menggunakan paragliding semua anggota paragliding akan mati ditembak asakar Yahudi, sebabnya disepanjang tembok sempadan ada banyak sangat menara penjaga atau menara peninjau yang bersenjata mesingun berat, kenapa paragliding bolih lepas? Jawabnya memang sengaja dibiar lepas, supaya ada alasan tentera Yahudi menyerang Hamas.
Ada juga rakyat negara luar yang kerajaanya menyokong perjuagan Palestin, tetapi rakyat mereka yang bebal menyokong Yahudi Israel sebab mereka terlalu bodoh untuk berfikir, kalau mereka tidak sangat bodoh tentu dapat pikir yang Israel bukan Negara berdaulat atau bermarwah, Israel adalah negara haram! Sama seperti orang kita duduk ditanam haram milik kerajaan, memang bukan hak kita pun, sudahlah merampas hak orang, hidup bongkak dan sombong!
Semoga orang-orang yang menyokong Israel cepat sadar, bahawa sokongan mereka itu salah.
Ketika kita megerjakan solat sunat, ada orang lain dibelakang mahu
jadikan kita imam sembahyang fardu, apa perlu dilakukan?
disini disediakan penerangan yang lebih jelas pekara tersebut, semoga ada
kebaikan dan manafaat bagi kita semua.
CARA MENGHADAPI MASAALAH YANG SERING MENJADI PERTANYAAN
Adapun imam mahupun makmum, kedua-dua mereka sudah pasti tahu peranan dan
pergerakan masing-masing ketika menunaikan solat secara berjemaah. Seperti
kita yang awam ini memang tahu semua perihal megerjakan solat bersendirian
atau mengikuti imam.
Sembahyang yang didirikan secara bersama-sama itu lazimnya hanya
melibatkan satu jenis solat sahaja sama ada ibadah fardu atau sunat. Itu
semua memang kita faham hanya ada ketika kita jadi bingung mencari pasti
sesuatu pekara. Terutama pekara yang jarang-jarang berlaku ketika kita
sedang mengerjakan solat, seperti bagaimana menjadi imam kepada orang
lain dipertengahan solat, atau ingin menjadi makmum kepada orang lain
yang sedang solat.
Mudah kata, makmum pada kebiasaannya kita akan menunaikan solat fardu
bersama imam yang turut menunaikan sembahyang berkenaan ketika itu. Ini
yang sering kita lakukan iaitu melakukan solat berjemaah bersama imam
dari awal takbir.
Namun adaketikanya dek kerana pahala berjemaah yang lebih besar
berbanding solat secara bersendirian, ada individu tidak sanggup
melepaskan peluang tersebut. Pantang melihat ada orang lain sembahyang
sendiri, laju sahaja langkahnya untuk berdiri di belakang individu
tersebut, lalu menjadikannya sebagai imam.
Adakalanya perkara tersebut berlaku kepada diri kita sendiri. Ketika
sedang mendirikan solat sunat ba’diyah Zuhur misalnya, tiba-tiba ada
orang berdiri di belakang untuk menjadikan kita imam solat fardunya. Apa
yang kita perlu lakukan.
Dalam situasi tersebut, bolehkah kita memimpin sembahyang fardu
berkenaan walaupun ketika itu, kita sedang mendirikan solat sunat?
Jika berhadapan dengan keadaan tersebut, Kita tidak perlulah memberitahu
orang yang dibelakang kita supaya jangan mengimamkan kita, janganlah
kita membuat isyarat tangan atau tiba-tiba menggeleng kepala untuk
memberikan petunjuk kepada orang di belakang bahawa kita tidak boleh
mengimamkan solat mereka.
Sebenarnya kita teruskan saja solat yang kita sedang kerjakan, tidak ada
masaalah, selepas kita selesai solat, kita langsung bangun biarkan dia
meneruskan solatnya jika dia masih kekurangan satu rekaat lagi atau
sebagainya, kita yang sudah selesai ya selesai tidak ada apa yang perlu
dirisaukan.
“Bagaimanapun keadaanya samada orang mengimamni kita atau kita
mengimamni orang lain ketika solat sedang berlaku, walaupun yang
diangkat menjadi imam hanya solat sunat, dari segi ibadahnya, kedua-dua
solat itu akan diangkat dan diterima oleh ALLAH SWT berteraskan niat
tadi. Jika dilihat, baik solat sunat mahupun fardu, kedua-duanya
mempunyai bacaan dan rakaat yang sama,”
Dalam keadaan kedua iaitu melibatkan makmum masbuk yang terlewat
mengikut imam serta perlu menambah bilangan rakaat yang tertinggal.
Ketika sedang menyudahkan solat, kemudian secara tiba-tiba ada orang
datang di belakang, lalu menepuk bahu atau mahu kita mengimamkan solat
fardunya.
Kejadian dimana seorang yang sudah terlewat kekurangan satu rekaat namun
diikuti pula olih orang lain yang juga datang lewat, maksudnya saling
sambung menyambung sesama yang terlewat mengerjakan solat berjemaah,
sebenarnya bolih bolih saja berbuat begitu.
Ada sebilangan ustad mahupun juga pendakwah menegaskan, para ulama
menyebut bahawa orang yang hendak menjadikan kita imam itu sah solatnya,
tetapi makruh hukumnya berbuat demikian.
“Justeru, dinasihatkan agar kita membentuk satu lagi jemaah baharu,
andai tidak pasti solat yang didirikan oleh orang di hadapan kita. Itu
adalah lebih baik,”.
Jika tiada sesiapa lagi untuk solat berjemaah, solatlah bersendirian,
jika belum memahami, segera bertanyakan kepada ustad-ustad atau imam
yang lebih tahu, gunakan perhubungan watsap dan sebagainya.