جزاكم الله خيراالجزاء
Ramai dari kita suka sangat memuji sesaorang,
bukan disebabkan kebenaran yang sebenar tetapi ia hanya sikap berpura-pura yang bolih menyebabkan sesaorang itu tidak mengenal pasti bahawa dia berada didalam keadaan sebenar atau tidak.
Kadang kala pujian yang diberikan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada sipenerima pujian,
malahan akan membawa binasa kepada orang tersebut, olih sebab sudah kebiasaan kita memuji sesaorang diatas sebab-sebab tertentu, ianya berupa lebih keuntungan kepada sipemberi pujian.Bahayanya kebiasaan yang membawa binasa ini sering kali tidak dimegerti dengan baik olih sipenerima pujian, olih itu jangan lah kita memuji sesaorang walhal bukan keadaan sebenar bagi diri dia.
Adalah lebih baik meberitahu hal yang sebenar supaya dia bolih berubah kearah yang lebih baik. Jangan takut dia berubah hati atau sudah tidak melihat kita lagi, disebabkan teguran kita yang sebenar.
Walau bagaimanapun kebanyakan dari kita
lebih suka dipuji daripada menerima teguran atau nasihat, kebanyakan dari kita akan segera menjauhkan diri dari pemberi teguran yang tidak sedap didengar, memanglah mengatakan yang benar itu pahit didengar.Yang manis dan sedap tidak semestinya madu dan yang pahit itu tidak semestinya racun malahan itulah ubat dan penawar.!
Sebenarnya kita akan kerugian besar bila sengaja menjaukan diri dari pemberi teguran, dengan teguran yang tidak sedap didengar itu bolih kita memperbaiki kekurangan yang ada pada kita.
Kawan yang sebenar (bukan semua) adalah mereka yang senantiasa ingin memperbaiki diri kita supaya kita menjadi manusia yang lebih elok, kawan atau sahabat seperti ini sentiasa ada saja teguran kepada kita bagi memperbaiki kelemahan yang ada kepada kita.
Sebagai contoh, kita ambil contoh yang senang saja, iaitu dia bertanya kita, apakah kita tidak mandi sebelum keluar bersama atau adakah kita tidak mandi sebelum pergi kerja? jangan pula kita naik angin, sebab walaupun kita sudah mandi tapi ditegur kita tidak mandi bermakna ada kelemahan kita semasa mandi atau tidak menggunakan sabun yang betul, jadi kita mesti berterima kasih kerana menegur, bolihlah kita menukar cara kita mandi.
Apapun sangat susah mendapatkan sahabat yang berani menegur kita, kalau ada jangan kita menjaukan diri dapripada dia. Kebanyakan orang, tidak mahu ambil kesah dengan kekurangan sesaorang, ini juga adalah kebiasaan yang membawa binasa sebab sesaorang sahabat tidak akan tahu apa yang perlu diperbaiki lagi tentang diri sendiri.
Jika dia tidak mendapatkan teguran dari sesaorang sahabat yang lain.
Kalau hanya sekadar bercermin saja tidak cukup memperbaiki kekurangan diri, jadi kalau ada sahabat yang berani mengur kita, adalah lebih baik dari yang selalu saja memberi pujian, tentulah satu bonos jika dia menegur dan ada masa dia memuji.
Jadikan kebiasaan yang terpuji, bukan selalu memuji dihadapan dan dibelakangnya kita mencaci.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
5 comments:
janganlah terlalu memuji sesorang itu. Cakaplah apa yg benar n sepatutnya...
Terima kasih Abam Kie, sudi ziarah, semoga Allah memberi kebaikan pada Abam Kie.
kalau bukan kawan baik yang berterus-terang dengan kita, nak harap siapa lagi
Ya.. betul tu... Untung badan kalau dpt kawan mcm ini...!
Post a Comment