April 27, 2023

Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan - part 5

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

sambungan dari part - 4

Pada kebiasaannya makcik tidak akan memberi sebarang reaksi dengan hanya buat muka selemba seolah-olah dia tidak tahu apa-apa.

Akhirnya sampai juga makcik kerumah jirannya, pada ketika itu disana sudah ada tiga orang sedang menunggu, ketiga orang tersebut memang dia kenali termasuk sorang makcik yang kelihatan lebih berusia, makcik yang kelihatan berusia itu sebenarnya sudah lama bekerja diresot sana. Manakala yang dua lagi mungkin cuba nasib seperti dia juga.

Kesemua mereka kelihatan ceria ketika melihat dia datang, dia memberhentikan moto dan bersalaman mesra dengan mereka semua, memang mereka semua rakan lama walaupun tidak tinggal sekampung, sambil berpelukan bertegur sapa, maklumlah sejak dia mendirikan rumahtangga, sama seperti wanita lain, hidup mereka sepenuhnya bersama keluarga dan untuk keluarga. Ketika itu muncul saorang makcik lagi dari dalam rumah, seraya memohon maaf kerana membuatkan yang lain menunggu diluar rumah.

Akhirnya mereka berlima menaiki empat biji motosikal satu persatu meninggalkan pekarangan rumah menuju ke resort seperti yang dirancangkan, tuan rumah itu sebenarnya yang memberitahu yang resort tersebut memerlukan pekerja. Namanya Zabedah rakannya memanggil Kak bedah, nak jadi cerita suami Kak bedah ini juga rakan kepada suaminya dan mereka bekerja satu kumpulan yang akan memulakan kerja menebang bakau hari ini. Ketika dalam perjalanan memang ada kedengaran suara gergaji berantai bebunyi sayup-sayup hampir tidak kedengaran dan jauh dihujung kampung.

Resort tersebut berada diseberang jalanraya besar, jalan yang menghubungkan dua Bandar besar, mereka mesti melintas jalanraya ini sebelum memasuki jalan menuju kekawasan resort, resort ini besebelahan dengan jalanraya besar ini. Pagar serta pokok rendang yang padat menghalang pendangan terus kedalam resort, dari jalanraya memang tidak akan nampak apa-apa aktiviti didalamnya.

Ketika sampai dihadapan pintu gate utama sekali lagi makcik rasa agak terperanjat kerana sebuah lori Hilux muncul untuk keluar dari resort tersebut. Lori yang sama dengan pemandu yang sama masih dengan senyuman ceria sambil sedikit mengangok lalu keluar meneruskan perjalanan. Dia tertanya-tanya apa urusan pemandu lori tadi?

Bersambung besok part - 6

Baca lagi seterusnya dibawah-







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

No comments: