جزاكم الله خيراالجزاء
sambungan dari part - 2
Sebelum terlelap suaminya memikirkan akan perkerjaan baru yang dia dapat bersama rakan-rakan sekerja. Jika sebelum ini kerja beliau bersama rakan-rakannya adalah membina sebuah dewan serbaguna yang diserah olih AJKK kepada mereka untuk disiapkan. Dewan yang sederhana besar itu telah siap dibina walaupun agak terlewat dari tarikh yang ditetapkan kerana cuaca sentiasa hujan dimasa pembinaan.
Dia memikirkan akan perkerjaan baru yang baru saja diberitahu rakan sekerja, perkerjaan mereka kali ini adalah menebang pokok bakau. Kawasan hutan bakau itu akan dijadikan tapak projek yang diuruskan olih sabuah syarikat besar. Sebenarnya mereka tidak bekerja dengan syarikat besar utama, mereka bekerja dibawah kontraktor kecil lain yang mendapat tender mengeluarkan hasil kayu bakau untuk dijual.
Mereka ini pula bekerja dibawah kontraktor kecil ini dengan menebang seberapa banyak yang mereka dapat dengan pengiraan Tan, berat timbangan Tan inilah yang menghasilan pendapatan kumpulan mereka seramai lapan orang. Kayu bakau ini dibeli olih syarikat pembuat kayu arang. Tidak hanya kumpulan mereka sahaja bekerja disitu, ada lagi dua kumpulan lain yang membuat kerja seperti mereka, tapi berbeza tempat.
Olih kerana hutan bakau yang hendak dibersihkan itu sangat luas pehak atasan mahu tiga kumpulan ini dibantu banyak Jentera jengkaut dan lori meyelesaikan pembersihan bakau itu seberapa cepat yang bolih. Pehak atasan memberi tarikh tertentu supaya segera dibereskan. Jadi mereka akan menebang sebanyak mungkin bagi mendapatkan upah yang banyak.
Pekara ini dia dan rakan-rakannya telah bincangkan pada petang tadi, masing-masing sanggup dan bersemanggat untuk bekerja kerana mengimpikan upah yang lumayan! Pada perbincangan itu juga kumpulan mereka menebang dan memotong batang bakau seukuran enam kaki dan tinggalkan saja, kumpulan lain yang akan memungut dengan jentera escavator dan isi kedalam lori.
Dia menolih kesebelah isterinya rupanya isterinya telah lena tidur, dia mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang dan melanjutkan tidur, dengan perasaan berat hati membenarkan isterinya bekerja sendiri.!
bersambuang besok, part-4
Baca lagi seterusnya dibawah-
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment