July 05, 2010

Suami Tangkap Isteri Sedang Bermadu Kasih

U.M[Dalam Negeri]Isnin 5 JULAI 2010.

KUANTAN 4 Julai - Hancur luluh hati seorang suami apabila menangkap isterinya yang sedang bermadu kasih dengan lelaki lain di sebuah bilik sewa di Jalan Lim Hoe Lek, di sini semalam.

Si suami hanya mahu dikinali sebagai Muhammad, 30-an, berkata, tindak tanduk isterinya mula di curigai apabila sikapnya mula berubah.
Dia telah mengahwini isterinya yang berusia 33 tahun itu sejak lima tahun yang lalu serta memiliki tiga orang anak yang yang berusia 3 hingga 14 tahun.

"Setelah sedar perubahan sikapnya sejak sebulan lalu, saya terus mengintip kegiatannya. Akhirnya saya melihat sendiri isteri saya naik ke sebuah bilik sewa di atas sebuah restoren".

"Selepas itu, saya menghubungi pegawai JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang) untuk melakukan tangkapan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam serbuan melibatkan empat anggota penguat kuasa JAIP pada pukul 3 petang itu, wanita tersebut ditahan selepas didapati berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sebuah bilik sewa dengan seorang lelaki berusia 30-an.

Muhammad memberitahu, dia sebelum ini pernah menerima maklumat daripada rakan-rakannya mengenai kegiatan isterinya keluar bersama lelaki lain, namun dia beranggapan ia atas urusan perniagaan.

"Isteri saya terlibat dalam perniagaan butik di bandar ini dan saya menaruh kepercayaan terhadapnya yang menguruskan perniagaan yang diusahakannya.
"Lama-kelamaan timbul rasa curiga dan saya terus menyaisat. Akhirnya,  saya sendiri melihat mereka naik ke bilik sewa dan ditangkap oleh JAIP," ujar beliau.

Ditanya masa depan rumahtangganya, Muhammad berkata, dia akan berbincang bersama isterinya itu untuk membuat keputusan terbaik bagi kedua-dua belah pehak.
"Suami mana yang tidak kecewa, tetapi keputusan perlu dibuat dengan cara yang terbaik." katanya.

-
erm.. Saya kasihan dan simpati sesangat pada kedua nya.
Terutama si isteri, umur anak dah 14 tahun!
-

No comments: