April 17, 2023

Keras Tangan Orang Kampung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Sepetang meronda-ronda terjumpa dengan seorang pakcik yang sangat kreatif.. pak cik ni buat moto roda tiga dirumah sendiri saja, potong body moto guna gerainder, dia potong motosikal dan sambung kat gerabak, gerabak ini untuk tarik buah sawit, sangat memudahkan kerja dia.

Terima kasih pakcik kerana membenarkan kita berkongsi gambar kerja tangan yang dia buat.

Pak cik ini juga pakar ketuk mengetuk body moto Vispa, ramai pelanggan datang baiki vespa.. banyak moto vespa tengah tunggu barang sampai.. spare part.

Moga di Hari Raya nanti saya akan pergi kerumah dia, mungkin kita bolih ambil beberapa keping gambar dibengkelnya, hari ini pun kebetulan jumpa pakcik ni kat kebun dia, pakcik ni tengah buat pondok untuk berteduh kalau hari hujan.

Katanya anak-anak semua sudah besar, jadi dia kerja pun sekadar mengeluarkan peluh saja katanya. Alhamdulillah orangnya pun sangat baik dan sentiasa ceria.

Saya doakan semoga pakcik ini terus sihat dapat menikmati usia pesaraan dengan gembira.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik Minat Anda.


April 16, 2023

Bumi Semakin Panas Akibat Dari Perbuatan Manusia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Sejak semenjak ini cuaca sangat panas, redup sebelah petang pun hanya sekejap walaupun seakan redup tapi rasa panasnya masih terus terasa sampai kemalam.

Kita biasa dengar "Global Warming" atau tahap kepanasan dunia semakin meningkat, bermula 'Kepanasan Dunia' ialah semenjak manusia mula semakin cerdik, sejak manusia pandai mencipta peralatan mesin-mesin kecil dan besar bagi memudahkan perjalanan dan menpercepatkan kerja-kerja dikilang dan diladang.

Perubahan cuaca "Climate change" ini berterusan berlaku akibat aktiviti manusia dimuka bumi ini. Bahang kepanasan dari aktiviti harian manusia terus berlaku setiap hari dan semakin bertambah sampai keparas sekarang, dengan kita dapat merasakan kepanasan diwaktu siang terlalu panas.

Setiap hari manusia semakin parah merosakan Alam sekitar, pembukaan ladang-ladang besar dengan cara membakar hutan menyebabkan tahap kepanasan suhu dunia semakin meningkat. Ini seperti yang dinyatakan pakar tahap kepanasan dan bercampur kimia buatan manusia telah membocurkan lapisan ozon.

Lapisan ozon ini adalah penapis sinaran matahari sebelum sampai ke muka bumi, apabila kebocuran lapisan ozon semakin membesar maka sinar matahari banyak yang tidak tertapis memancar kebumi. Ini menyebabkan "Global Warming".

Kalau dulu banyak sangat kawasan pendalaman yang muka buminya diliputi air, kawasan perkampungan dahulu banyak terdapat paya-paya air tawar dimana-mana, sekarang paya air tawar semua sudah terhapus olih kerana perbuatan manusia membuka ladang secara besar-besaran.

Manusia menggunakan jentera berat bagi membina perparitan yang akan menyejatkan air dipaya-paya untuk dijadikan ladang pertanian.

Sekalipun hujan turun dengan lebat, jumlah air yang meresap kedalam bumi semakin sedikit, menyebabkan bumi semakin kering.

Hutan tropika yang ada tertinggal sudah tidak mampu lagi membantu kehidupan manusia kerana jumlahnya sudah terlalu sedikit dan ditambah lagi aktiviti manusia merosakan alam berterusan.

Jadi kita tidak bolih merunggut kenapa cuaca dibumi terlalu panas! sebab manusia juga yang menyumbang kepada meningkatnya kepanasan ini.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 15, 2023

Jeritan Batin Saorang Janda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Dari saorang isteri muda yang cantik

dan bersemanggat mengasuh dan membesarkan empat orang anak bersama suami tercinta namun semuanya kini hanya tinggal kenangan.

Bintik-bintik peluh membasahi dahi, suasana petang yang masih panas, dia kelihatan lesu ketika bicarakan jatuh bangunya dia berkeluarga bersama anak-anak dan bersuami.

Siapa menyangka bolih berakhir ikatan perkahwinan kami begini, rumahtangga yang dibina dan diikat atas dasar cinta dan kasih sayang, kini roboh ranap umpama dilanda ombak sunami dan yang tinggal hanyalah puing-puing asmara.

Walaupun sudah menjangkau empat puluhan,

namun ukiran kecantikan masa muda masih berbekas, kulitnya yang putih kuning seolah pelengkap keindahan saorang janda muda. Dia masih beku seolah tidak percaya dengan apa yang sedang dialami.

Sesekali dia menarik nafas panjang, mungkin terlalu hiba mengenangkan jalan yang panjang yang harus dia tempuhi, tiada bekalan apapun yang dia akan bawa, dia pasrah dan cuba bersabar demi membesarkan anak-anak.

* * *

Aku tidak mahu mengakui yang aku sayang dia rindu dia, rasa ini lebih cenderung kearah rasa cinta pandangan indah syurga dunia disebalik mata.

Aku sebenarnya bersimpati dengan kehidupan yang sedang dilalui dia, aku jadi sedih dan aku ingin membalut luka dihati dia, mungkin terus menyembuhkan dukalara dia selama ini.

Aku hanya bolih bersimpati sahaja tidak mungkin bolih lebih daripada itu, kerana aku tahu siapa aku, aku tahu setakat mana kemampuan ku, rupa paras jangan dikira harta benda jauh sekali.

* * *

Memang susah hidup menjanda ini, katanya.. olih kerana rumahtangga hancur bekecai, kemana lagi hendak dituju? terpaksalah kampung halaman juga tempat kembali mengadu, tinggal menumpang dirumah orang tua semula, dengan keadaan orang tua pun hanya sekadar cukup makan saja.

Belum kira perangai anak-anak yang memeningkan kepala, anak-anak tahulah bagaimana perangai anak-anak, mereka tidak tahu tentang keadaan yang sedang dialami! selama ini nakal pun dalam lingkungan satu rumah satu keluarga, sedangkan sekarang hidup menumpang dirumah orang tua, memang menekan perasaan.

Apa yang diharapkan adalah sebuah kehidupan bahagia selama ini, telah musnah, harapan ingin hidup bahagia namun menambah derita pula yang menemani.

Tidak kurang juga dugaan dari orang kampung sendiri, maklumlah janda muda memang ramai yang tergoda, menghadiri majlis kenduri gotongroyong memasak, ada saja senda gurau yang merimaskan! walaupun bagi mereka hanya gurau senda tetapi bagi orang seperti mereka amat berat menanggung rasa.

Entahlah mungkin sudah suratan takdir dia terpaksa hidup dalam keadaan yang serba menekan.!

Terpaksa memikirkan bagaimana untuk mencari nafkah untuk menyekolahkan tiga orang anak, dan seorang lagi akan memasuki tadika. Semua ini tidak pernah dia memikirkan kerana bergantung sepenuhnya kepada suami.

Bila suami sudah tiada semuanya tertanggung dibahu sendiri. Walaupun kata orang sudah kering airmata untuk ditanggisi tetapi bila bersendirian airmata mengalir tanpa dipinta, makin dikeringkan semakin laju membasahi pipi.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 13, 2023

Kasihnya Ibu Membawa Kesyurga Kasihnya Saudara Semasa Berada

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Ini ada satu kesah benar, dulu ada saorang yang berjaya dalam kerjayanya, dia saorang peniaga kedai runcit, dulu orang ramai hendak kebandar agak susah disebabkan tiada kenderaan sendiri, tidak seperti sekarang, satu kekuarga memiliki kereta sampai dua tga buah, moto jangan cakap lah bersusun motosikal dirumah, jadi pegerakan sekarang hendak kebandar sudah sangat mudah.

Jadi hanya kedai runcit kampung yang menjadi tumpuan penduduk, jadi sesiapa yang berniaga kedai runcit sudah kira berkehidupan yang mewah, pokoknya makan pakai duit ringgit serba ada, kereta pun ada sebuah jenama Mazda, pada masa itu kereta memang kurang sangat.

Makanya orang ini hidup lebih senang darpada orang lain dikampung tersebut. Nak dikatakan kesah Kasihnya Ibu Membawa Kesyurga Kasih Saudara Semasa Berada. Bermulalah kesah kasihnya ibu..

Macam ini ceritanya, semasa hidupnya mewah tadi, dia kurang sangat meberi perhatian kepada Ibunya, Ibunya hanya tinggal selang beberapa rumah sahaja dari rumah kedai orang ini.

Rumah kedai ditepi jalan besar ini menjadi tumpuan kampung-kampung yang berada berdekatan. Seingat saya dihadapan kedai runcit ini ada jiran kepada pekedai runcit ini ada membuka warung kuih dan air batu sagat. Masa ini tiada istilah kedai kopi warung ini tidak jual teh atau kopi hanya ais batu sagat dengan kuih dan makanan ringan lainya.

Meriah juga bila waktu tengah hari bila ramai penduduk bebelanja dan menjual getah keping atau getah sekerab, mungkin orang sekarang tidak tahu, getah sekerablah yang menjadi hasil jualan utama penduduk kampung , kedai runcit ini juga membeli hasil kebun penduduk kampung, pendek kata meriah lah waktu itu, tentu mewah lah kehidupan peniaga ini.

Baik, pendekkan cerita ibu kepada peniaga ini mencari makan sendiri dengan menoreh getah, ibu ini sudah semakin tua dalam linkungan 70an umur, menoreh pun perlahan dan membongkok, jalan menuju kekebun pulak bolih dikatakan jauh dan semak. Sepatutnya ibu ini sudah dijagai olih pekedai tadi, tetapi akibat lalai dan lupa diri dengan kesenangan hidup seolah-olah dia tidak akan memerlukan pertolongan sesiapa dikemudian hari.

Jika dia tidak lalai tentu sekali barang makanan beras gula kopi malah duit poket pun pekedai sangat mampu diberikan kepada ibu ini, tetapi itulah, akibat lupa diri dengan kegembiraan hidup, sehingga ibu sendiri diabaikan sedangkan dia mampu.

Dipendekan cerita lagi, tidak disangka panas tidak sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari, entah dimana silapnya, pekedai itu mengalami sejenis penyakit yang mengakibatkan dia terlantar dirumah, lama kelamaan kedai runcit pun tutup masih bertahan hingga jatuh bengrab, anak isteri sudah mula cari kerja untuk menapung hidup, akhirnya peniaga diabaikan keluarga sendiri,

Takdir kasihnya ibu, hanya ibu yang sudah tua itu mengambil anak lelaki yang sudah sakit tidak berdaya itu kembali kerumah untuk dijagai, selang beberapa tahun kemudian sang peniaga itu meninggal didalam pelukan ibu tersayang.

Oh ya.. jalan besar yang saya sebut diatas itu bukan jalan bertar, hanya jalan tanah merah, sekian semoga bermanafaat.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Kebiasaan Yang Membawa Binasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Ramai dari kita suka sangat memuji sesaorang,

bukan disebabkan kebenaran yang sebenar tetapi ia hanya sikap berpura-pura yang bolih menyebabkan sesaorang itu tidak mengenal pasti bahawa dia berada didalam keadaan sebenar atau tidak.

Kadang kala pujian yang diberikan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada sipenerima pujian,

malahan akan membawa binasa kepada orang tersebut, olih sebab sudah kebiasaan kita memuji sesaorang diatas sebab-sebab tertentu, ianya berupa lebih keuntungan kepada sipemberi pujian.

Bahayanya kebiasaan yang membawa binasa ini sering kali tidak dimegerti dengan baik olih sipenerima pujian, olih itu jangan lah kita memuji sesaorang walhal bukan keadaan sebenar bagi diri dia.

Adalah lebih baik meberitahu hal yang sebenar supaya dia bolih berubah kearah yang lebih baik. Jangan takut dia berubah hati atau sudah tidak melihat kita lagi, disebabkan teguran kita yang sebenar.

Walau bagaimanapun kebanyakan dari kita

lebih suka dipuji daripada menerima teguran atau nasihat, kebanyakan dari kita akan segera menjauhkan diri dari pemberi teguran yang tidak sedap didengar, memanglah mengatakan yang benar itu pahit didengar.

Yang manis dan sedap tidak semestinya madu dan yang pahit itu tidak semestinya racun malahan itulah ubat dan penawar.!

Sebenarnya kita akan kerugian besar bila sengaja menjaukan diri dari pemberi teguran, dengan teguran yang tidak sedap didengar itu bolih kita memperbaiki kekurangan yang ada pada kita.

Kawan yang sebenar (bukan semua) adalah mereka yang senantiasa ingin memperbaiki diri kita supaya kita menjadi manusia yang lebih elok, kawan atau sahabat seperti ini sentiasa ada saja teguran kepada kita bagi memperbaiki kelemahan yang ada kepada kita.

Sebagai contoh, kita ambil contoh yang senang saja, iaitu dia bertanya kita, apakah kita tidak mandi sebelum keluar bersama atau adakah kita tidak mandi sebelum pergi kerja? jangan pula kita naik angin, sebab walaupun kita sudah mandi tapi ditegur kita tidak mandi bermakna ada kelemahan kita semasa mandi atau tidak menggunakan sabun yang betul, jadi kita mesti berterima kasih kerana menegur, bolihlah kita menukar cara kita mandi.

Apapun sangat susah mendapatkan sahabat yang berani menegur kita, kalau ada jangan kita menjaukan diri dapripada dia. Kebanyakan orang, tidak mahu ambil kesah dengan kekurangan sesaorang, ini juga adalah kebiasaan yang membawa binasa sebab sesaorang sahabat tidak akan tahu apa yang perlu diperbaiki lagi tentang diri sendiri.
Jika dia tidak mendapatkan teguran dari sesaorang sahabat yang lain.

Kalau hanya sekadar bercermin saja tidak cukup memperbaiki kekurangan diri, jadi kalau ada sahabat yang berani mengur kita, adalah lebih baik dari yang selalu saja memberi pujian, tentulah satu bonos jika dia menegur dan ada masa dia memuji.

Jadikan kebiasaan yang terpuji, bukan selalu memuji dihadapan dan dibelakangnya kita mencaci.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 12, 2023

Detik Hati Saorang Ayah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Kebanyakan Ayah bersikap tegas

dan seakan tidak memberi peluang kepada anak-anak untuk mendekati dan bermanja.

Jika dizaman dahulu atau zaman datok nenek dahulu penampilan saorang ayah rata-rata sangat garang terhadap anak-anak mereka. Mereka ayah ini mendidik dengan ketegasan yang sangat kuat.

Jika anak-anak ingin sesuatu

atau mahu berpegian kemana-mana maka Ayahlah yang menjadi keputusan terakhir.

Walaupun Ibu telah memberi kebenaran, tetapi Ibu dimasa itu tetap meminta kata putus akan kehendak anak-anak. Jika anak-anak ada perancangan dengan kawan-kawan misalnya, mereka akan memberitahu kepada Ibu terlebih dahulu.

Setelah perbincangan dengan Ibu, Ibu membawa pekara itu kepada suami atau ayah kepada anak-anak, Ibu memangntidak ada kata muktamad!

Orang dulu-dulu sangat menghormati kedua ibu dan bapa mereka, seandainya tiada persetujuan kedua Ibu Bapa, mereka tidak akan melakukan seperti yang diinginkan.

Pernah orang dulu-dulu berkata jika dihadapan Ayah berjalan tidak akan dongak kepala.. tunduk terus dan tidak berani belagak sombong!

Detik hati saorang Ayah

walau kelihatan garang dan bengis, sebenarnya itu hanya terpaksa beraksi demikian supaya anak-anak tidak berani berbuat pekara yang merugikan diri sendiri.

Ayah hanya memakan hati melihat anak-anak ketawa bergurau senda dengan Ibu mereka, Sebenarnya Ayah pun ingin bergelak ketawa dengan anak-anak sepertimana mereka bermesra dengan ibu mereka, namun mereka kuatkan semangat dan sentiasa bertegas demi mendidik anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna apabila dewasa.

p/s
Jangan mengabaikan pengorbanan seorang ayah, walaupun kurang dekat dalam emosi, kerana segala keperluan keluarga ayahlah yang berusaha memenuhinya.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen