جزاكم الله خيراالجزاء
Salam Kasih Mesra Dibulan Ramadhan.
Otak Hati Pelajaran dan Ilmu sangat berbeza definasi atau maksud atau tahab kecerdasan yang ada pada sesaorang. Misalnya otak tidak melambangkan hati, hati tidak melambangkan pelajaran, pelajaran pula tidak melambangkan ilmu.
Wah.. berat sudah ini orang 😅.~
macam dia ni profesor pulak, cakap lebih saja macam dia tu pandai la sangat. haha..~ bukan apa saja nak tulis saja hanya keras tangan orang kampung.
baiklah..
Hati kita selalunya membuat keputusan hanya berdasarkan perasaan hati, biasanya dia memberi jawapan atau impak atau keputusan yang bolih dikatakan kurang baik, walaupun tidak ada cacat cela atau mudhorat apapun, seumpama kita mendapat keputusan pepereksaan 60/100 bolih la...tak ada apa salahnya...
Sementara Otak pulak kaedah dimana semua mkhlok alam ini ada otak. ~ usahlah menyebut, nak buat apa pun buat gunalah otak sikit! sebenaqnya ayat ni salah.. otak memang ada pada semua yang ada dimuka bumi ini.. termasuk juga tumbuhan atau pokok-pokok..
Manakala pelajaran pula sesuatu keputusan atau kerja buat dia berlandaskan kepada ilmu pelajaran yang mereka belajar selama ini sama ada memperoses pelajaran yang diajar disekolah-sekolah hingga tamat sekolah atau selepas sekolah dan dewasa, mengambil apa-apa krusus yang bolih menambah ilmu pelajaran.
Ilmu pelajaran ini juga bolih didapati dari pembacaan tambahan tentang sesuatu yang dia cenderung atau berminat atau pengalaman melakukan sesuatu yang dia minat secara berulang kali.
Keputusan kerja buat orang yang berilmu pelajaran lebih bagus keputusanya, malah orang-orang ini berjawatan kelas atas, kerja mereka memang tip-top tetapi ada kelemahan jika bukan dibidang ilmu pelajaran yang dia telah belajar.
Sementara ilmu yang bukan dari belajar iaitu ilmu yang tidak perlu belajar, orang ini sekolah juga belajar juga tetapi keputusan pelajaranya tidak seberapa mana pun dalam sekolahpun nombor diri dalam kelas pun, dalam lima terakhir atau kadang-kadang nombor bilangan yang satu atau dua terakhir.
Ilmu seperti ini sangat rare! atau susah didapati, sebab itu kita dapati seaaorang yang kaya berjaya dibidang kerja sendiri atau dibidang bersangkutan dengan kebisnessan, atau kerja perniagaan "business work" mereka, mereka berjaya melebihi kelas yang disebut diatas.
Kalaupun tidak terlalu tinggi berjaya pun, rata-rata mereka ini berjaya didalam kerja-kerja kontraktor kecil atau memang tahu berurusan dengan sumber untuk dapatkan projek dan sebagainya. Atau berjaya didalam keusahawanan berbanding dengan ilmu yang semata-mata dari pelajaran yang dibelajar.
Bukan pula mereka ini genius, untuk gunius masih jauh, okay cukuplah, nanti sambung lagi jika ada yang berminat - selamat berbuka puasa dan sekejap lagi nak bersahur .
Selamat maju jaya.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
2 comments:
Ilmu itu ada di mana-mana. Hendak dengan tidak belajar sahaja
Semoga kita punya otak dan bijak mengawal hati serta sentiasa ingin belajar demi mengumpul ilmu dan berhati2 mengharungi kehidupan yg penuh dengan ujian. ;)
Post a Comment