July 22, 2010

Ditipu Rakan Internet

Kastam dedah 25 mangsa rugi beratus ribu diperdaya sindiket

Berhati-hati apabila membuat kenalan menerusi internet kerana satu sindiket antarabangsa dikesan menggunakan taktik itu untuk menipu mangsanya supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank kononnya sebagai bayaran cukai atau denda ke atas bungkusan yang dihantar menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Sejak Jun lalu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) KLIA merekodkan lebih 25 kes penipuan membabitkan kenalan internet sindiket itu, sebahagian besarnya wanita Melayu dan Cina. Pengarah KDRM KLIA, Datuk Azizah Idris, berkata kes itu termasuk membabitkan seorang wanita tempatan yang ditipu sindiket itu sejumlah RM300,000, bulan lalu.

Beliau berkata, wanita itu dihubungi seorang lelaki mendakwa kenalan internetnya dari United Kingdom yang meminta mangsa memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun sebuah bank tempatan untuk membolehkannya mengambil bungkusan yang dikatakan mengandungi wang tunai RM2.5 juta dan komputer riba yang ditahan KDRM KLIA.

"Wanita terbabit hanya mengetahui ditipu selepas menghubungi KDRM KLIA apabila diminta sindiket berkenaan memasukkan RM15,000 lagi ke dalam akaun itu," katanya kepada Berita Harian.

Azizah berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan jaringan internet, seperti Facebook untuk berkenalan sebelum memperdayakan mangsa selepas beberapa bulan berkomunikasi.
Beliau berkata, sindiket terbabit yang dipercayai turut dianggotai rakyat Malaysia, dikatakan mencari mangsa sehingga ke Thailand, Singapura dan Australia berdasarkan aduan yang diterima KDRM KLIA.Katanya, semua kes itu diserahkan kepada polis kerana KDRM tidak mempunyai kuasa untuk menyiasatnya.

Beliau berkata, ada juga mangsa ditipu kononnya kenalan internet mereka ditahan pegawai KDRM kerana gagal menjelaskan cukai barang atau membawa masuk wang tunai melebihi had dan tidak mengisytiharkannya dalam Borang Kastam 22 (pengisytiharan wang tunai).Azizah berkata, KDRM tidak pernah meminta wang apabila menahan sesiapa atau merampas barang.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


6 comments:

mira_nas said...

adoi.. aku tak mahu tertipu

♥xaturen♥ said...

bagus.. hati-hati selalu.!

zulkbo said...

salam..
macam-macam ler nih
berhati2 lah..orang bila ada
peluang nak menipu je kerjanya

♥xaturen♥ said...

Sama gak dengan dapat RM Ribu-ribu hanya kat uamh je dan beberape minit satu hari! aaii.. senang benar dapat duit?

kusyi said...

boleh tahu sumber berita ini dari mana? huhu..

♥xaturen♥ said...

Baru nampak komen setelah sekian lama.. hihi....