جزاكم الله خيراالجزاء
Kalau tidak silap berturut-turut kes bunuh isteri berlaku,
hebat orang kita sekarang buat kerja tidak mahu guna otak, kalau pun tidak bolih berfikir, .. guna logik otak pun dah kira okay, sebab kalau bunuh orang masuk penjara!Nampaknya orang kita ini sudah ramai yang stress,
kecil besar tua muda semua stress.. mereka ini stress mesti ada sebab tertentu, yang paling risaunya stress disebabkan ekonomi, duit tidak ada, sebab duit ada ini, macam-macam bolih berlaku!
Jangan ketawa kalau
kita dengar suami isteri bertenggkar sebab duit tidak ada, saya sangat pasti bahawa orang kat luar sana, ramai yang bekerja siang malam tapi duitnya masih tidak kecukupan!
Yang lebih koyol lagi,
orang stress sebab cinta, sebab isteri main kayu tiga, mungkin.. mungkin saja sebab kita tidak tahu hal yang sebenar.Ada yang stress sebab suami atau isteri
yang tidak dengar cakap, atau isteri selalu melawan bila bertengkar, bila bertengkar, benda yang kecil bolih jadi besar. Petengkaran tidak akan terkawal kalau kita selalu melawan, tidak mahu kalah bila bertengkar.. ini pun mungkin saja..Entah lah,
kalau nak diikutkan sebelum kejadian bunuh ini, sudah ada petanda yang pekara kejadian ini akan berlaku, jadi kedua-dua pehak semestinya berwaspada dari awal supaya tidak berlaku kejadian seperti ini.Kesian dengan yang jadi mangsa
dan kesian pula yang akan merengkok dalam penjara, penyesalan tidak ada gunanya lagi.Ada kes pertengkaran
yang selalu berlaku dua tiga hari bertengkar, senyap, dua tiga hari bertengkar lagi, risau saya dengar, dua dua tak mahu kalah, kita yang duduk berjiran ini hati sudah berdegup kencang takut terjadi yang tidak baik.Kes-kes yang berturut-turut ini berlaku adalah petanda
bahawa masih ramai lagi pasangan yang berada didalam keadaan yang sama, semakin hari semakin meruncing, ada baiknya, mungkin jiran tetangga bolih buat aduan polis jika kedapatan pasangan yang berjiran selalu bertengkar supaya kita bolih mengelak dari terjadinya pekara yang lebih buruk.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
5 comments:
Selain kes gaduh hingga bawa ke kes bunuh, kes terjun bangunan pun meningkat skrg ni :(
kes bunuh diri dan dibunuh meningkat seiring zaman yg semakin moden
Stress yg tidak terkawal.. tak tahu setakat mana berat masaalah mereka...
Yg penting cuba elak dari menjadi mangsa...jgn ambik resiko apa2...
Yg penting cuba elak dari menjadi mangsa...jgn ambik resiko apa2...
Post a Comment