September 21, 2023

Benci Mu Adalah Suka Ku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Hujan turun sudah berturut-turut sebelah petang dua hari ini, apa yang hendak dikata, siapa bolih menahan hujan, suka tidak suka hadapi sahaja.

Kita mungkin tidak suka hujan sebab menggangu urusan harian kita, misalnya kita sedang menukar bumbung rumah, dari pagi hingga pukul sepuluh pagi cuaca sangat panas jadi keputusan diambil bolih tukar atap rumah.

Atapnya memang sudah tersedia sudah banyak hari, cuma tunggu masa cuaca baik untuk kerja-kerja menukar atap. Atapnya atap dipanggil zink kilang, zink kilang sedikit keras dan mudah dipasang, atap zink kilang ini lebih lebar dari atap zink palong jenis lama.

Semuanya sudah siap tersedia paku sekeru pokoknya semua sudah tersedia tunggu pasang sahaja lagi.
Akhirnya dua orang pekerja naik atas bumbung cabut paku untuk buang semua zink-zink lama yang sudah berkarat. Cuaca yang baik untuk tukar bumbung inilah masanya, walaupun agak panas tapi inilah masa yang sesuai.

Tapi sayang, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari!

Susah payah meniti diatas zink lama yang dah reput, baru enam keping zink lama dibongkar, hujan mula turun, walaupun tidak sekuat mana, tapi basah juga ruang makan dan sedikit diruangan dapur yang bersebelahan.

Dalam pada itu ramai juga yang suka hujan petang, sebab mereka baharu tanam anak-anak tanaman, jadi jika hujan petang baguslah untuk anak pokok, tanah jadi basah dan sejuk sesuai untuk permulaan hidup pokok.

Kiranya selepas tanam tanaman dengan tidak ada hujan berapa hari, tentu tanah kering dan keras, terpaksalah disiram dengan air menggunakan paip air atau sebagainya. Itu pun jika punca air ada disekeliling ladang. Jika anak sawit atau getah memang tidak disiram hanya berharap pada hujan, dan ketika ini pekebun sangat suka hujan petang.

Inilah yang hendak diceritakan berkenaan sesuatu kejadian itu ada kebaikanya, hujan atau panas biar sajalah, cari cara yang baik untuk menyelesaikan masaalah kita, setiap masaalah mesti ada jalan penyelesaianya. Jangan kita cepat berputusasa didalam kehidupan.

Kita hanya merancang tapi kita bukan penentunya, jika kita buat perancangan yang bagus teliti kemungkinan kejayaan itu sangat besar.


Lambak sireh bertaut taut.
Diikat dicampak kedalam rakit,
Kehendak hati tak dapat kuturut,
Setakat jadi ini pun dah sakit.

Saorang tuan punya kedai runcit terlihat mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dahinya bekerut menambah rupanya semakin menjadi tua, tak dapat dicover lagi sebab dia memang sudah tua.

Apa saja yang difikirkan hingga begitu sekali? selama ini business dia berjalan dengan lancar hatinya senang dan gembira, apa tidaknya customer hendak bayar pun kena beratur, sampai ada dua counter bayar begitulah majunya kedai runcit dia.

Tetapi semua sudah tinggal kenangan, hampir lima puluh peratus pelanggan sudah tidak kelihatan lagi. Inilah yang membuatkan tuan kedai bermuram durja. Tidur tidak lena makan pun tidak kenyang, mandipun kekadang dia dah lupa! kalau mandi pun masih memikirkan pendapatanya yang semakin berkurangan.

Dalam pada itu ada hampir dua belas orang anak muda begitu ceria dan gembira sebab dapat bekerja ditempat baru yang berdekatan dengan rumah. Mereka tidak perlu bergegas pagi-pagi hampir empat puluh kilometer setiap hari untuk bekerja.

Dari cara mereka melayan pelanggan dan berbicara sesama mereka, jelas mereka suka dan gembira bekerja dikedai Mini market, disitu keperluan dapur basah dan kering serba ada, dari minyak masak yang kekeringan diluar, ada disitu, disebabkan rangkaian Mini market itu sangat besar jadi mungkin kurang masaalah pada stok barangan.

Benci mu adalah suka ku, jarak antara Mini market dengan kedai runcit tadi hanya berpisah dengan sebuah kedai makan.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


4 comments:

Warisan Petani said...

Banyak kedai runcit kat kampung2 yang dah nyawa2 ikan akibat persaingan dengan mini market atau pasar raya yang berdekatan

♥xaturen♥ said...

Betul tu tuan, makin hari makin mencabar kedai runcit kecil.. ramai org suka berbelanja disupermarket besar, sebab banyak pilihan barangan..

Kakmim said...

kalau di kampung² byk jugak kedai yg dh mula menutup pintu lantaran wujudnya supermarket berhampiran yg menawarkan 'harga member' yg ternayata boleh menarik pelanggan ke situ

mmg benar, ada benda yg kita suka tapi tidak pd org lain... ada yg org lain suka tp tidak bg kita

♥xaturen♥ said...

Itu lah kadang, di pekan kecil pun sudah ada mini market, yg nampak kecil tp mereka syarikat besar, dtg bersaing dgn kedai runcit kecil memang susah nk lawan. akhirnya gulung tukar...
..