September 30, 2023

Sambutan Maulidur Rasul 2023 - 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H/2023 ini adalah sambungan dari cerita sebelum ini iaitu - [Sambutan Maulidur Rasul 2023 - 1]

Ucapan salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di mana jua berada terutama umat Islam yang berada di Malaysia.
Tak lupa Salam Maulidul Rasul ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang masih sudi mengunjungi blog xaturen - 'Cerita Orang Kampung' Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Jadi bersemperna tema Maulidur Rasul tahun ini, jangan lupa untuk rapatkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan rakan, sesuai dengan tema "Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran".

Saya Abdul Rahim Bin Ismail Pengerusi Pemuda dan Imam Masjid juga sebagai Khalifah Perarakan dan Acara Maulidul Rasul.


*Jemputan ke Program Maulidur Rasul anjuran Masjid Jamek Taman Kucai*


Lokasi : Masjid Jamek Taman Kucai
Tarikh : 28.9.2023
Hari : Khamis
Jam : 8.00 pagi - 12 tengahari

Antara aktiviti yang bakal diadakan :

  1. Perarakan kontijen
  2. Pertunjukan Silat & Burdah
  3. Pertandingan mewarna 3 kategori berumur 5 hingga 15 tahun
  4. Jamuan makan

*Aturcara majlis*

8.00-8.30 pagi : Pendaftaran & sususan kumpulan
8.00-8.45 pagi : Bacaan doa & selawat
8.45-9.45 pagi : Perarakan
10.00 - 12.00 tengahari :

  • ▶️Pertunjukan silat & Burdah
  • ▶️Pertandingan warna
  • ▶️Penyampaian hadiah
  • ▶️Jamuan makan

  • Jemput semua datang beramai2 memeriahkan lagi majlis sambutan maulidur rasul tahun ini. Insyaallah pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik KITA juga akan diadakan.


    Lihat lagi seterusnya dibawah-








    Terima kasih! Jumpa lagi


    Baca Lagi Kesah Fidah!




    catatan orang kampung

    Coretan setiap hari
    Weblog xaturen

    Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

    ⬆ scroll keatas ⬆


    September 29, 2023

    Kulim Menuju Ke Pontian Jumpa Cucu

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    جزاكم الله خيراالجزاء

    Dalam hujan memulakan langkah menuju ke Perhentian Bas atau Setesen Bas Kulim. Perjalanan empat puluh kilometer itu agak perlahan kerana banyak kenderaan menggunakan jalan yang sama, ditambah lagi masing-masing memandu dengan perlahan dan cermat.

    Dalam perjalanan kami senantiasa menjaga jarak dengan kenderaan dihadapan, sentiasa berwaspada dilokasi-lokasi yang selalu terjadi kemalangan, bukan apa dengan keadaan jalan yang basah tidak memungkinkan kita berhenti dengan serta-merta.

    Banyak kes dalam sebulan lepas berlaku dijalan yang kami gunakan ini, mungkin juga disebabkan itu kami terasa seakan teroma dengan kemalangan yang menyebabkan kematian dan kecederaan yang kami dengar sebelum ini.

    Mulut sentiasa membaca surah-surah yang sudah dihafal. Sepanjang jalan yang mana hafal dibaca semua, dah macam masuk kedalam hutan la pulak!

    Akhirnya sampai lah juga disetesen bas Kulim, kami memang tidak biasa tempah tiket untuk naik bas, jadinya terus kekonter tiket, belilah dua tiket bas untuk perjalanan ke Pontian, Hujan masih renyai-renyai ketika ini.

    Rasa lega sebab dapat juga tiket bas menuju ke Setesen Bas Larkin, Johor. Semua tiket awal pukul lapan malam, sembilan malam semua sudah dibeli, jadi kami bersyukur dapat dua tiket perjalanan pukul sepuluh malam.
    Apa pun tak kesah lah tiket pukul berapa pun, asal dapat tiket saja sudah bagus, rasa tak sabar hendak jumpa cucu tersayang!















    Terima kasih! Jumpa lagi


    Baca Lagi Kesah Fidah!




    catatan orang kampung

    Coretan setiap hari
    Weblog xaturen

    Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

    ⬆ scroll keatas ⬆