September 24, 2023

Harga Beras Naik Mendadak Menjadi Modal Buah Mulut Politik Kampung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Sebagai penduduk kampung kenaikan harga barang memang sakit betul, apa lagi harga beras, beras ini seperti semua kita tahu ia adalah bahan utama untuk hidangan makan tengah hari dan malam, kalau tidak ada beras tidak ada nasi, selagi tidak makan nasi, walau sudah makan mee bihun roti dikira masih tidak makan, bila sudah makan nasi baru lah dipanggil makan tengah hari!

Bagi yang mempunyai anak ramai dan masih bersekolah, memang terasa sangat harga barang naik! kalau setakat lima kilo beras, lima hari pun belum tentu cukup! maklum lah budak-budak memang lapar sahaja, jika dikampung ini apa lagilah yang hendak dimakan kalau bukan nasi.

Itu lima kilo beras, belum lagi bahan-bahan lain, minyak gula teh semuanya mahal, bagi orang kampung yang hidup sederhana bukan sederhana lagi tapi susah, kais pagi makan petang! jangan dilihat pada motosikal.. kereta saga.. itu memang sudah jadi kenderaan, berapalah sangat harga kereta proton moto kriss honda cup?, itu semua tidak membayangkan taraf ekonomi mereka, mereka kerja kebun atau apa saja kerja hanya bergaji hari, tidak ada kerja tidak ada duit!

Sebab inilah harga barang sering menjadi modal politik sesama orang kampung, mereka sering berimosi ketika berbahas politik dan harga barang. Sebenarnya siapapun memerintah, bab harga barang ini tidak ada menteri mana pun yang lebih berkuasa selain dari kuasa para saudagar kaya yang mengusai ikonomi.

Siapa pun yang memerentah, baik pembangkang atau kerajaan, (sila semak video atau ucapan-ucapan mereka sebelum ini.)

Telur naik harga jangan makan telur, ayam naik harga jangan makan ayam. Pegawai atau menteri kata sebab apa semua naik harga? sebab permintaan banyak, jadi kurangkan permintaan, itu saja perkataan menteri mana pun kalau sedang memerentah, tapi bila masih jadi pembangkang, kerajaan semua salah.

Orang politik kampung sama terikut-ikut, mereka buang segala kebaikan sahabat handai kaum kerabat yang sama-sama telah hidup berpuluh tahun bersama didalam kampung. Mereka jadi doif hanya kerana terikut-ikut pengaruh pemimpin parti mereka. Sedangkan jika ada apa kecemasan, orang kampunglah orang pertama yang datang membantu!








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


4 comments:

Warisan Petani said...

Duit kita pun semakin rendah nilainya

♥xaturen♥ said...

Duit rm50 buat pergi belanja kedai kg saja dah tak berapa nk cukup...!
tak tau la.. nk kata apa...!

MRENEYOO said...

Sama saja harga sembako di sini pun ikutan naik..pusing cara mengatur

♥xaturen♥ said...

Sekarang semua harga barang makanan harian naik... Kalau yang anak ramai .. memang pusing....!