جزاكم الله خيراالجزاء
Sambungan dari part-1
Dengan kelebihan yang dia ada inilah yang membuatkan perjalanan hidup dia semakin kacau, malah dia sendiri tahu keadaan ini sebab itulah dia selalu memakai penutup wajah yang seakan purdah hanya mata dua tapak tangan sahaja yang kelihatan.
Pemakaian sebegini sesuai sebagai saorang cleaner sebab cleaner kerja pembersihan jadi memang nampak normal saja.
Mulanya dia selalu ikut bekerja dikampung bersama suaminya, namun pekerjaan kampung tidak menentu pendapatanya dan dia mula menyuarakan hasratnya untuk bekerja diresort. Peluang itu atas perkhabaran dari rakan kampung yang resort tersebut masih ada kekosongan dijawatan sebagai cleaner.
Suatu malam yang hening dia memberanikan diri memberitahu suaminya bahawa ada kekosongan kerja dan ingin bekerja disitu,
Hasrat dia ditentang olih suaminya kerana risau akan keselamatan isteri tersayang, katanya biarlah hidup mereka susah kais pagi makan pagi kais petang makan petang, asal isterinya ada disampingnya serta keselamatan terjaga.
Namun sang isteri tetap mahu bekerja kerana ingin membantu suaminya kebetulan peluang kerja memang sudah ada, sekurang-kurangnya dia dapat menyelesaikan pebelanjaan sekolah anak-anak mereka seramai empat orang itu.
Selalu sahaja ada keuwagan yang tertangguh apabila diminta pehak sekolah bagi tujuan pembelajaran anak-anak mereka, ini kerana kerja menggambil upah kammpung dengan bayaran tidak menentu.
Setelah berbagai alasan yang munasabah diberikan si isteri, akhirnya si suami terpaksa bersetuju juga dan berharap isterinya pandai menjaga keselamatan diri sendiri.
Hati sang isteri berdebar gembira kerana dia akan mula bekerja dan akan mendapat upah bulanan yang tetap, walhal tanpa dia ketahui sesuatu yang buruk akan berlaku!
Baik, cukup dulu sampai disini cerita "Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan" part 2, nanti 'part 3' sambung besok ..🥰
Baca lagi seterusnya dibawah-
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment