جزاكم الله خيراالجزاء
Dua Maut Kemalangan 12 Kenderaan
PUTRAJAYA: Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis pengiring di KM 5.7 jalan persiaran Utara menghala ke Puchong berhampiran susur keluar persiaran Timur, di sini hari ini.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Berdasarkan rakaman video, nahas dipercayai berlaku apabila sebuah lori treler yang mengubah laluan (kemungkinan ada kerosakan pada lori) dari lorong tengah ke kiri lalu merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti.
Difahamkan kejadian turut menyebabkan tujuh mangsa lagi cedera dan sedang dirawat di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.
Menurut polis, dua penunggang motosikal termasuk anggota polis pengiring sempat menyelamatkan diri.
Terdahulu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya memberitahu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan Presint 14 bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.24 pagi tadi.
“Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi kejadian, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua lori, dua kereta sedan dan dua motosikal.
“Seramai sembilan mangsa terlibat dan dua (daripadanya) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh (pegawai perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan JBPM hari ini.
Pemandu lori akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.
https://www.buletintv3.my/nasional/dua-maut-nahas-enam-kenderaan/?
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap

Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik
⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic

Fakhirah Khairuddin

Takdir Tragedi Elmina

Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.

Keras Tangan Orang Kampung

Bercuti Di Royal Belum Gerik

Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram

Kembara Mencari Janda

Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu

YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever

Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir

Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang

Bercinta Dengan Awang Hitam

RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS

Janda Janda GRO

McLaren Artura

Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas

Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023

Pantau Keadaan Ternakan Kerang

Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit

Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar

Kemalangan Jalan Raya Tiga Maut Berapa Lagi Cedera

2 ulasan:
Berhati2 di jalan raya
Ya Wak... Sama-sama lah kita awas ketika dijalan raya.
Catat Ulasan