April 23, 2023

Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan - part 4

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

sambungan dari part - 3

Pagi yang cerah dengan matahari telah memancar dan menerobos dicelah-celah dinding papan rumah makcik, dia baru saja lepas menyiapkan bekalan makanan suaminya yang akan memulakan kerja baru bersama rakan-rakannya.

Selepas selesai menghantar suaminya didepan rumah dia bergegas kedalam rumah untuk bersiap-siap kerana dia akan mengikuti rakannya ke resort bagi menemui pegawai yang bertugas disana untuk temuduga sebelum memulakan kerja.

Setelah bersiap lebih kurang, dia pun turun kebawah mencapai motosikal Kriss dan bergerak menuju kerumah jirannya yang berada agak jauh dari rumahnya, ketika keluar dari rumahnya disimpang tiga mini tar, sebuah Lori Hilux bergerak agak laju melintas disimpang tiga tersebut, sekilas pandang dia sempat juga melihat kearah pemandu Lori tersebut.

Makcik itu sedikit terperanjat juga kerana tidak berhati-hati hendak keluar dari persimpangan itu, sebenarnya makcik itu lebih fokos kepada pertemuan dengan penemuduga nanti, dia meneka-neka bagaimanakah sikap penemuduga yang akan dia temui nanti, dia sebenarnya jarang dan tidak ada pengalaman kerja sebegitu.

Adakah dia akan diterima kerja atau tidak, tapi bila memikirkan jirannya mengatakan yang resort itu memang memerlukan berapa orang pekerja cleaner, dia yakin memang dia akan dapt kerja tersebut. Entah kenapa pandangan dan senyuman pemandu lori Hilux yang mengangok sambil berlalu pergi tadi sedikit memberi kesan yang lain dari biasa.

Memang dia sering mendapatkan senyuman dari sesiapa sahaja ketika berselisih dijalanan ketika menaiki moto bersendirian, hanya yang tidak memberi senyuman adalah saudara mara terdekat dan jiran terdekat sahaja yang buat muka biasa walaupun ketika menegur atau bercakap, jiran jauh atau orang luar sering kali bila berselisih selalu tersenyum sambil mengagok kepala, sama seperti pemandu Lori Hilux tadi.

Bersambung besok part - 5

Baca lagi seterusnya dibawah-







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~